ASSALAMUALAIKUM
WAHAI HATI-HATI MILIK ALLAH,… (^_^)
SAAT
ALLAH MENURUNKAN UJIAN DAN DUGAAN KEPADA HAMBANYA, SEBAHAGIAN BESAR
DARIPADA KITA MUNGKIN AKAN TERFIKIR “APA SALAH AKU?” ATAU “ADAKAH AKU TAK CUKUP
BAIK HINGGA DIUJI BEGINI?” TANPA KITA MEMIKIRKAN SECARA RASIONAL SEMUANYA
DATANG DARI ALLAH,
BAIK
ATAU BURUK SESUATU PERKARA ITU SEMUANYA DATANG DARIPADA ALLAH.ANDAI KESEDIHAN
YANG SEDANG BERTANDANG DALAM DIRI KITA TIKA INI,KESEDIHAN ITU ADALAH DARI
ALLAH..
DAN
SEBALIKNYA ANDAI KEBAHAGIAAN YANG DIRASAI TIKA INI,KEBAHAGIAAN ITU DATANGNYA
JUGA DARIPADA ALLAH..
ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH AZ-ZUMAR: (62)
"ALLAH MENCIPTAKAN SEGALA SESUATU DAN DIA MEMELIHARA SEGALA SESUATU..."
ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH AZ-ZUMAR: (62)
"ALLAH MENCIPTAKAN SEGALA SESUATU DAN DIA MEMELIHARA SEGALA SESUATU..."
CUMA
BAGAIMANA KITA MENGURUSKAN KESEDIHAN DAN KEBAHAGIAAN KITA ITU YANG MNJADI
PERSOALAN DAN PENILAIAN ALLAH.
LUMRAH
MANUSIA,KETIKA DALAM KESULITAN TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN PASTI TIKAR SEJADAH
MENJADI DESTINASINYA.PASTI SAAT ITU DIMINTANYA,DIPOHONNYA BANYAK-BANYAK DARI
ALLAH SUPAYA ALLAH MENGHILANGKAN SEGALA MUSIBAH YANG SEDANG MELANDA
DIRINYA.SAAT ITU,DIA MENJADI HAMBA YANG PALING NAIF MEMINTA KESEJAHTERAAN
DARIPADA “TUANNYA”,DAN SAAT ITU JUGA DIA MELAFAZKAN PELBAGAI JANJI-JANJI AKAN
PATUH KEPADA MU YA ALLAH SEKIRANYA KAU MENGHILANGKAN KESULITAN PADA DIRINYA ITU
TANPA MEMIKIRKAN AKIBATNYA BERJANJI ANDAI TAK DITEPATI…
TIDAK MENGAPA
ANDAI BERJANJI DITEPATI TAPI BAGAIMANA JIKA SEBALIKNYA???
TIDAK MENGAPA ANDAI
MENGADU KEPADA ALLAH TIKA SEDIH TAPI APA YANG KITA LAKUKAN KETIKA
SENANG,HAPPY???
CUKUPLAH
SEKADAR MENYIMPAN NIAT MUNGKIN INI ADALAH TINGKATAN PROSES MELATIH DIRI MENJADI
HAMBA ALLAH YANG LEBIH BAIK.
ADUHAI
MANUSIA,MELAFAZKAN JANJI MEMANG MUDAH TETAPI MENUNAIKAN JANJI ITU BELUM PASTI…
ALLAH
BERFIRMAN DALAM SURAH AL-BAQARAH: (2:63-64)
‘DAN
(INGATLAH)KETIKA KAMI MENGAMBIL JANJI KAMU DAN KAMI ANGKAT GUNUNG (SINAI) DI
ATASMU (SERAYA BERFIRMAN), “PEGANGLAH TEGUHLAH APA YANG KAMI BERIKAN KEPADAMU
DAN INGATLAH APA YANG ADA DIDALAMNYA AGAR KAMU BERTAKWA”…… KEMUDIAN SETELAH ITU
KAMU BERPALING.MAKA SEKIRANYA BUKAN KERANA KURNIA ALLAH DAN RAHMATNYA KEPADAMU
PASTI KAMU TERMASUK ORANG YANG RUGI.
(63-64)
YA,KETIKA
SUSAH KITA PASTI AKAN INGAT ALLAH.
TETAPI
KETIKA SENANG BELUM TENTU KITA AKAN INGAT DAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH…
IANYA
SAMALAH KEADAANNYA SEPERTI BEGINI:
SEBAGAI
PERMULAAN APA-APA PERBUATAN,LAZIMNYA KITA AKAN SELALU INGAT UNTUK MEMBACA DOA
ATAU PUN PALING KURANG BASMALAH..TAPI FAKTANYA KETIKA SELESAI MANUSIA
JARANG MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH APABILA MENGAKHIRI APA-APA PERBUATAN ATAU
PEKERJAAN..BENARKAN?TEPUK DADA TANYA IMAN.(peringatan juga kepada diri)
HENDAK
MENGUCAPKAN BASMALAH MEMANG SENANG TETAPI UNTUK MELAZIMI MENGEKALKAN
ALHAMDULILLAH DI PENGHUJUNG PEKERJAAN MUNGKIN SUSAH…(tapi “mungkin susah” tak
bermakna ianya mustahil kan??)
FIKIRKAN
DAN SELAMAT MUHASABAH… (^_^)
ALLAH
BERFIRMAN DALAM SURAH AL-BAQARAH:155
“DAN
KAMI PASTI AKAN MENGUJI KAMU DENGAN SEDIKIT KETAKUTAN,KELAPARAN,KEKURANGAN
HARTA,JIWA, DAN BUAH-BUAHAN.DAN SAMPAIKANLAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG
YANG SABAR…”
ALLAH
BERFIRMAN LAGI DALAM AL-QURAN YANG DIFAHAMI SECARA UMUM:
ANDAI
KAMU GEMBIRA,KHABARKANLAH KEPADA AKU,DAN ANDAI KAMU BERDUKA KHABARKANLAH KEPADA
AKU,ALLAH LAH SEBAIK-BAIK TEMPAT UNTUK KAMU BERLINDUNG…
INSYAALLAH,KITA
SAMA-SAMA BERAMAL DENGAN ILMU ALLAH…ANA BERKONGSI ILMU DENGAN ANTUM,ANTUM JUGA
BERKONGSI ILMU DENGAN ANA.KALAU ADA SALAH ATAU SILAP DARI ANA,SILA DENGAN
SENANG HATI TEGUR ANA DENGAN CARA YANG BERHIKMAH…MOGA DALAM LINDUNGAN ALLAH
SEMUA…
(^_^)