IsLAm AgAmA AnA

Saturday, November 23, 2013

SWEET PERSON SOLVE SWEET PROBLEM WITH SWEET SOLUTION

Assalamualaikum STARHEARTYUSRA..
Assalamualaikum kalian....
Sekian lama mendiamkan diri dari halaman ini, membiarkan ia bersawang... sedangkan sudah menjadi taklif diri demi "sebuah blog"...

Selama mendiamkan diri,Yusra tidaklah membiarkan tanpa bersebab.Sudah tentu semuanya bersebab..heeee,last update pun 24 Julai 2013..hmmm,memang agak lama.. Sebenarnya Yusra sangat sibuk dengan komitmen sebagai pelajar, dengan peperiksaan semester yang baru sahaja selesai dan kini telah pun memulakan semester baru iaitu semester 4,hehe...dan nampaknya semakin sibuk sebab perlu membahagikan masa antara belajar,menghafal dan persatuan terutama apabila terpilih menjadi Majlis Perwakilan Pelajar...

Alhamdulillah,baru-baru ini, sebahagian pensyarah telah pun bermusyawarah dan sepakat untuk menjayakan dan menerbitkan sebuah majalah bulanan kolej yang dinamakan sebagai "DURRAH KITAB" .. Dan Yusra terpilih sebagai salah seorang krew penulis.. seronok tau,hehehe.sebab saya memang suka menulis, cuma sekarang perlu lebih usaha untuk asah bakat untuk menjadi penulis yang mampu menarik ramai orang dengan tulisannya yang bermanfaat dan memberi peringatan... doakan ea... ^_^

Selalunya setiap 2 atau 3 minggu,Yusra berpeluang pulang ke rumah, tetapi untuk beberapa bulan yang lepas Yusra sangatlah sibuk dan hanya pulang ke rumah 5 atau 6 minggu sekali... Sedih tau,tapi demi taklifan yang digalas,Yusra redha jee.hehe... bila kita redha,tenang dan ikhlaskan diri,segala perkara yang berlaku sama ada sedih atau pun gembira,kita akan mampu tangani dengan baik dan mudah.

Ada seorang sahabat Yusra mengingatkan Yusra, andai kesedihan dan masalah yang kita hadapi itu teruk mana pun, jangan pernah lupa untuk senyum..kerana senyum itu,walaupun tidak ikhlas tetapi mampu memberi kekuatan kepada kita dan orang sekeliling yang melihat kita... soooooooooo, SENYUM!! SENYUM!! DAN SENYUM!!!... ^_^ ^_^  ^_^ , haaaa...kan comel senyum...

Dan yang paling penting,ingat!!!kita ada ramai orang yang sayangkan kita.. Masalah wajib hadir dalam setiap kehidupan kita, tetapi masalah datang dan pergi..Tidak ada masalah yang kekal.. Masalah datang memberi kita peluang dan ruang untuk kita hadapi dan selesaikan.. YA!! masalah itu adalah kelebihan yang berganda kepada kita.. Sebab apa?? Sebab tidak semua orang akan menghadapi masalah yang sama.Lain orang ,lain masalah dan musibah.. Yakin dan sematkan pada diri,"AKU DIBERI MASALAH INI,SEBAB ALLAH TAHU AKU MAMPU SELESAIKAN DENGAN BAIK"....

SWEET PERSON WILL SOLVE THEIR PROBLEM WITH SWEET SOLUTIONS...HEHEHE....




STARHEARTYUSRA (S.H.Y)