IsLAm AgAmA AnA

Friday, December 14, 2012

***WATCH OUT HAWA !!! *** SYURGA @ NERAKA?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

JOM!! CAS IMAN ! !..ISTIGHFAR BANYAK-BANYAK,MOGA ALLAH AMPUNKAN DOSA KITA..

Alhamdulillah wa syukurillah 'ala nikmat al-islam wan nikmat al-sihat. Pelbagai nikmat yang ALLAH ciptakan kepada kita,tapi nikmat yang paling berharga adalah nikmat sihat dan nikmat islam.. dan yang paling bagus kalau kita menghayati nikmat sihat dan nikmat islam dalam erti kata taqarrub ba'du ilallah.. means,kita pergunakan nikmat sihat dan islam yang kita ada untuk keuntungan saham akhirat nanti.

Subhanallah,jom sama-sama tajdid niat wahai MUSLIMAH,MUKMINAH,MUHSINAH,FATA'ATU MUTABADIAH, DAN MUJAHIDAH.. (^_^)

Kepada yang masih belum bersuami,percayalah di luar sana sedang ada mukmin yang sedang berusaha membina dirinya untukmu.. binalah mind-set 'LIMITED EDITION' , insya ALLAH, 'LIMITED EDITION' jugalah akan ALLAH hadiahkan..

Kepada isteri, percayalah di syurga nanti, suamimu akan bahagia menanti kehadiranmu sebagai bidadari terindah untuknya..binalah mind-set 'LIMITED EDITION' , insya ALLAH, 'LIMITED EDITION' juga sebagai janji ALLAH untuk kalian...

Kepada kalian yang bergelar wanita, percayalah..'LIMITED EDITION' akan membawa kalian kembali kepada 'LIMIED EDITION'....

***************************************************************

FITNAH yang paling buruk akibatnya ialah FITNAH WANITA...percaya?? ini adalah fakta...

 "Daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa Rsulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki dengan sebab kaum wanita"
(hadis riwayat imam al-bukhari dan imam muslim)


Wanita adalah golongan yang paling ramai ditempatkan di neraka.mengapa ye?
sedangkan wanita paling sedikit piawaian yang ALLAH tetapkan untuk ke syurga...

wahai muslimah,kita ni nak masuk syurga memang mudah,ada 4 syarat sahaja yang ALLAH gariskan..^_^ , nak tahu?

SYARAT WANITA MASUK SYURGA..
1.Solat fardhu lima waktu sehari semalam
2.puasa di bulan ramadhan
3.memelihara kehormatannya hanya untuk suami
4.mentaati suami


 “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)


Segarkan minda,tanya iman masing-masing..kenapa ramai wanita jadi penghuni syurga??
Wanita ALLAH ciptakan dengan sepenuh keindahan dan keseronokan pada diri mereka..
untuk siapa??tentulah untuk lelaki..
Cuma yang membezakan mereka adalah bagaimana mereka mengindahkan diri mereka.
 Ada yang mengindahkan diri dengan mendedahkan separuh badan untuk tontonan khalayak.
 Ada pula yang menutup anggota tubuhnya dengan pakaian tapi masih menunjukkan bentuk tubuh.
 Ada pula yang memilih untuk menutup keseluruhan anggota tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan dengan  pakaian yang longgar,tebal dan tidak jarang.

ALLAH berfirman dalam surah Ali 'Imran ayat 14:
 "Dihiaskan (dijadikan indah) pada manusia, kesukaan kepada keinginan nafsu yang melibatkan perempuan dan anak-anak, kecintaan kepada perhiasan yang melibatkan emas dan perak...."

Wanita memang ALLAH ciptakan dengan penuh keindahan tapi naluri wanita tetap sentiasa inginkan kecantikan. Ya,semua wanita ALLAH letakkan dalam hati mereka untuk sentiasa kelihatan menarik dan indah tetapi ada piawaian syarat yang islam gariskan untuk mereka cantik,iaitu cantik untuk suami.."LIMITED EDITION" UNTUK SUAMI..

Wahai muslimah kesayangan ALLAH,logik akal kita boleh berfikir andai kita diberi pilihan air mineral dalam botol yang bertutup rapat,masih belum diminum dan masih tidak terdedah airnya dengan air mineral dalam botol yang telah dibuka,diminum dan dibiarkan terdedah. Mana satu yang akan menjadi pilihan kita??
Sudah tentu pilihan yang pertama.Benar?
Subhanallah,inilah realiti kehidupan.Manusia sentiasa memilih yang terbaik untuk dirinya. Bahkan tidak ada pun yang sanggup pilih sesuatu yang sudah tercemar dan buruk..

Maka wahai muslimah,izinkan akal dan iman berbicara..Jangan benarkan nafsu mengambil bahagian kerana nafsu sampai bila-bila pun akan tetap dengan kejahatannya..

ALLAH berfirman dalam surah al-ahzab ayat 23:
 " Dan janganlah kamu bertabarruj seperti tabarrujnya orang-orang jahiliyyah terdahulu "

hadis dari Rasulullah juga meriwayatkan :
 "Wanita yang paling buruk ialah wanita yang meninggalkan rumah mereka dengan bertabarruj bebas tanpa hijab. Mereka adalah kaum munafik dan mereka tidak akan masuk syurga..." (sunan baihaqi)

Hadis yang diriwayatkan oleh saidatina Aisyah:
 " Suatu ketika seorang wanita dari suku Muzaimah datang menghadap Rasulullah S.A.W. di dalam masjid.Ia memakai pakaian gaya terbaru dan berjalan berlenggok-lenggok. Rasulullah bersabda kepada majlis, "wahai manusia, hentikanlah kaum wanitamu  dari memakai pakaian dengan gaya terbaru dan berjalan dengan berlenggok-lenggok kerana Bani Israel telah dilaknatkan kaum wanita mereka menghias diri dan datang ke masjid sambil berjalan berlenggok-lenggok.."
(h.r. Abu Daud dan Baihaqi)



p/s:setakat ini dulu,insya ALLAH nanti akan ada sambungan... (^_^) ,JOM AMAL DENGAN ILMU !!! AMAL DENGAN ISLAM !!!