IsLAm AgAmA AnA

Monday, February 23, 2015

HUKUM QAZA (CUKUR @ NIPISKAN RAMBUT SEPARUH2)

bismillahirrahmanirrahim..
kali ni hati tergerak nak suarakan apa yang dah lama tersimpan, dok mencari2 hujah kuat mengenai cukur rambut separuh-separuh yang memang femes zaman sekarang kat semua jenis golongan sama ada yang belajar agama atau tak. 
pada mulanya saya pikir boleh la nak buat macam tu sebab ada juga di kalangan ustaz dan pelajar agama yang lakukan, tapi pernah sekali saya terdengar potong macam tu hukumnya haram. so lepas tu saya tercari-cari jgak ada ka hujah kuat yang kata tak boleh.
alhamdulillah , atas niat saya yang mungkin baik Allah tolong saya. walaupun tak banyak yang saya tau, tapi still..sekurang-kurangnya saya boleh bantu kawan2 dan family dengan cara kongsikan pengetahuan ni. harap-harap sapa yang dah baca tolong disebarkan kepada semua kerana mungkin tak ramai yang tau. sebabnya saya yang dah umur 22 tahun ni pun baru dapat info banyak pasal hukum qaza iaitu cukur separuh-separuh rambut, contohnya nipiskan rambut di bahagian tepi dan tinggalkan lebat di bahagian atas dan ni memang obviously lelaki la kan. 
Walalupun saya perempuan, tetapi atas sifat prihatin yang saya rasa perlu ada dalam diri saya, saya perlu bagitau dan kongsikan. bahkan kalau saya xkongsikan apa yg saya tau, saya yang akan menanggung dosa kalian kerana tak menegur. 
LELAKI KENA BACA. smile emoticon
A : ustaz , sy Dah tahu hukum qaza', berdosa tak kalau sy x tegur family, spupu2 sy kalau ada yg buat rambut cukur separuh2 tu?

Ustaz : berdosa la dah kamu taw,dah tanggungjawab kamu tegur n bgtaw depa ada hadis haram cukur rambut tepi kiri kanan pastu tinggal kat atas.
*walausiapa pn anda, family sy ka, kwn2 ka, mungkin xramai yg taw, saya cuma nak kongsi, haram qaza iaitu cukur rambut sparuh2.. Kalau nk potong rambut, potong bagi sama rata, jgn kat tepi nipis kat atas tebal. Skrg dah jd trend remaja lelaki. Mmg nk buat nmpak hensem tpi rasulullah dah haramkan. Potong biasa2 pun dah hensem aihh. Malah bagi saya potong secara qaza tu lagi nampak serabut otak nak tengok. Nak berfesyen pun agak2 la saudara seagamaku.. kita ada peraturan Allah dan cara yang kita boleh buat untuk muliakan islam. hehe.. 

((hadis drpd ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yg brmaksud :
"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."))
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

((Dalam hadis yg lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yg brmaksud :
"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."))
(Hadis riwayat Abu Daud)
Wallahua'lam

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)