IsLAm AgAmA AnA

Wednesday, February 20, 2013

*** ISBIR !! ISBIR FI HUBBILLAH ***


ASSALAMUALAIKUM MUJAHID DAN MUJAHIDAH HARAPAN ALLAH.

“MUJAHADAH ITU PERIT TAPI JAWAPANNYA MANIS”   KAN??? ^_^
BERSABARLAH WAHAI SAHABAT,KERANA SAHABATMU MUNGKIN KHILAF
BERSABARLAH WAHAI IBU,WAHAI AYAH,KERANA ANAKMU MUNGKIN TIDAK MEMAHAMI..
BERSABARLAH WAHAI SUAMI,WAHAI ISTERI,KERANA SUAMI@ISTERI MU MUNGKIN TIDAK MENGETAHUI,
BERSABARLAH WAHAI GURU,KERANA MUNGKIN PELAJARMU SEDANG CUBA MEMAHAMI,
BERSABARLAH WAHAI HAMBA ALLAH,KERANA MUNGKIN BELUM MASANYA,
BERSABARLAH WAHAI HATI,KERANA ALLAH SAYANGKAN KAMU……
BERSABARLAH!!!BERSABARLAH KERANA ALLAH
SESUNGGUHNYA SABAR JUA YANG INDAH…
………………………………………………………………………………………………..
BILA KITA BERBICARA TENTANG SABAR,PASTI ADA PELBAGAI PANDANGAN DAN PENDAPAT..
SABAR!!! SABAR MEMANG LUAS TAPI PERNAH TAK KITA LUASKAN PEMAHAMAN PRAKTIKAL KITA TENTANG SABAR? PERNAH TAK KITA LUASKAN CABANG SABAR DALAM DIRI KITA SECARA AMALI??
YA,MEMANG SUKAR MENCIPTA SABAR TAPI “SABAR DALAM MENCIPTA SABAR HASILNYA ADALAH SYURGA”.
ALLAH BERFIRMAN DALAM KALAMNYA : (AR-RA’D:22-24)
“DAN ORANG YANG SABAR MENGHARAP KEREDHAAN TUHANNYA,MELAKSANAKAN SOLAT,DAN MENGINFAKKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI BERIKAN KEPADA MEREKA,SECARA SEMBUNYI-SEMBUNYI  ATAU TERANG-TERANGAN SERTA MENOLAK KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN;ORANG ITULAH YANG MENDAPAT TEMPAT KESUDAHAN (YANG BAIK).
“(IAITU)SYURGA-SYURGA ‘ADN ,MEREKA MASUK KE DALAMNYA BERSAMA DENGAN ORANG YANG SOLEH DARI NENEK MOYANGNYA,PASANGAN-PASANGANNYA,DAN ANAK CUCUNYA,SEDANG PARA MALAIKAT MASUK KE TMPAT-TEMPAT MEREKA DARI SEMUA PINTU;
“(SAMBIL MENGUCAPKAN), “ SELAMAT SEJAHTERA ATASMU KERANA KESABARANMU.”MAKA ALANGKAH NIKMATNYA TEMPAT KESUDAHAN ITU.”
SUBHANALLAH,INDAHNYA NIKMAT SABAR…KALAU KITA NAMPAK PAHALA SABAR YANG BERTIMBUN-TIMBUN IBARAT SEPERTI GUNUNG,SUDAH TENTU MANUSIA AKAN BEREBUT-REBUT UNTUK MENGECAPI NIKMAT SABAR.
YUSRA PERNAH DENGAR DAN YUSRA SENDIRI PERNAH MENGATAKAN HAL YANG SAMA DAHULU IAITU “SABAR PUN ADA BATASNYA”.WAHAI SAHABAT-SAHABAT KESAYANGAN ALLAH,PERSEPSI INI SALAH SEBENARNYA.BUKAN SALAH TAPI “TERNYATA” SALAH KERANA SABAR DALAM ISLAM ADALAH SABAR YANG PALING AGUNG.SEBAB APA?
KERANA SABAR DALAM ISLAM TIDAK PERNAH KENAL ERTI PENGHUJUNG..KERANA SABAR DALAM ISLAM TAK PERNAH TAHU ERTI FUTUR (PUTUS ASA)…
SEDANGKAN KALAU DIIMBAS KEMBALI PADA ZAMAN RASULULLAH,BAGINDA DAN PARA SAHABAT BAGINDA TIDAK PERNAH PUTUS ASA MEMPERJUANGKAN ISLAM BAHKAN MEREKA MENGAKUI MARTABAT SABAR SEBAGAI MARTABAT YANG TERTINGGI DALAM MENCAPAI SHAHID ALLAH.

BILAL BIN RABAH YANG SABAR DENGAN “AHAD ALLAH”
MUS’AB BIN UMAIR YANG SABAR MENJAGA KEISLAMANNYA DARIPADA IBUBAPANYA SENDIRI,
ZAID BIN TSABIT YANG SABAR MEMASTIKAN MADINAH TERJAGA,
UBAI BIN KA’AB YANG SABAR DALAM MENYEBARKAN ISLAM,
SAIDINA ABU BAKAR,UMAR,UTHMAN,ALI YANG SABAR BERSAMA RASULULLAH ,MENENTANG ORANG KAFIR….
******************************************************************
MEREKA KUAT KERANA KUATNYA SABAR DLAM DIRI MEREKA.
ISLAM MENGGARISKAN SABAR DALAM 3 PERINGKAT UTAMA.
1.     SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN DAN MUSIBAH DARIPADA ALLAH.
ALLAH BERFIRMAN MAFHUMNYA:
“DAN KAMI PASTI AKAN MENGUJI KAMU DENGAN SEDIKIT KETAKUTAN,KELAPARAN,KEKURANGAN HARTA,JIWA DAN BUAH-BUAHAN.DAN SAMPAIKANLAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR.” (ALBAQARAH:155)
2.   SABAR MENAHAN DIRI DARIPADA MELAKUKAN MAKSIAT.
ALLAH BERFIRMAN MAFHUMNYA:

“KATAKANLAH KEPADA LELAKI YANG BERIMAN,AGAR MEREKA MENJAGA PANDANGANNYA,DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA;YANG DEMIKIAN ITU LEBIH SUCI BAGI MEREKA.SUNGGUH,ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG MEREKA PERBUAT.(AN-NUR:30)
3.   SABAR DALAM MELAKUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH.
ALLAH BERFIRMAN MAFHUMNYA:
“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN!BERSABARLAH KAMU DAN KUATKANLAH KESABARANMU DAN TETAPLAH BERSIAP SIAGA (DI PERBATASAN NEGERIMU DAN BERTAKWALAH KEPADA ALLAH AGAR KAMU BERUNTUNG.  (ALI-IMRAN:200)


……………………………………………………………………………………
DAN SEBAIK-BAIK SABAR ADALAH SABAR YANG MELAKUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH.KERANA SABAR INI SABAR ORANG YANG MENGKEHENDAKKAN SHAHID DI JALAN ALLAH..

INDAHNYA SABAR TAKKAN TERLIHAT DEK MATA YANG BUTA MENILAI CINTA ALLAH….
INDAHNYA SABAR TAKKAN TERNAMPAK DEK MATA HATI YANG KELAM TANPA HIDAYAH ALLAH….
INDAHNYA SABAR HANYA AKAN DIRASAI OLEH HATI YANG MELIHAT PAHALA DAN DOSA DENGAN MATA HATI WALAUPUN HAKIKAT SEBENARNYA PAHALA DAN DOSA TAKKAN TERLIHAT WALAUPUN MELALUI MATA HATI..

APABILA KITA SABAR,SEOLAH-OLAH KITA SEDANG MEMBIARKAN ALLAH MENENTUKAN POSISI KITA DALAM MEDAN JIHAD.

SABAR KITA TAKKAN SAMA DAN TAKKAN SETANDING DENGAN SABAR PARA ASHABIAH TAPI SEKURANG-KURANGNYA KITA BOLEH CUBA UNTUK MENIRU SABAR MEREKA…
SABAR IBARATNYA SEPERTI “SINERGI” IAITU 1+1=3
(1+1=3)  (sabar + jihad = syurga)

Ana bukanlah kata ana ni seorang yang sabar lagi menyabarkan,nak sabar tu memang situasi yang sangat susah,hanya orang yang mengalaminya sahaja yang boleh merasai.Tapi ingat tak Allah ada sebut dalam quran dan dalam hadis pon ada,boleh jadi sesuatu perkara yang kita sangat2 tidak suka sebenarnya adalah yang paling terbaik untuk kita tapi boleh jadi perkara yang kita sangat2 suka sebenarnya adalah perkara yang paling tak elok untuk diri kita..so,fikir-fikirkan dan selamat berlimu.... ^_^

“JOM BERSABAR MENJADI ORANG YANG SABAR”
“SABAR MUNGKIN PERIT TAPI TAK MUSTAHILKAN?”

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)

***MUJAHID ITU SUNGGUH HEBAT!***

ASSALAMUALAIKUM.


Hari ni nak kongsi sikit pasal biografi pemuda impian..hehe...hurm,sebenarnya pemuda impian ana dah xde zaman sekarang ni..sebab peribadi pemuda ni sangat hebat dan xkan ada sapa yang boleh vs dia..kalo zaman sekarang la...sebab apa??sebab dia adalah sahabat Rasulullah..sahabat Rasulullah yang antara paling muda.

Nama beliau mestilah Zaid bin Thabit.Zaid bin Thabit ialah salah seorang sahabat baginda Rasulullah S.A.W. dari golongan Ansar yang berasal dari suku kaum Khazraj.Zaid ni dilahirkan di Madinah pada 11 sebelum hijrah tahun 611 Masihi...hurm,kebetulan sama dengan negara yang ana nak sambung belajar.Alhamdulillah..
 ^_^

Kemudian,ALLAH mengatur jalan Zaid dengan menggerakkan hatinya ke arah islam. Zaid memeluk islam pada tahun pertama hijrah. Sejak masih muda lagi,beliau telah mula menghafal ayat-ayat quran yang diturunkan oleh ALLAH kepada Rasulullah ketika berada di Madinah. Zaid adalah seorang anak yatim. Semasa usianya enam tahun,Zaid kehilangan bapanya yang meninggal dunia.Sewaktu Allah mewahyukan baginda  berhijrah ke Madinah,umur Zaid telah pun mencecah sebelas tahun.

Zaid pernah meminta kepada Rasulullah untuk bersama-sama menyertai perang namun tidak diizinkan oleh baginda Rasulullah. Oleh kerana usianya yang masih muda,Rasulullah menghalangnya daripada menyertai perang Badar dan perang Uhud. Namun,dalam hatinya masih berkobar-kobar niat untuk melawan dan memerangi musuh-musuh islam. Lalu apa yang beliau lakukan?Zaid kemudian membuktikan semangatnya dan meningkatkan dirinya dengan menuntut ilmu sebanyak yang mungkin.Rasulullah apabila mengetahui hal tersebut,baginda amatlah gembira.

Masa berlalu dan Zaid meningkat menjadi pemuda dewasa.Namun begitu,semangat Zaid menjaga islam dan memerangi tentera musuh masih kuat..Tibalah masanya,selepas itu, Zaid sering menyertai peperangan melawan tentera musuh.
Subhanallah.mampukah kita pemuda-pemudi islam zaman sekarang menjadi seperti Zaid?untuk mendoakan umat islam di Palestin juga kita masih lemah.Masih lupa?Maih leka?Untuk menolak godaan dunia sahaja kita masih tidak mampu!!mana mungkin kita mampu menjadi pemuda seperti di zaman Rasulullah..


Ada satu kisah sewaktu Zaid bin Thabit menyertai perang Tabuk.Perang tersebut berlaku pada tahun 631 Masehi yang mana perang tersebut tercetus di antara tentera islam dan tentera Rom.  

Ketika tentera Islam menuju ke medan Perang Tabuk, bendera Bani Malik dipegang oleh seorang yang bernama Amarah.

"Serahkan bendera itu kepada Zaid bin Sabit," kata Nabi Muhammad selepas terlihat bendera itu dipegang oleh Amarah.

Amarah menjadi hairan. Beliau langsung berasa tidak sedap hati.

Lantas beliau bertanya kepada Nabi Muhammad, "Ada sesuatu yang tidak kena dengan saya? Atau saya melakukan kesilapan tadi sehingga Rasulullah tidak mengizinkan saya memegang bendera itu."

Nabi Muhammad tersenyum mendengar soalan itu dan menjawab, "Tidak ada yang tidak kena dengan kamu.

"Sekiranya begitu, mengapa saya perlu menyerahkan bendera ini kepada Zaid? Saya juga mampu membawa bendera ini," jawab Amarah pula.

Rupa-rupanya Amarah tidak memahami maksud Nabi Muhammad.

Kemudian Nabi Muhammad menghampiri Amarah dan berkata, "Saya mahukan Zaid yang memegang bendera itu kerana Zaid lebih banyak ilmu pengetahuannya mengenai al-Quran berbanding kamu."

Lalu Amarah menjawab, "Fahamlah saya sekarang."

Amarah menyerahkan bendera itu kepada Zaid seperti yang diarahkan oleh Nabi Muhammad.


** Peristiwa ini bukan untuk menunjukkan bahawa Rasulullah bukan seorang yang pilih kasih tetapi untuk menunjukkan Rasulullah prihatin kepada sesiapa sahaja Sahabat Rasulullah yang mempunyai kelebihan pada diri mereka..

Sumbangan Zaid bin Thabit banyak sangat untuk islam.jom senaraikan!!!

1. Penterjemah Rasul

 Rasulullah SAW pastinya tidak senang apabila berada di kalangan orang-orang Yahudi yang bersembang sesama sendiri dalam bahasa Ibrani supaya isi-isi perbincangan tidak dapat baginda fahami. Oleh itu, Zaid dipilih untuk mempelajari Bahasa Ibrani. 15 hari berlalu, bahasa itu berjaya beliau kuasai dalam masa yang singkat. Bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Ibrani seperti bahasa sendiri. Beliau mula menulis surat dari Rasulullah kepada kaum Yahudi serta membaca surat yang ditulis oleh mereka untuk baginda.
Kemudian Zaid ditugaskan pula untuk mempelajari bahasa Suryani untuk memudahkan proses penyebaran Islam ke negara-negara bukan Arab. Maka, sekali lagi beliau menulis surat dari Rasulullah untuk raja-raja negara luar, menyeru mereka mentauhidkan Allah. Alangkah besarnya sumbangan mujahid ini kepada agamanya.

2. Penulis Wahyu

Lelaki paling muda yang diberi kepercayaan oleh Rasulullah untuk menulis wahyu ialah Zaid bin Thabit. Sedangkan waktu itu, pemuda-pemuda sebaya dengannya bersuka-suka di jalanan. Namun beliau memilih untuk dekat dengan Allah dan utusan-Nya.

3.Ketua jawatankuasa penyusun mushaf al-Quran

Sumbangan Zaid yang paling besar dalam sejarah ialah semasa beliau menjadi ketua jawatankuasa penyusun mushaf al-Quran. Setelah Perang Yamamah (633M/12 H), atas saranan Umar bin Al-Khattab, Abu Bakar meminta Zaid melakukan penyusunan surah dan ayat al-Quran kerana Abu Bakat khuatir sekiranya sahabat yang menghafal al-Quran lebih dulu meninggal dunia. Zaid melakukan tugas tersebut berpegang pada dua cara, iaitu hafalan para sahabat termasuk dirinya dan tulisan ayat al-Quran dari zaman Nabi Muhammad yang ada di tangan para sahabat. Pada zaman Rasulullah SAW, Al-Quran tidak ditulis dan dikumpul sebagai satu mushaf yang lengkap. Yang ada hanya tulisan-tulisan di atas pelepah-pelepah tamar, kulit-kulit haiwan dan tulang-tulang. Untuk memelihara Al-Quran dari hilang akibat syahidnya ramai huffaz dan qurra’ dalam peperangan, Khalifah Abu Bakar mengarahkan proses pengumpulan Al-Quran dimulakan seperti yang dicadangkan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Zaid bin Thabit telah diberi tugas penting yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Bukan mudah untuk mensabitkan sesuatu ayat Al-Quran. Betapa banyaknya pahala yang ditambah kepada timbangan amal soleh Zaid setiap kali umat Muhammad membaca mashaf Al-Quran.

4. Kemudian dalam bidang ilmu feqah dan faraid, Zaid merupakan seorang yang penting di kalangan para sahabat. Khalifah Umar dan Uthman memandangnya sebagai sahabat yang paling dipercayai dalam memberi fatwa. Zaid menjawat jawatan mufti (ahli fatwa) Madinah pada zaman mereka. Fatwa Zaid yang paling berpengaruh adalah dalam bidang faraid. Rasulullah sendiri pernah bersabda:"Yang paling ahli dalam ilmu faraid antara kamu ialah Zaid bin Thabit" [H.R Ibnu Majah dan Ahmad Bin Hanbal]. Pengaruh Zaid dalam bidang faraid sangat dirasakan dalam beberapa mazhab, khususnya Syafie dan Hanbali.

Semasa Nabi Muhammad masih hidup, beliau pernah berkata, "Orang yang paling pakar dalam bidang faraid di antara kalian ialah Zaid bin Sabit."


5. Beliau juga adalah ahli tafsir dan qiraah al-Quran, sebaris dengan Ibnu Majah, Ibnu Mas'ud, Mu'az bin Jabal dan Ubay bin Ka'ab. Setelah Mu'az, Ubay dan Ibnu Mas'ud meninggal dunia, Zaid dianggap sebagai imam tafsir dan qiraah. Khalifah Umar juga selalu memilihnya menjadi imam Masjid Madinah, jika baginda berhalangan. Selain itu, Zaid juga dikenali sebagai perawi hadis. Menurut kitab Sahahain (kitab hadis Imam Bukhari dan Muslim), terdapat 92 hadis yang diriwayatkan oleh Zaid.

6. Zaid pernah diberi kepercayaan menguruskan pemerintahan ketika Umar bin al-Khattab dan Uthman bin Affan melaksanakan ibadat haji. Beliau membuat daftar nama bagi orang yang akan duduk di dewan yang dibentuk Khalifah Umar. Zaid juga pernah mendampingi Umar semasa menerima penyerahan Baitulmuqaddis dan diutus untuk menguruskan masalah harta rampasan setelah Perang Yarmuk. Tugas penting lainnya ialah semasa beliau dilantik menjadi kadi Madinah dan menteri kewangan semasa pemerintahan Uthman.

7. Khalifah Umar bin Khaththab pun mengakui Zaid sebagai tempat rujukan para sahabat tentang Alquran. Dalam satu kesempatan, Umar berkata, “Hai manusia, siapa yang ingin bertanya tentang Alquran, datanglah kepada Zaid bin Tsabit. Siapa yang hendak bertanya tentang fikih, temuilah Muadz bin Jabal. Dan siapa yang hendak bertanya soal harta kekayaan, datanglah kepada saya. Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan saya penguasa, Allah jualah yang memberinya.”

8. Abu Bakar Ra memanggilnya dan mengatakan, “Zaid, engkau adalah seorang penulis wahyu kepercayaan Rasulullah, dan engkau adalah pemuda cerdas yang kami percayai sepenuhnya.

9. Zaid ibn Thabit diberi gelaran 'ulama masyarakat'. Beliau diberi gelaran tersebut kerana kecerdasan otak dan ketajaman fikirannya dan kekuatan daya ingatan.Beliau adalah pemuda yang sangat cekal  menuntut ilmu.




Zaid bin Thabit pemuda al-quran,
Jiwanya zuhud hamba beriman,
Saat islam bergelut, hatinya tak tertahan,
Itulah mujahid harapan impian.

Subhanallah,mungkin ada, ehh!!memang  ada banyak lagi sumbangan dan kelebihan yang ana xtahu pasal Zaid bin Thabit pemuda acuan quran..Harap - harap sapa yang baca post ni,yang lebih arif dan berilmu silalah kongsi dengan yusra ....


#**HAMBAYANGLEMAHDANHINA**#

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)