IsLAm AgAmA AnA

Saturday, July 30, 2011

jihad fi ramadhan karim

Salam kembali..
tinggal satu hari lagi ramadhan bakal menjelma..apa yang sudah kita semua persiapkan??baju raya?kasut raya?langsir raya?semua raya-raya? TIDAK.....bukan itu yang ana maksudkan..sebaliknya ana maksudkan persiapan rohani,mental dan fizikal kita semua dalam menerima kehadiran ramadhan yang penuh barakah ini.Fikirkan apa tujuan kita yang sebenarnya mempersiapkan persiapan raya sebelum puasa?!!adakah adanya keikhlasan dalam diri kita tika menyambut kehadiran ramadhan??ikhlaskah menyambut ramadhan?ATAU lebih kepada keseronokan bakal menyambut hari raya aidilfitri..renungkan..Allah hanya menetapkan eidul fitri hanya untuk hambanya yang benar-benar merasai dan menghayati kenikmatan berpuasa secara hakiki..dan hari itu adalah hari kemenangan org islam yang ikhlas menerima ramadhan..Durjana iblis laknatullah yang sentiasa menyesatkan anak cucu adam..

Thursday, July 28, 2011

IKHTILAT




Salam tautan ukhuwah fillah abadan abada buat semua mujahidah dan mujahidin serikandi harapan bangsa sekalian..

Alangkah indahnya andai kita semua memahami dan mengamalkan cara hidup islam dalam erti kata yang sebenarnya.Bukan mudah dan bukan susah juga untuk mengaplikasikan yang sedemikian,tetapi ianya bergantung kepada hati masing-masing.Ikhtilat??
hurmm,bagaimana yaa?!ana ada seorang sahabat,ana selalu berkongsi cerita dan pengalaman dengan sahabat ana ni,suatu hari beliau mempersoalkan tentang ikhtilat kepada ana..sebelum ana bercerita lebih panjang,lebih molek jika kita fahamkan dahulu makna ikhtilat,.ikhtilat dari segi bahasa merujuk kepada tindakan unta yang mencampuri manusia serta haiwan ternakan.namun,bagaimanapun ikhtilat dari istilah syara' membawa erti percampuran antara lelaki dan perempuan di suatu tempat yang biasanya akan membawa kepada pertentangan mata,interaksi dan perbualan di antara satu sama lain.
Nahh,kalau begitu antum semua rasa apa hukum ikhtilat??tetapi jangan terlalu cepat menghukum..ada keharusan dalam berikhtilat..

Terdapat pergaulan yang dilarang oleh syara’ dan dibenarkan oleh syarak. ikhtilat yang dilarang oleh syara’ dan disebut dalam dalil-dalil seperti:

1. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan (Muttafaq `alaih)
2. Tidak menunduk pandangan (Ghaddul Bashar)
3. Tidak menutup aurat
4. Bertabarruj
5. Berkomunikasi dengan suara menggoda (Surah Al-Ahzab: ayat 32)


Adapun seperti yang dinukilkan di atas,pergaulan antara lelaki ajnabi dan perempuan ajnabi adalah diharuskan..sebaliknya ikhtilat dituntut apabila bertujuan melakukan perkara kebaikan seperti urusan ilmu yang bermanfaat,amal sholeh,kebajikan dan sebagainya.

Tetapi bagi pendapat ana individunya,walaupun untuk perkara kebaikan,lelaki ajnabi dan perempuan ajnabi seharusnya bersikap lebih profesional kerana seringkali jika ada kerjasama antara lelaki dan perempuan, manusia sering gagal mengaplikasikan ikhtilat yang dibenarkan sebaiknya..Ana tidak berkata untuk masyarakat sekeliling bahkan untuk peringatan ana juga insyaALLAH.Ana juga remaja dan ana juga memahami bagaimana perasaan remaja tetapi andai kita bisa mengharungi dan mengawal serta menahan diri,insyaALLAH ikhtilat tidak akan berlaku dalam diri kita sebaliknya kita akan mengelak dari berlakunya perkara sedemikian..
Andai kita terlupa pabila melakukan tugasan bersama ajnabi,kita terbicara atau terlawak yang melebihi had,cepat-cepatlah sedarkan diri siapa kita..kita hanya menumpang di bumi ALLAH yang MAHA KAYA ini.asif jiddan yer,untuk ayat diatas ini lebih kepada diri ana..ana juga manusia biasa,kadang-kadang masa tengah bincang apa-apa dengan ajnabi ana ada juga terlepas ckp contohnya terlawak dan tergelak lebih,tapi lepas sedar tu istighfar laa.
Untuk yang lawak atau cakap lebih-lebih,kita simpanlah untuk yang berhak ke atas diri kita je iaitu future zauji.."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik juga untuk lelaki yang baik.".
 So,kalau terpikir nak mesej ke,facebook ke,ym ke dengan ajnabi cakap perihal yang melalaikan abaikan je yer.takde paedahnya pon,tambah dosa lagi ada.even berhubungan dengan ajnabi bercerita perkara kebaikan tapi yang sebetulnya niat sebaliknya pon tak payah erk...hee.(^_^)





                                                    

Tuesday, July 26, 2011

subhanallah,indahnya ramadhan

tup tup,tinggal lagi lima hari ja seluruh umat islam akan menjalankan rukun islam yang ketiga iaitu menunaikan puasa di bulan ramadhan...subhanallah,tak sabar rasanya nak rasa nikmat puasa yang hanya setahun sekali diwajibkan ke atas seluruh umat muhammad sejagat..indahnya nikmat menahan lapar dan dahaga serta menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari hanya hamba ALLAH yang benar-benar menghayati akan merasai keseronokan berpuasa.Tetapi lebih indah andai kita telah memulakan puasa dari bulan rejab dan syaaban iaitu bulan ALLAH dan bulan nabi.Justeru bukan sahaja menambah pahala amalan bahkan juga melatih diri supaya lebih bersedia dengan kehadiran ramadhan yang penuh barakah ini.ALLAH menetapkan banyak kelebihan dan fadhilat dalam bulan ramadhan.
 
1.Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.


2.Sesungguhnya Nabi Muhammad (SAW) bersabda : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan! 


3.Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari. 


4.Apabila tibanya malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).


ok lah,harap kita sama-sama melengkapkan apa yang kurang lengkap yer.(^_^)
buah cempedak di atas pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
ana budak baru belajar,
kalau salah minta ajarkan.


  

first of all

assalamualaikum,ntah la macam mana boleh tergerak hati nak create blog..tapi apa-apa pon ana harap blog ni akan datang mampu memberi manfaat,panduan dan tauladan kepada ana sendiri dan hamba ALLAH yang lainnya dalam sama-sama melakukan pengislahan diri..^_^..ALLAH dah tetapkan dakwah itu dengan berbagai cara..pertama,manusia itu mesti berdakwah dengan kuasa yang ada padanya,andai x mampu ubahlah dengan lidah dan andai x mampu jga ubahlah dengan hati..selemah-lemah iman adalah mengubah kemungkaran yang dilihat dengan hati..