IsLAm AgAmA AnA

Tuesday, December 27, 2011

USRAH YANG MENYERONOKKAN 1

           UMMI DAN ABI BINTANG DI HATI
                                       

Baru-baru ni ada ada terlibat dalam 1 kem iaitu kem kepimpinan BADAR..memandangkan ana masih lagi menuntut di SMKA walaupun sepatutnya ada kat U mcm org lain, ana nak amek peluang yang ada secukupnya utk didakwah dan berdakwah...ramai orang berpendapat zaman sekolah zaman yang akan paling dirindui bila-bila nanti...sbb zaman tu la permulaan kita nak kenal dunia,nak kenal kawan-kawan,kenal pelajaran, kenal pendidikan sosial, dan macam2 lagi...tepat sekali, sebab antara umur remaja daripada 15 hingga ke 17 akan mengalami perubahan hormon..perubahan hormon dari segi sikap dan tingkah lakunya, cara pergaulan dengan kawan-kawan, perubahan zaman sosial...dan dalam masa itu pelbagai perkara yang akan berlaku dan kadang-kadang perkara tersebut meninggalkan kesan yang mendalam terhadap seseorang individu..maka,dngan sebab itulah remaja-remaja zaman sekarang sentiasa dinasihati, dan disarankan agar berhati-hati dalam memilih dan menentukan kawan-kawan..kawan-kawan akan lebih mempengaruhi dalam aktiviti sosial individu sebab lingkungan kehidupan anak-anak remaja adalah bersama rakan-rakan terutamanya anak-anak remaja yang menetap di asrama..


hurmm,panjangnya mukadimah ana..berbalik kepada kem yang ana hadiri selama 3 hari 2 malam bertempat di TERATAK hAJAH Halimah...bahan utama yang diketengahkan adalah mengenai "USRAH"..dan syukran kathiran kepada USTAZ ABDULLAH BIN ISMAIL selaku ustaz penasihat dan pembimbing kami selama program ni berlangsung..dan bekas pelajar SMKAK iaitu pelajar tingkatan 5 yang baru saja menghabiskan SPM diorng selaku urusetia dan kadang-kadang menjadi peserta...program ni bukan di bawah sekolah sebenarnya tapi di bawah alumni sekolah...so yg datang berdakwah dan berceramah pun asalnya dari alumni jugak...tapi jgn sangka yg datang berceramah biasa-biasa ja, mereka adalah orang yg sangat hebat dalam berdakwah..antaranya PRESIDEN GAMIS,USTAZ MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF..kalamnya sangat bertenaga dan mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh membuatkan muslim yang lain menerima dan mengikut...antara cara pendekatan dakwah beliau juga adalah usrah..sebenarnya usrah ni terangkum dlam sudut dakwah yang saaangaat besar peranannya..dan seorang lagi juga terbabit dalam GAMIS, USTAZ MOHD FAISAL MUSTAFA yang murabbinya adalah USTAZ MOHD PAHROL JUOI.ALHAMDULILLAh.


Usrah bukan setakat bulatan di sekolah yang diadakan setiap minggu atau hanya di sekolah menengah sahaja..ada yang memahami usrah hanya di jalankan di sekolah,tamat sekolah maka tamatlah usrah..pemahaman ni salah sebab usrah boleh bergerak di mana-mana sahaja,bila-bila masa sahaja dan kepada sesiapa sahaja sama ada.orang tua,muda, usahawan, businessman, dan pelajar....usrah bukan setakat bulatan bahkan usrah adalah diibaratkan seperti satu tali yang sangat tebal dan berkualiti yang mengikat hati-hati muslimin dan muslimat dalam satu-satu usrah..malahan, usrah adalah satu medan untuk mentarbiah semula diri kita dan ahli-ahli usrah yang lain..sama ada kita sebagai mad'u atau kita sebagai dai'e semuanya sama..proses yang dilakukan diniatkan kerana ALLAH,andai kita sebagai mad'u ada perubahan positif alhamdulillah..maknanya usrah yang dilakukan sangat membantu tapi sebaik-baik perubahan adalah kerana ALLAH..usrah adalah penunjuk dan pembuka jalan masing-masing untuk menilai dan mentarbiah diri..andaikan pula kita sebagai dai'e,jika usrah tersebut berhasil semuanya kerana bantuan ALLAH,kudrat yang ALLAH izinkan untuk terus berdakwah,dan jangan pernah berniat untuk sia-siakan kudrat tersebut..tapi sebaliknya andai keberhasilan usrah masih kurang memuaskan maka teruskan usaha dakwah..jgn pernah terfikir atau terlintas untuk futur(putus asa)..sebab putus asa tak boleh ada dalam diri seseorang pemimpin..


bahkan kita lihat model ikutan kita NABI MUHAMMAD (S.A.W),baginda tak pernah putus asa walaupun baginda dihentam,cicaci dan dihina malahan baginda lebih teruk dikenakan, baginda dibaling batu, dilemparkan najis dan hampir-hampir dibunuh oleh sahabat baginda sendiri,SAIDINA UMAR yang terkenal dengan ketegasannya,kebengisannya dan kegarangannya sebelum memeluk islam...namun tatkala mendengar ayat suci al-quran saidina umar sangat lemah dan akhirnya baginda memeluk islam dan menjadi antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga..perjuangan RASULULLAH lebih getir drpd perjuangan kita zaman sekarang,oleh itu muhasabahlah diri pemimpin2 andai kalian terniat untuk putus asa..


JANGAN LETIH UNTUK BERBUAT KEBAIKAN SEBAB LETIH AKAN HILANG DAN KEBAIKAN AKAN TERCATAT,
TAPI JANGAN SERONOK UNTUK BERBUAT KEJAHATAN SEBAB SERONOK AKAN HILANG DAN KEJAHATAN AKAN TERCATAT...


WHAT YOU GIVE YOU GET BACK, dengan prinsip tersebut kalian pendai'e akan sentiasa bersemangat untuk mengajak..walaupun kita tak dapat apa-apa di dunia tapi di akhirat ganjaran pahala pasti menunggu..insyaALLAH.
Dakwah yang kita ketengahkan adalah bervariasi, bukan setakat nasihat dan kata-kata.dan untuk berdakwah jangan terlalu cepat menghukum..dakwah selalunya akan dikaitkan dengan kelembutan, mad'u takkan terima kalau dai'e nya seorang yang lebih kepada bersikap pemaksa..kita hendak mengajak mad'u kepada ALLAH,bukan membuatkan mereka terima dengan penuh keterpaksaan..di situ kita akan lihat ketidakberhasilannya..kalau pendai'e yang benar-benar inginkan usrahnya 'MENJADI', dai'e tersebut akan berusaha pelbagai cara bahkan cara yang memerlukan penggunaan wang..itulah pengorbanan namanya, kita sedang mencari tentera islam yang kuat jadi untuk mendapat tentera yang betul-betul kuat kita harus sanggup korbankan sesuatu berharga..


Ikhlaskan hati untuk mendapat hasil yang memuaskan..sibuk melakukan perkara baik bukan bala tapi nikmat..






(S.H.Y) STARHEARTYUSRA

Monday, November 21, 2011

Ukhwah Islamiah



Ukhwah Islamiyah


Taaruf. Saling mengenali. Mengetahui namanya, keluarganya, asal kediamannya dan lain-lain.

Taaluf. Rasa keterikatan dan kesatuan antara orang-orang beriman. Berpegang kepada ikatan agama Islam dan menghindarkan perpecahan.


Tafahum. Saling memahami. Sentiasa peka dengan keadaan saudara muslim dan segera memberikan bantuan sebelum diminta.

Ta'awun. Saling membantu dalam hal-hal kebajikan. Juga saling mengingatkan dan menghindari sebarang keburukan dan kemungkaran.


Takaful. Saling menanggung. Kesusahan dan kepayahan sahabat dirasai dan diselesaikan bersama.

Itsar. Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri.


"Perupamaan bagi orang-orang yang beriman itu dalam kasih-sayang, belas-kasihan, rahmat-merahmati mereka, umpama jasad. Jika satu anggota mengaduh sakit, akan turut semua anggota merasai sakit dan berjaga malam"

Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, “Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu jauhilah dia,” 




(S.H.Y) STARHEARTYUSRA....

Wednesday, October 12, 2011

MoGa WaLiD dApAt HaJi MaBrUr....




Assalamualaikum manusia di bumi Allah.
Alhamdulillah,malam tadi walid selamat bertolak ke KLIA.Tahun ni walid diberi kesempatan jadi petugas haji bergerak di bawah tabung haji.Ummi masih tak berpelunag tapi takpe lah,anak-anak pon kecik2 lagi.sabar ye ummi..hehehe...
Malam tadi ada wat makan-makan sikit tapi untuk kalangan ahli keluarga ja,lepas isyak sampailah kereta yang di tunggu,kereta ZD yang nak bawak walid pi KLIA.hurmm,sedihh sebab sorang pon takleh hantar walid pi KLIA.Kami semua cuma boleh hantar sampai luar pagar rumah je.Tapi alhamdulillah  walid da selamat sampai kat KLIA.
Sepatutnya pukul 11 pagi tadi da naik flight tapi flight tiba-tiba kena delay plak pukul 3.00 petang..didoakan moga ayahanda selamat sampai kat makkatul mukarramah...Sebak jugak masa walid nak pegi,ye la kan,walid takde buat masa yang lama,tapi ummi kata sepatutnya orang nak pegi haji kita kena happy bukan nangis..so malam tadi tahan air mata.betol jugak cakap ummi.knapa nak nangis kat orang yang nak pegi haji,kita yang tak pergi ni doakan je semoga walid dapat haji yang mabrur.aaaminnn.


(S.H.Y.)Star Heart of Yusra.

Monday, October 10, 2011

KeImAnAn AdALAh PaKsi.....




Salam 'alaik ya shahabi,ya qalbi,ya addinul islam.

Keimanan adalah paksi.
Tegaknya paksi di dalam hati yang merindui ALLAH,
Tegaknya paksi hamba ALLAH yang Qudwah hasanah,
Tegaknya paksi hamba ALLAH yang itsar.
Keimanan tunjang kehidupan,
Tunjang untuk terus menguatkan islam agamaku,
Tunjang untuk terus menggerakkan addinul islami
Tunjang untuk melakukan amar makruf nahi mungkar,

Andai semua perkara dilakukan dihubungkan atas dasar keimanan kepada ALLAH,insyaALLAH hasilnya akan indah,hasilnya akan menenangkan insan
Andai semua perkara dihubungkan dengan ketakwaan,insyaALLAH hasilnya akan menjadi suatu yang EXTRAORDINARY..


kullu 'am bil khair..ALLAH pelindungku yang terbaik.
(S.H.Y.)STAR HEART OF YUSRA    

Sunday, October 9, 2011

**WaSiLaH HaTi**



Assalamualaikum bintang hati,mesra bersama tautan hati-hatinyang entiasa memuji kalimah ALLAH yang agung,yang merindukan hidayah rabb...Alhamdulillah kali ini diberi sedikit peluang dan kesempatan walaupun hari ini agak kurang sihat.Kifarah dosa barangkali..Alhamdulillah,Allah masih sayangkan ana..moga diberi syafaat , qalbu yang sentiasa mengurai pentarbiahan rohani,pengislahan hati,memintal jalinan ukhuwah hubbu minallah.Hanya redha ALLAH yang diharap untuk terus menguatkan ana di atas landasan ujianMU.Ana takut ya ALLAH,takut matlamat kehidupan ana terpesong .Kuatkanlah,redhakanlah,sabarkanlah,serta permudahkanlah hati ana untuk menyelusuri susun atur kehidupan yang telah ENGKAU tetapkan.

Ana mawar terindah kepada ummi dan walid.Ya ALLAH,izinkan ana menjadi puteri termahal dan terindah kepada ummi dan walid ana,kurniakan malu sebagai perhiasab terindah,juga malu sebagai benteng permulaan maksiat,hidupkan gelaran sebagai muslimah sholehah dalam diri ana.Bentengkanlah diri ini hanya kepada yang berhak.Tetapkanlah rohaniku dan rohaninuya hanya untukmu.Benar,bukan mudah untuk menghindarkan qalbi dari hasutan serta godaan dunia,tetapi ana akan berusaha..Ya Rahman Ya Rahim,perbetulkanlah niat ana menuntut ilmu hanya keranaMU. Yakinkanlah hati ana hanya untukmu.Redhakan hati ana.Duhai hati,engkau dah berjanji dengan dirimu sendiri,maka tunaikanlah janjimu itu.

 
Mahukah engkau dianggap sebagai orang munafik?bukankah yusra jani nak jadi mutiara yang bersinar seindah-indahnya tapi letaknya di dasar lautan paling dalam??hanya insan yang benar-benar mengiginkan akan berusaha sedaya mungkin.Bukankah mahu menjadi seperti pokok semalu yang walau disentuh sedikit terus terkuncup??Ahh,beratnya hukum menunaikan janji.Ana xmahu digelar sebagai pengkhianat janji.LA YUKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA WUS'AHA.Moga diperkenankan untuk menikmati dan merasau hidayah serta petunjuk dariNYA..aNA MENUNTUT ILMU HANYA KERANA ALLAH.ALLAH dah tetapkan jalan hidup ana untuk mencapai kejayaan.Allah jua telah menetapkan di mana rezeki kejayaan ana.Maka berusahalah dengan lebih cemerlang keranaNYA.

                                   SOLEHAH WOMEN SMILES IN TROUBLE.


  BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH BERPANDUKAN AL-QURAN DAN SUNNAH..
INSYAALLAH..

(S.H.Y.) STAR HEART OF YUSRA

Saturday, July 30, 2011

jihad fi ramadhan karim

Salam kembali..
tinggal satu hari lagi ramadhan bakal menjelma..apa yang sudah kita semua persiapkan??baju raya?kasut raya?langsir raya?semua raya-raya? TIDAK.....bukan itu yang ana maksudkan..sebaliknya ana maksudkan persiapan rohani,mental dan fizikal kita semua dalam menerima kehadiran ramadhan yang penuh barakah ini.Fikirkan apa tujuan kita yang sebenarnya mempersiapkan persiapan raya sebelum puasa?!!adakah adanya keikhlasan dalam diri kita tika menyambut kehadiran ramadhan??ikhlaskah menyambut ramadhan?ATAU lebih kepada keseronokan bakal menyambut hari raya aidilfitri..renungkan..Allah hanya menetapkan eidul fitri hanya untuk hambanya yang benar-benar merasai dan menghayati kenikmatan berpuasa secara hakiki..dan hari itu adalah hari kemenangan org islam yang ikhlas menerima ramadhan..Durjana iblis laknatullah yang sentiasa menyesatkan anak cucu adam..

Thursday, July 28, 2011

IKHTILAT




Salam tautan ukhuwah fillah abadan abada buat semua mujahidah dan mujahidin serikandi harapan bangsa sekalian..

Alangkah indahnya andai kita semua memahami dan mengamalkan cara hidup islam dalam erti kata yang sebenarnya.Bukan mudah dan bukan susah juga untuk mengaplikasikan yang sedemikian,tetapi ianya bergantung kepada hati masing-masing.Ikhtilat??
hurmm,bagaimana yaa?!ana ada seorang sahabat,ana selalu berkongsi cerita dan pengalaman dengan sahabat ana ni,suatu hari beliau mempersoalkan tentang ikhtilat kepada ana..sebelum ana bercerita lebih panjang,lebih molek jika kita fahamkan dahulu makna ikhtilat,.ikhtilat dari segi bahasa merujuk kepada tindakan unta yang mencampuri manusia serta haiwan ternakan.namun,bagaimanapun ikhtilat dari istilah syara' membawa erti percampuran antara lelaki dan perempuan di suatu tempat yang biasanya akan membawa kepada pertentangan mata,interaksi dan perbualan di antara satu sama lain.
Nahh,kalau begitu antum semua rasa apa hukum ikhtilat??tetapi jangan terlalu cepat menghukum..ada keharusan dalam berikhtilat..

Terdapat pergaulan yang dilarang oleh syara’ dan dibenarkan oleh syarak. ikhtilat yang dilarang oleh syara’ dan disebut dalam dalil-dalil seperti:

1. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan (Muttafaq `alaih)
2. Tidak menunduk pandangan (Ghaddul Bashar)
3. Tidak menutup aurat
4. Bertabarruj
5. Berkomunikasi dengan suara menggoda (Surah Al-Ahzab: ayat 32)


Adapun seperti yang dinukilkan di atas,pergaulan antara lelaki ajnabi dan perempuan ajnabi adalah diharuskan..sebaliknya ikhtilat dituntut apabila bertujuan melakukan perkara kebaikan seperti urusan ilmu yang bermanfaat,amal sholeh,kebajikan dan sebagainya.

Tetapi bagi pendapat ana individunya,walaupun untuk perkara kebaikan,lelaki ajnabi dan perempuan ajnabi seharusnya bersikap lebih profesional kerana seringkali jika ada kerjasama antara lelaki dan perempuan, manusia sering gagal mengaplikasikan ikhtilat yang dibenarkan sebaiknya..Ana tidak berkata untuk masyarakat sekeliling bahkan untuk peringatan ana juga insyaALLAH.Ana juga remaja dan ana juga memahami bagaimana perasaan remaja tetapi andai kita bisa mengharungi dan mengawal serta menahan diri,insyaALLAH ikhtilat tidak akan berlaku dalam diri kita sebaliknya kita akan mengelak dari berlakunya perkara sedemikian..
Andai kita terlupa pabila melakukan tugasan bersama ajnabi,kita terbicara atau terlawak yang melebihi had,cepat-cepatlah sedarkan diri siapa kita..kita hanya menumpang di bumi ALLAH yang MAHA KAYA ini.asif jiddan yer,untuk ayat diatas ini lebih kepada diri ana..ana juga manusia biasa,kadang-kadang masa tengah bincang apa-apa dengan ajnabi ana ada juga terlepas ckp contohnya terlawak dan tergelak lebih,tapi lepas sedar tu istighfar laa.
Untuk yang lawak atau cakap lebih-lebih,kita simpanlah untuk yang berhak ke atas diri kita je iaitu future zauji.."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik juga untuk lelaki yang baik.".
 So,kalau terpikir nak mesej ke,facebook ke,ym ke dengan ajnabi cakap perihal yang melalaikan abaikan je yer.takde paedahnya pon,tambah dosa lagi ada.even berhubungan dengan ajnabi bercerita perkara kebaikan tapi yang sebetulnya niat sebaliknya pon tak payah erk...hee.(^_^)





                                                    

Tuesday, July 26, 2011

subhanallah,indahnya ramadhan

tup tup,tinggal lagi lima hari ja seluruh umat islam akan menjalankan rukun islam yang ketiga iaitu menunaikan puasa di bulan ramadhan...subhanallah,tak sabar rasanya nak rasa nikmat puasa yang hanya setahun sekali diwajibkan ke atas seluruh umat muhammad sejagat..indahnya nikmat menahan lapar dan dahaga serta menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari hanya hamba ALLAH yang benar-benar menghayati akan merasai keseronokan berpuasa.Tetapi lebih indah andai kita telah memulakan puasa dari bulan rejab dan syaaban iaitu bulan ALLAH dan bulan nabi.Justeru bukan sahaja menambah pahala amalan bahkan juga melatih diri supaya lebih bersedia dengan kehadiran ramadhan yang penuh barakah ini.ALLAH menetapkan banyak kelebihan dan fadhilat dalam bulan ramadhan.
 
1.Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.


2.Sesungguhnya Nabi Muhammad (SAW) bersabda : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan! 


3.Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari. 


4.Apabila tibanya malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).


ok lah,harap kita sama-sama melengkapkan apa yang kurang lengkap yer.(^_^)
buah cempedak di atas pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
ana budak baru belajar,
kalau salah minta ajarkan.


  

first of all

assalamualaikum,ntah la macam mana boleh tergerak hati nak create blog..tapi apa-apa pon ana harap blog ni akan datang mampu memberi manfaat,panduan dan tauladan kepada ana sendiri dan hamba ALLAH yang lainnya dalam sama-sama melakukan pengislahan diri..^_^..ALLAH dah tetapkan dakwah itu dengan berbagai cara..pertama,manusia itu mesti berdakwah dengan kuasa yang ada padanya,andai x mampu ubahlah dengan lidah dan andai x mampu jga ubahlah dengan hati..selemah-lemah iman adalah mengubah kemungkaran yang dilihat dengan hati..