IsLAm AgAmA AnA

Tuesday, December 27, 2011

USRAH YANG MENYERONOKKAN 1

           UMMI DAN ABI BINTANG DI HATI
                                       

Baru-baru ni ada ada terlibat dalam 1 kem iaitu kem kepimpinan BADAR..memandangkan ana masih lagi menuntut di SMKA walaupun sepatutnya ada kat U mcm org lain, ana nak amek peluang yang ada secukupnya utk didakwah dan berdakwah...ramai orang berpendapat zaman sekolah zaman yang akan paling dirindui bila-bila nanti...sbb zaman tu la permulaan kita nak kenal dunia,nak kenal kawan-kawan,kenal pelajaran, kenal pendidikan sosial, dan macam2 lagi...tepat sekali, sebab antara umur remaja daripada 15 hingga ke 17 akan mengalami perubahan hormon..perubahan hormon dari segi sikap dan tingkah lakunya, cara pergaulan dengan kawan-kawan, perubahan zaman sosial...dan dalam masa itu pelbagai perkara yang akan berlaku dan kadang-kadang perkara tersebut meninggalkan kesan yang mendalam terhadap seseorang individu..maka,dngan sebab itulah remaja-remaja zaman sekarang sentiasa dinasihati, dan disarankan agar berhati-hati dalam memilih dan menentukan kawan-kawan..kawan-kawan akan lebih mempengaruhi dalam aktiviti sosial individu sebab lingkungan kehidupan anak-anak remaja adalah bersama rakan-rakan terutamanya anak-anak remaja yang menetap di asrama..


hurmm,panjangnya mukadimah ana..berbalik kepada kem yang ana hadiri selama 3 hari 2 malam bertempat di TERATAK hAJAH Halimah...bahan utama yang diketengahkan adalah mengenai "USRAH"..dan syukran kathiran kepada USTAZ ABDULLAH BIN ISMAIL selaku ustaz penasihat dan pembimbing kami selama program ni berlangsung..dan bekas pelajar SMKAK iaitu pelajar tingkatan 5 yang baru saja menghabiskan SPM diorng selaku urusetia dan kadang-kadang menjadi peserta...program ni bukan di bawah sekolah sebenarnya tapi di bawah alumni sekolah...so yg datang berdakwah dan berceramah pun asalnya dari alumni jugak...tapi jgn sangka yg datang berceramah biasa-biasa ja, mereka adalah orang yg sangat hebat dalam berdakwah..antaranya PRESIDEN GAMIS,USTAZ MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF..kalamnya sangat bertenaga dan mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh membuatkan muslim yang lain menerima dan mengikut...antara cara pendekatan dakwah beliau juga adalah usrah..sebenarnya usrah ni terangkum dlam sudut dakwah yang saaangaat besar peranannya..dan seorang lagi juga terbabit dalam GAMIS, USTAZ MOHD FAISAL MUSTAFA yang murabbinya adalah USTAZ MOHD PAHROL JUOI.ALHAMDULILLAh.


Usrah bukan setakat bulatan di sekolah yang diadakan setiap minggu atau hanya di sekolah menengah sahaja..ada yang memahami usrah hanya di jalankan di sekolah,tamat sekolah maka tamatlah usrah..pemahaman ni salah sebab usrah boleh bergerak di mana-mana sahaja,bila-bila masa sahaja dan kepada sesiapa sahaja sama ada.orang tua,muda, usahawan, businessman, dan pelajar....usrah bukan setakat bulatan bahkan usrah adalah diibaratkan seperti satu tali yang sangat tebal dan berkualiti yang mengikat hati-hati muslimin dan muslimat dalam satu-satu usrah..malahan, usrah adalah satu medan untuk mentarbiah semula diri kita dan ahli-ahli usrah yang lain..sama ada kita sebagai mad'u atau kita sebagai dai'e semuanya sama..proses yang dilakukan diniatkan kerana ALLAH,andai kita sebagai mad'u ada perubahan positif alhamdulillah..maknanya usrah yang dilakukan sangat membantu tapi sebaik-baik perubahan adalah kerana ALLAH..usrah adalah penunjuk dan pembuka jalan masing-masing untuk menilai dan mentarbiah diri..andaikan pula kita sebagai dai'e,jika usrah tersebut berhasil semuanya kerana bantuan ALLAH,kudrat yang ALLAH izinkan untuk terus berdakwah,dan jangan pernah berniat untuk sia-siakan kudrat tersebut..tapi sebaliknya andai keberhasilan usrah masih kurang memuaskan maka teruskan usaha dakwah..jgn pernah terfikir atau terlintas untuk futur(putus asa)..sebab putus asa tak boleh ada dalam diri seseorang pemimpin..


bahkan kita lihat model ikutan kita NABI MUHAMMAD (S.A.W),baginda tak pernah putus asa walaupun baginda dihentam,cicaci dan dihina malahan baginda lebih teruk dikenakan, baginda dibaling batu, dilemparkan najis dan hampir-hampir dibunuh oleh sahabat baginda sendiri,SAIDINA UMAR yang terkenal dengan ketegasannya,kebengisannya dan kegarangannya sebelum memeluk islam...namun tatkala mendengar ayat suci al-quran saidina umar sangat lemah dan akhirnya baginda memeluk islam dan menjadi antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga..perjuangan RASULULLAH lebih getir drpd perjuangan kita zaman sekarang,oleh itu muhasabahlah diri pemimpin2 andai kalian terniat untuk putus asa..


JANGAN LETIH UNTUK BERBUAT KEBAIKAN SEBAB LETIH AKAN HILANG DAN KEBAIKAN AKAN TERCATAT,
TAPI JANGAN SERONOK UNTUK BERBUAT KEJAHATAN SEBAB SERONOK AKAN HILANG DAN KEJAHATAN AKAN TERCATAT...


WHAT YOU GIVE YOU GET BACK, dengan prinsip tersebut kalian pendai'e akan sentiasa bersemangat untuk mengajak..walaupun kita tak dapat apa-apa di dunia tapi di akhirat ganjaran pahala pasti menunggu..insyaALLAH.
Dakwah yang kita ketengahkan adalah bervariasi, bukan setakat nasihat dan kata-kata.dan untuk berdakwah jangan terlalu cepat menghukum..dakwah selalunya akan dikaitkan dengan kelembutan, mad'u takkan terima kalau dai'e nya seorang yang lebih kepada bersikap pemaksa..kita hendak mengajak mad'u kepada ALLAH,bukan membuatkan mereka terima dengan penuh keterpaksaan..di situ kita akan lihat ketidakberhasilannya..kalau pendai'e yang benar-benar inginkan usrahnya 'MENJADI', dai'e tersebut akan berusaha pelbagai cara bahkan cara yang memerlukan penggunaan wang..itulah pengorbanan namanya, kita sedang mencari tentera islam yang kuat jadi untuk mendapat tentera yang betul-betul kuat kita harus sanggup korbankan sesuatu berharga..


Ikhlaskan hati untuk mendapat hasil yang memuaskan..sibuk melakukan perkara baik bukan bala tapi nikmat..






(S.H.Y) STARHEARTYUSRA