IsLAm AgAmA AnA

Friday, December 14, 2012

***WATCH OUT HAWA !!! *** SYURGA @ NERAKA?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

JOM!! CAS IMAN ! !..ISTIGHFAR BANYAK-BANYAK,MOGA ALLAH AMPUNKAN DOSA KITA..

Alhamdulillah wa syukurillah 'ala nikmat al-islam wan nikmat al-sihat. Pelbagai nikmat yang ALLAH ciptakan kepada kita,tapi nikmat yang paling berharga adalah nikmat sihat dan nikmat islam.. dan yang paling bagus kalau kita menghayati nikmat sihat dan nikmat islam dalam erti kata taqarrub ba'du ilallah.. means,kita pergunakan nikmat sihat dan islam yang kita ada untuk keuntungan saham akhirat nanti.

Subhanallah,jom sama-sama tajdid niat wahai MUSLIMAH,MUKMINAH,MUHSINAH,FATA'ATU MUTABADIAH, DAN MUJAHIDAH.. (^_^)

Kepada yang masih belum bersuami,percayalah di luar sana sedang ada mukmin yang sedang berusaha membina dirinya untukmu.. binalah mind-set 'LIMITED EDITION' , insya ALLAH, 'LIMITED EDITION' jugalah akan ALLAH hadiahkan..

Kepada isteri, percayalah di syurga nanti, suamimu akan bahagia menanti kehadiranmu sebagai bidadari terindah untuknya..binalah mind-set 'LIMITED EDITION' , insya ALLAH, 'LIMITED EDITION' juga sebagai janji ALLAH untuk kalian...

Kepada kalian yang bergelar wanita, percayalah..'LIMITED EDITION' akan membawa kalian kembali kepada 'LIMIED EDITION'....

***************************************************************

FITNAH yang paling buruk akibatnya ialah FITNAH WANITA...percaya?? ini adalah fakta...

 "Daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa Rsulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki dengan sebab kaum wanita"
(hadis riwayat imam al-bukhari dan imam muslim)


Wanita adalah golongan yang paling ramai ditempatkan di neraka.mengapa ye?
sedangkan wanita paling sedikit piawaian yang ALLAH tetapkan untuk ke syurga...

wahai muslimah,kita ni nak masuk syurga memang mudah,ada 4 syarat sahaja yang ALLAH gariskan..^_^ , nak tahu?

SYARAT WANITA MASUK SYURGA..
1.Solat fardhu lima waktu sehari semalam
2.puasa di bulan ramadhan
3.memelihara kehormatannya hanya untuk suami
4.mentaati suami


 “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)


Segarkan minda,tanya iman masing-masing..kenapa ramai wanita jadi penghuni syurga??
Wanita ALLAH ciptakan dengan sepenuh keindahan dan keseronokan pada diri mereka..
untuk siapa??tentulah untuk lelaki..
Cuma yang membezakan mereka adalah bagaimana mereka mengindahkan diri mereka.
 Ada yang mengindahkan diri dengan mendedahkan separuh badan untuk tontonan khalayak.
 Ada pula yang menutup anggota tubuhnya dengan pakaian tapi masih menunjukkan bentuk tubuh.
 Ada pula yang memilih untuk menutup keseluruhan anggota tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan dengan  pakaian yang longgar,tebal dan tidak jarang.

ALLAH berfirman dalam surah Ali 'Imran ayat 14:
 "Dihiaskan (dijadikan indah) pada manusia, kesukaan kepada keinginan nafsu yang melibatkan perempuan dan anak-anak, kecintaan kepada perhiasan yang melibatkan emas dan perak...."

Wanita memang ALLAH ciptakan dengan penuh keindahan tapi naluri wanita tetap sentiasa inginkan kecantikan. Ya,semua wanita ALLAH letakkan dalam hati mereka untuk sentiasa kelihatan menarik dan indah tetapi ada piawaian syarat yang islam gariskan untuk mereka cantik,iaitu cantik untuk suami.."LIMITED EDITION" UNTUK SUAMI..

Wahai muslimah kesayangan ALLAH,logik akal kita boleh berfikir andai kita diberi pilihan air mineral dalam botol yang bertutup rapat,masih belum diminum dan masih tidak terdedah airnya dengan air mineral dalam botol yang telah dibuka,diminum dan dibiarkan terdedah. Mana satu yang akan menjadi pilihan kita??
Sudah tentu pilihan yang pertama.Benar?
Subhanallah,inilah realiti kehidupan.Manusia sentiasa memilih yang terbaik untuk dirinya. Bahkan tidak ada pun yang sanggup pilih sesuatu yang sudah tercemar dan buruk..

Maka wahai muslimah,izinkan akal dan iman berbicara..Jangan benarkan nafsu mengambil bahagian kerana nafsu sampai bila-bila pun akan tetap dengan kejahatannya..

ALLAH berfirman dalam surah al-ahzab ayat 23:
 " Dan janganlah kamu bertabarruj seperti tabarrujnya orang-orang jahiliyyah terdahulu "

hadis dari Rasulullah juga meriwayatkan :
 "Wanita yang paling buruk ialah wanita yang meninggalkan rumah mereka dengan bertabarruj bebas tanpa hijab. Mereka adalah kaum munafik dan mereka tidak akan masuk syurga..." (sunan baihaqi)

Hadis yang diriwayatkan oleh saidatina Aisyah:
 " Suatu ketika seorang wanita dari suku Muzaimah datang menghadap Rasulullah S.A.W. di dalam masjid.Ia memakai pakaian gaya terbaru dan berjalan berlenggok-lenggok. Rasulullah bersabda kepada majlis, "wahai manusia, hentikanlah kaum wanitamu  dari memakai pakaian dengan gaya terbaru dan berjalan dengan berlenggok-lenggok kerana Bani Israel telah dilaknatkan kaum wanita mereka menghias diri dan datang ke masjid sambil berjalan berlenggok-lenggok.."
(h.r. Abu Daud dan Baihaqi)



p/s:setakat ini dulu,insya ALLAH nanti akan ada sambungan... (^_^) ,JOM AMAL DENGAN ILMU !!! AMAL DENGAN ISLAM !!!

Tuesday, November 20, 2012

***BAHAGIA DAN DUKA MILIK ALLAH***


ASSALAMUALAIKUM WAHAI HATI-HATI MILIK ALLAH,… (^_^)




SAAT ALLAH MENURUNKAN UJIAN DAN DUGAAN KEPADA  HAMBANYA, SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA KITA MUNGKIN AKAN TERFIKIR “APA SALAH AKU?” ATAU “ADAKAH AKU TAK CUKUP BAIK HINGGA DIUJI BEGINI?” TANPA KITA MEMIKIRKAN SECARA RASIONAL SEMUANYA DATANG DARI ALLAH,
BAIK ATAU BURUK SESUATU PERKARA ITU SEMUANYA DATANG DARIPADA ALLAH.ANDAI KESEDIHAN YANG SEDANG BERTANDANG DALAM DIRI KITA TIKA INI,KESEDIHAN ITU ADALAH DARI ALLAH..
DAN SEBALIKNYA ANDAI KEBAHAGIAAN YANG DIRASAI TIKA INI,KEBAHAGIAAN ITU DATANGNYA JUGA DARIPADA ALLAH..

ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH AZ-ZUMAR: (62)
"ALLAH MENCIPTAKAN SEGALA SESUATU DAN DIA MEMELIHARA SEGALA SESUATU..."




CUMA BAGAIMANA KITA MENGURUSKAN KESEDIHAN DAN KEBAHAGIAAN KITA ITU YANG MNJADI PERSOALAN DAN PENILAIAN ALLAH.
LUMRAH MANUSIA,KETIKA DALAM KESULITAN TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN PASTI TIKAR SEJADAH MENJADI DESTINASINYA.PASTI SAAT ITU DIMINTANYA,DIPOHONNYA BANYAK-BANYAK DARI ALLAH SUPAYA ALLAH MENGHILANGKAN SEGALA MUSIBAH YANG SEDANG MELANDA DIRINYA.SAAT ITU,DIA MENJADI HAMBA YANG PALING  NAIF MEMINTA KESEJAHTERAAN DARIPADA “TUANNYA”,DAN SAAT ITU JUGA DIA MELAFAZKAN PELBAGAI JANJI-JANJI AKAN PATUH KEPADA MU YA ALLAH SEKIRANYA KAU MENGHILANGKAN KESULITAN PADA DIRINYA ITU TANPA MEMIKIRKAN AKIBATNYA BERJANJI ANDAI TAK DITEPATI…
TIDAK  MENGAPA ANDAI BERJANJI DITEPATI TAPI BAGAIMANA JIKA SEBALIKNYA???
TIDAK MENGAPA ANDAI MENGADU KEPADA ALLAH TIKA SEDIH TAPI APA YANG KITA LAKUKAN KETIKA SENANG,HAPPY???
CUKUPLAH SEKADAR MENYIMPAN NIAT MUNGKIN INI ADALAH TINGKATAN PROSES MELATIH DIRI MENJADI HAMBA ALLAH YANG LEBIH BAIK.



ADUHAI MANUSIA,MELAFAZKAN JANJI MEMANG MUDAH TETAPI MENUNAIKAN JANJI ITU BELUM PASTI…

ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH AL-BAQARAH: (2:63-64)
‘DAN (INGATLAH)KETIKA KAMI MENGAMBIL JANJI KAMU DAN KAMI ANGKAT GUNUNG (SINAI) DI ATASMU (SERAYA BERFIRMAN), “PEGANGLAH TEGUHLAH APA YANG KAMI BERIKAN KEPADAMU DAN INGATLAH APA YANG ADA DIDALAMNYA AGAR KAMU BERTAKWA”…… KEMUDIAN SETELAH ITU KAMU BERPALING.MAKA SEKIRANYA BUKAN KERANA KURNIA ALLAH DAN RAHMATNYA KEPADAMU PASTI KAMU TERMASUK ORANG YANG RUGI.                                                                      (63-64)
YA,KETIKA SUSAH KITA PASTI AKAN INGAT ALLAH.
TETAPI KETIKA SENANG BELUM TENTU KITA AKAN INGAT DAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH…
IANYA SAMALAH KEADAANNYA SEPERTI BEGINI:
SEBAGAI PERMULAAN APA-APA PERBUATAN,LAZIMNYA KITA AKAN SELALU INGAT UNTUK MEMBACA DOA ATAU PUN PALING KURANG BASMALAH..TAPI FAKTANYA KETIKA SELESAI  MANUSIA JARANG MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH APABILA MENGAKHIRI APA-APA PERBUATAN ATAU PEKERJAAN..BENARKAN?TEPUK DADA TANYA IMAN.(peringatan juga kepada diri)
HENDAK MENGUCAPKAN BASMALAH MEMANG SENANG TETAPI UNTUK MELAZIMI MENGEKALKAN ALHAMDULILLAH DI PENGHUJUNG PEKERJAAN MUNGKIN SUSAH…(tapi “mungkin susah” tak bermakna ianya mustahil kan??)
FIKIRKAN DAN SELAMAT MUHASABAH… (^_^)
ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH AL-BAQARAH:155
“DAN KAMI PASTI AKAN MENGUJI KAMU DENGAN SEDIKIT KETAKUTAN,KELAPARAN,KEKURANGAN HARTA,JIWA, DAN BUAH-BUAHAN.DAN SAMPAIKANLAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR…”

ALLAH BERFIRMAN LAGI DALAM AL-QURAN YANG DIFAHAMI SECARA UMUM:
ANDAI KAMU GEMBIRA,KHABARKANLAH KEPADA AKU,DAN ANDAI KAMU BERDUKA KHABARKANLAH KEPADA AKU,ALLAH LAH SEBAIK-BAIK TEMPAT UNTUK KAMU BERLINDUNG…



INSYAALLAH,KITA SAMA-SAMA BERAMAL DENGAN ILMU ALLAH…ANA BERKONGSI ILMU DENGAN ANTUM,ANTUM JUGA BERKONGSI ILMU DENGAN ANA.KALAU ADA SALAH ATAU SILAP DARI ANA,SILA DENGAN SENANG HATI TEGUR ANA DENGAN CARA YANG BERHIKMAH…MOGA DALAM LINDUNGAN ALLAH SEMUA…
(^_^)

Saturday, October 20, 2012

***MASA MUDA HANYA SEKALI?????LIHAT SINI !!!***


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....
LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH IL 'ALIYYIL 'AZIM...

ALHAMDULILLAH,ANA BERSYUKUR SANGAT KERANA MASIH DIBERI KEIZINAN OLEH-NYA MENIKMATI MASA MUDA INI...MASA MUDA DUNIA DI DUNIA..

ANDAI ANDA ORANG BERIMAN,SILA TEPUK DADA TANYA HATI MASA MUDA SEBENARNYA SEKALI ATAU DUA KALI....
BAK KATA USTAZAH FATIMAH SYARHA, MINTALAH FATWA DARI HATIMU...

DAH DAPAT JAWAPAN???
SEKIRANYA HATI BERKATA SEKALI,TERNYATA ANDA SALAH MENILAI...
SEBENARNYA DALAM ISLAM, SEMUA MANUSIA AKAN MENGHADAPI MASA MUDA SEBANYAK DUA KALI....
BENARKAH??LIHAT HADIS YANG DIRIWAYATKAN DRPD RASULULLAH OLEH RIWAYAT TIRMIZI INI...
"RASULULLAH BERSABDA YANG BERMAKSUD :USIA AHLI SYURGA ITU SEKITAR 30 TAHUN..."

JADI JAWAPANNYA YANG TEPAT IALAH MANUSIA MELALUI MASA MUDA SEBANYAK DUA KALI... (^_^)
IAITU MUDA DI DUNIA DAN MUDA DI AKHIRAT..SEE? INILAH MAKSUD ANA MUDA DUA KALI...
TETAPI MASALAH YANG BERLAKU KINI IALAH PEMUDA PEMUDI ZAMAN TEKNO INI MENGANGGAP MASA MUDA HANYA AKAN DINIKMATI SEKALI SEUMUR HIDUP..
 TAU TAK KENAPA SEKARANG NI BANYAK SANGAT MASALAH SOSIAL BERLELUASA.BANYAK SANGAT MAKSIAT BERLELUASA....SEBABNYA BERTUNJANG DARI FAHAMAN REMAJA MASA KINI LA...KONON MEMEGANG PRINSIP "ENJOYLAH MASA MUDA KERANA IA HANYA AKAN DINIKMATI SEKALI"..

ALLAH...INGIN YUSRA BERTANYA GOLONGAN INI,MENGAPA TERLALU SINGKAT FIKIRAN ANDA HINGGA MEROSAKKAN MUDA DI DUNIA???
INGIN SEKALI YUSRA SELAMI HATI REMAJA NI,NAK TAHU APA YANG BERLEGAR-LEGAR DI MINDA MEREKA HINGGA SANGGUP HABISKAN MASA MUDA DENGAN KESERONOKAN YANG AKHIRNYA MEMBAWA KEROSAKAN???

RAMAI SAHABAT-SAHABAT DI LUAR SANA MENYALAH ERTIKAN  DAN MENYALAHGUNAKAN MASA MUDA DENGAN MELAKUKAN MAKSIAT DAN MEROSAKKAN AKAL.BAGI MEREKA, TERLIBAT DENGAN MAJLIS-MAJLIS AGAMA,MELAKUKAN KERJA-KERJA DAKWAH,DAN SENTIASA MELAZIMI KE MASJID ITU ADALAH AKTIVITI KETIKA TUA SAHAJA.AMBOI,TERLALU YAKINKAH ANDA AKAN DAPAT MERASAI ZAMAN TUAMU ITU??BAGAIMANA JIKA ALLAH MENGIZINKAN HIDUPMU SETAKAT MUDA SAHAJA..

INGIN ANA KATAKAN,ANDA SANGAT RUGI SAHABAT JIKA ANDA BERBUAT BEGITU..
MASA MUDA DI DUNIA SEBENARNYA AKAN MEMASTIKAN MASA MUDAMU DI AKHIRAT.
SESIAPA YANG MENIKMATI MASA MUDA DI DUNIA  DENGAN MELAKUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH,INSYAALLAH DIA AKAN MENIKMATI MUDA DI AKHIRAT DENGAN PENUH RASA TERHORMAT DAN PENUH JEMPUTAN DARI ALLAH DAN SEISI SYURGA..

SESIAPA YANG MENIKMATI MUDA DUNIA DENGAN TIDAK HORMAT DAN ZALIM,BIIZNILLAH DIA AKAN MENEMPUH AKHIRAT DENGAN PENUH KETERPAKSAAN DAN PENDERITAAN.

KESIMPULANNYA,MASA MUDA DUNIA MENJAMIN MASA MUDA AKHIRAT...
PERJALANKANLAH MASA MUDA DUNIA DENGAN SELURUH MANFAAT DAN BERKAT..
SEBENARNYA SAHABATKU,MASA MUDALAH MASA YANG PALING SERONOK DAN MASA YANG PALING "ENJOY" UNTUK KITA BERBUAT BAIK TERUTAMA DENGAN ALLAH,RASUL,IBUBAPA,GURU DAN RAKAN-RAKAN..
MASA MUDA LAH MASA TERBAIK UNTUK KITA BERSERONOK DENGAN IKATAN USRAH SESAMA SAHABAT..
DAN,MASA MUDA JUGA MASA PALING INDAH DAN MUDAH UNTUK KITA KAUT ILMU BANYAK-BANYAK..


SEBAB APA???
SEBAB MASA TU DOSA KITA TAK BANYAK LAGI...ILMU PUN MUDAH MERESAP MASUK SEBAB MASIH TIDAK TERIKAT DENGAN BANYAK TANGGUNGJAWAB.
SUBHANALLAH,ISLAM MEMANG SEMPURNA.

IMAM AL-GHAZALI SENDIRI PERNAH MENGUNGKAPKAN "KEJAHATAN NAFSU IBARAT AKAR POKOK,LEBIH MUDAH DICABUT SEWAKTU MUDA"...

RASULULLAH SENDIRI BERSABDA MAFHUMNYA: "TUJUH GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT NAUNGAN ALLAH PADA HARI YANG TIADA NAUNGAN SELAIN NAUNGAN-NYA.."
RASULULLAH MENYENARAIKAN SATU PERSATU DARIPADA KETUJUH-TUJUH GOLONGAN TERSEBUT YANG SALAH SATUNYA IALAH PEMUDA YANG HIDUPNYA SENTIASA MENGERJAKAN IBADAH KEPADA ALLAH...
BAHKAN GOLONGAN INI LETAKNYA PADA TARAF YANG KEDUA SELEPAS PEMERINTAH YANG ADIL...

SUBHANALLAH,SAYANGNYA ALLAH PADA GOLONGAN MUDA...
JOM!!
MASA MUDA INI SEBAIKNYA KITA ENJOY DULU DENGAN ILMU.
ENJOYLAH DENGAN APA SAHAJA ILMU KERANA SEMUANYA ILMU ALLAH MELAINKAN ILMU YANG MENSYIRIKKAN ALLAH..
MUDA MENCERMINKAN TUA...
AYUH SAYANGI DIRI!!
AYUH SAYANGI JIWA!!
AYUH SAYANGI ISLAM!!! YA AYYUHAL SYABAB...DUNIA PERLUKAN PEMUDA TAQWA DAN IMAN...

AYUH!!!ANA REMAJA,ANDA JUGA REMAJA.APA YANG ANA KATAKAN INI ADALAH UNTUK DIRI ANA JUGA.ANA JUGA BANYAK KESILAPAN.
JADI,MARI SAMA-SAMA BETULKAN NIAT UNTUK BETULKAN DUNIA YANG SEMAKIN PENUH DENGAN MAKSIAT DAN KETIDAK ADILAN...

ILMU!!!ILMU!!!ILMU!!!.....
AMAL!!!AMAL!!!AMAL!!!...

SABDA RASULULLAH DIRIWAYATKAN AL-TABRANI:"SESIAPA YANG ALLAH MAHUKAN KEBAIKAN BAGINYA,DIA (ALLAH) MEMBERIKANNYA KEFAHAMAN DALAM AL-DIN (AGAMA)"...

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)    (^_^)



Friday, October 19, 2012

***BELAJAR MENJADI "SUPER LEADER"***

ASSALAMUALAIKUM,....

ALHAMDULILLAH,SAYA MASIH LAGI MAMPU MELAKAR SEDIKIT KATA-KATA DI SINI... ALHAMDULILLAH JUGA KERANA MASIH DIBERI KEIZINAN OLEHNYA UNTUK BERADA DI PENTAS YANG TANPA SUARA INI,JADI SAYA PUN TAK PERLU TAKUT UNTUK MEMIKIRKAN APA YANG AKAN BERLAKU SETERUSNYA ANDAI SAYA 'TER'HILANG BICARA....

SEBENTAR TADI,SAYA DAN SELURUH WARGA KITAPP MENGHADIRI SEMINAR "SUPER LEADER" , DAN SAYA ADA TERLIBAT DALAM SATU "TALK" YANG MEMERLUKAN KAMI BERCAKAP DIHADAPAN KAMERA..DAN PERASAAN SAYA SEBELUM TALK TU MEMANG SANGAT TERUJA,TETAPI SEBAIK SAHAJA DIRI INI TEPAT DI HADAPAN KAMERA,PERASAAN GEMURUH TERUS MENGHALANG SAYA DARI BERCAKAP SECARA STABIL DAN MEYAKINKAN..SEDIHNYA... 

YA,SAYA SAMA SEKALI TIDAK TAKUT UNTUK BERKONGSI CERITA DENGAN ANDA APABILA SAYA BERADA DI ALAM MAYA.BAHKAN SAYA SUKA UNTUK BERKONGSI BANYAK ILMU DAN CERITA BERMANFAAT...

TAPI INILAH MASALAH SAYA SEKARANG..MUNGKIN ADA SESETENGAH ORANG  MAMPU MENYESUAIKAN DIRI DENGAN CEPAT DALAM APA JUA SITUASI.APABILA DISURUH MENULIS, MAMPU MENCAIRKAN HATI MANUSIA DENGAN TULISANNYA.APABILA DIBERI MIKROFON,MAMPU UNTUK BERBICARA MENGISI SUASANA...

TAPI SAYA???
TERKADANG SAYA KEMBALI MENINGGALKAN PERSOALAN PADA DIRI DAN HATI TANPA JAWAPAN.MUNGKIN SEKARANG SAYA BERANI MELONTARKAN HUJAH DI SINI,
KERANA APA???
KERANA PERBUATAN MENULIS TAK MEMERLUKAN KITA UNTUK BERTEMU EMPAT MATA DENGAN ORANG LAIN.
TAPI APABILA IA DATANG MASA UNTUK SAYA BERBICARA DI HADAPAN PENONTON ATAU PUN RAKAN-RAKAN LAIN,ALLAH......
KEMBALI SAYA BERISTIGHFAR DALAM HATI,ENTAH MENGAPA RASA GEMURUH ITU TERLALU SUKAR DIHINDARI...

MALU DENGAN DIRI SENDIRI,SAYA TAHU SEBENARNYA SAYA BOLEH!!!SAYA YAKIN YANG SEBENARNYA SAYA BOLEH!!! 
TAPI SEMUA KEYAKINAN ITU MENJADI SEMAKIN HILANG DAN SEMAKIN HILANG SAAT SAYA MELIHAT MATA ORANG YANG MENJADI PENONTON SAYA....

ALLAH,MUNGKIN PERKARA ITU BIASA KEDENGARAN,TAPI SEBENARNYA SAYA TERAMAT MALU DENGAN DIRI SAYA SENDIRI...SERASA HIPOKRIT PULAK,SEBAB SEBELUM INI JUGA SAYA PERNAH MEYAKINKAN RAMAI ORANG UNTUK BERCAKAP DI HADAPAN TAPI BILA DATANG WAKTU SAYA,SAYA MENJADI SEORANG YANG SANGAT LEMAH...
LEMAH DENGAN DIRI SENDIRI....
YA ALLAH,ENTAH BAGAIMANA AKAN KU LAKUKAN SEANDAINYA TIBA MASA UNTUK WANITA MENGISI MEDAN DAKWAH DAN PERDEBATAN...

BAGAIMANA MENCIPTA BERANI???
BAGAIMANA NAK HILANGKAN GEMURUH????
BAGAIMANA NAK YAKINKAN DIRI BAHAWA SAYA JUGA BOLEH???
SAYA TERLALU CINTAKAN BIDANG DAKWAH DAN KOMUNIKASI....

SAYA INGIN MENJADI SEPERTI USTAZAH BAHYAH, 
SAYA INGIN MENJADI SEPERTI USTAZAH FATIMAH SYARHA, 
SAYA INGIN MENJADI SEPERTI PENDAKWAH WANITA YANG LAIN,,,
SEMUANYA PETAH BERBICARA,PANDAI MENCUIT HATI DENGAN KATA-KATA,PENUH KEBERANIAN DALAM MELONTARKAN PENDAPAT YANG TERSENDIRI,PENUH KEYAKINAN DALAM MENAMBAT HATI AUDIENS.....


YA,APA YANG PERLU DAN WAJIB SAYA LAKUKAN ADALAH SEGERA MENCIPTA KEYAKINAN DAN KEBERANIAN YANG PADU....
SAYA TAKKAN SESEKALI HILANG DARI MEDAN YANG SAYA CINTAI SEMATA-MATA "TAK TAHU NAK CIPTA BERANI"....

SAYA HARUS BERANI MELONTARKAN PENDAPAT.BERANI BERCAKAP DI HADAPAN DAN BERANI MELAKUKAN SESUATU YANG SUPERB...

WAHAI KALIAN YANG MEMBACA POST INI,SAYA SEBENARNYA SEDANG CUBA MENCIPTA KEBERANIAN SENDIRI DAN SAYA SEDANG CUBA MEMPERBAIKI KELEMAHAN SAYA...MEMANG SAYA AKUI PERASAAN GEMURUH ITU SESUATU YANG PALING SUKAR DIHINDARI....BANTULAH SAYA ANDAI KALIAN ADA TIPS HILANGKAN GEMURUH....

Sunday, October 7, 2012

***TIPS MENGHAFAL AL-QURAN VERSI MUDAH***



Assalamualaikum,alhamdulillah..masih lagi diberi nikmat sihat olehNYA...insyaALLAH mari sama-sama menggunakan pinjaman ALLAH ini dengan sebaik-baiknya...Andai disoal dalam kubur "apa yang kita lakukan dengan nikmat sihat",maka insyaALLAH dengan bantuan ALLAH jasad kita akan menjadi pelindung menjawab segala persoalan malaikat munkar dan nakir...

Alhamdulillah,minggu lepas Yusra dan rakan-rakan selesai menghadapi peperiksaan semester 1 darul quran, jadi sekarang,Yusra tengah menghadapi cuti sem....So,dengan masa yang agak kosong ni sedikit sebanyak Yusra luangkan untuk bersama rakan blog..Harap-harap ilmu ni dapat membantu kalian di luar sana yang berharap dapat menghafal quran walaupun secara sendiri...

Tips ini bukan sepenuhnya dari Yusra,bahkan tips ini adalah dari Ustaz-Ustaz pensyarah yang disayangi,moga-moga kita sama-sama dapat meraih manfaat..

1.DOA PEMBUKA
--- > Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz al-quran,sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.Berdoalah walaupun dengan hanya al-fatihah...tapi di sini ana kongsikan doa hafazan yang khusus...Sebagai pembuka..:
( i ) istighfar (7x)
( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x)
(iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x)
(iv) al-fatihah

2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN.
--- > Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....Banyak hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,ia juga merupakan fokus utama untuk mengelak kesalahan tajwid disamping memudahkan kita mengingat kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti...kadar bacaan yang diperlukan adalah 20 kali dan ke atas..Pastikan tidak kurang daripada 20 kali..Ulangan peringatan,hanya membaca iaitu dengan meneliti ayat,kalimah dan baris.Permulaannya nampak susah,tapi sesiapa yang mencuba insyaALLAH senang.WALLAHUA'LAM

3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN.
--- > Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.Ulang ayat tersebut sebanyak 20 dan lebih.Kalau dah boleh,teruskan dengan menghafal ayat kedua,juga dengan cara yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali dan lebih.Kemudian ulang menghafal ayat pertama dan disambung dengan ayat kedua(tanpa melihat mushaf).Kemudian sambung hafalan dengan ayat ketiga,ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan daripada ayat pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM.

4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN.
--- >Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,ulang semula menghafal satu lembaran tanpa melihat alquran.Ulang dan ulang dan pastikan hafalan tersebut lancar.Pastikan kepala ayat dan ayat paling bawah kekal diutamakan mengingat supaya tidak keliru jika berpindah ke lembaran seterusnya...


5.DOA PENUTUP
--- > Sebagai penutup kepada hafalan baru ada doanya yang khusus.Doa penutup kepada hafalan al-quran banyak tapi antara yang paling senang adalah dengan membaca "allahummar hamna bil quran,waj'al hulana imaman wa nuuran wa hudan wa rahmah........doa ini insyaALLAH memang lazim didengar dalam bentuk lagu ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari di google insyaALLAH jumpa..WALLAHUA'LAM.

5.TASMIK.
--- > Pelajar yang memang menghafal al-quran tasmik dengan guru pentasmik masing-masing,lazimnya masa tasmik adalah waktu pagi bagi penghafaz-penghafaz al-quran.Bagi yang bukan penghafaz al-quran,anda sudah tentu mempunyai kekangan masa disebabkan kerja lain..Oleh itu,ana sarankan cari waktu yang sedikit lapang sekitar  1-3 jam untuk memulakan hafalan anda.Waktu terbaik adalah sebelum masuk waktu subuh dan waktu malam selepas mghrib dan selepas isyak.Kemudian cari sesiapa saja yang anda rasa berkebolehan dalam tajwid bagi memperdengarkan hafalan anda.Apabila menghafal,kita wajib mentasmik hafalan kita kerana ini adalah satu kewajipan dalam menghafal al-quran sebagai bukti kita ingat ayat tersebut walaupun ada orang lain sedang mendengar.

ALHAMDULILLAH,INI ADALAH SEBAHAGIAN CARA YANG MUDAH UNTUK DIPRAKTIKKAN OLEH SESIAPA SAHAJA..ALLAH ITU DEKAT DENGAN ORANG YANG SELALU BERDOA KEPADANYA,MAKA SAMA-SAMALAH KITA BERDOA SUPAYA DIPERMUDAHKAN ALLAH MENGHAFAL KALAMNYA...NAK HAFAL AL-QURAN,BANYAK DUGAAN DAN CABARAN YANG AKAN DITEMPUHI..BERSABARLAH SAHABAT KESAYANGAN ALLAH..SEMUANYA BERHIKMAH. (^_^)


*********************************************************************
WAKTU PALING SESUAI MULAKAN HAFALAN
--- > Pagi sebelum subuh,
--- >sedikit masa selepas subuh,
--- >malam selepas maghrib,
--- >selepas isyak
--- >selepas jam 12.00 malam.

WAKTU PALING SESUAI MENGULANG HAFALAN
--- > sebelum solat,dalam solat dan sesudah solat.
--- > selepas asar hingga menghampiri waktu senja.
--- > selepas jam 12.00 malam
--- > ketika menunggu masuk waktu pejabat,kelas,kuliah, dll
--- > ketika memasak,mengemas rumah
--- >ketika menunggu apa event...

PELBAGAI VARIASI UNTUK MENGULANG
--- >mp3
--->handset
--- > ingat kedudukan ayat
--- > dengan memahami makna ayat.
--- > tahriri (iaitu dengan kaedah penulisan,buktikan tahap ingatan kita dengan mengulang secara menyalin semuala ayat al-quran ke dalam kertas.)

**UNTUK MUDAHKAN,CARI AL-QURAN TERJEMAH,SO MUDAH DIBAWA KE MANA SAHAJA.

WALLAHUA'LAM,ALLAH JUA YANG LEBIH BERHAK KE ATAS KITA..BAGI YANG SUDAH MENCUBA DAN MASIH RASA SUSAH,DISARANKAN SUPAYA MEMULAKAN HAFAL DENGAN MELETAKKAN TARGET HAFALAN.CONTOHNYA "HARI INI AKU NAK TARGET HAFAL 5 AYAT UNTUK PAGI DAN 5 AYAT UNTUK MALAM"...JADI APABILA DIKUMPULKAN SUDAH MENJADI 10 AYAT..ALHAMDULILLAH..MOGA ALLAH MUDAHKAN JALAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN ANTUM SEMUA,INSYAALLAH....

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)



***WISHING FOR A MIRACLE***



I DON'T KNOW WHY LATELY, SO MANY MANY PROB DID NOT MEET THEIR DEADLINE...IF ANYBODY ASK ME HOW IS IT GONNA HAPPEN TO YOU??MY ANSWER IS "I DONT KNOW"...PLEASE DON'T ASK ME,ASK ALLAH ANYWAYS...

SOMETIMES WE CAN'T DO ANYTHING TO AVOID THE PROBLEM BUT WE MUST CREATE  STRENGTHS AND WILLPOWER TO GO THROUGH THE PROBLEM....EVEN I DO ASK MY HEART WHAT SHOULD I DO TO MANAGE THAT SITUATION??BUT EVEN MY HEART CAN'T FIND THE ANSWER.IT'S BLANK....BLANK....

YES!! I ADMIT ANYBODY IN THIS WORLD SURELY WILL HAVE TO FACE THEIR OWN PROBLEM AND OBSTACLE.BUT WHAT AND HOW THEY DO  DEFINITELY WILL BE THE DIFFERENTIATE....I ASK MYSELF,"YUSRA,EVEN IT IS NOT EXACTLY YOUR PROBLEM BUT YOU ARE THE ELDEST IN YOUR FAMILY, SO WHAT WILL YOU DO TO BE THE POWER OF STRENGTH OF YOUR FAMILY???WHAT SHOULD YOU DO TO RESTORE THE ATMOSPHERE??? YOU ARE THE ELDEST, SO SUPPOSED TO BE YOU TO CLEAR CRYSTAL.....

O ALLAH,I WAS WONDERING HOW MUCH DID YOU LOVE US...IT'S VERY UNCOUNTABLE...I KNOW, MORE HEAVY THE PROB COMING,MORE LOVE ALLAH TO HIS SLAVE,I KNEW IT..PLEASE DO BY MYSIDE!!



I KNEW ALLAH SAID A THOUSAND TIMES ABOUT IT...IN SURAH AL-BAQARAH,SURAH AN-NUR,SURAH AT-TAUBAH ALSO AND A WHOLE AL-QURAN SAID ALLAH IS THE CREATORS AND OF COURSE HE LOVE US...AND HIS LOVE IS THE GREATEST TO HIS CREATURES.NOBODY CAN FIGHT HIM BECAUSE ALLAH IS THE ONLY GOD IN THIS WORLD....

THIS IS ONLY A FEW TESTS FROM ALLAH,DON'T TOO EASY IMMERSED IN DESPERATE AND PANIC...KEEP YOUR DREAMS WHEN YOU SAID YOU WANT TO SAVE THE ISLAMIC JIHAD OF ALLAH...

KEEP HOLDING TIGHTLY TO ALLAH AND HE SURELY HELP ME AND YOU.I'M WISHING FOR A MIRACLE SO I MUST DO A MIRACLE THING TOO..FOR WHAT??FOR ACHIEVE A MIRACLE FROM ALLAH THE CREATORS....



ALLAH HAD PROMISED TO US,THOSE ARE NEAR TO HIM,HE SURELY SURELY SHOW THE RIGHT PATH TO US...YUSRA,YOU MIGHT KEEP IT IN YOUR MIND AND YOUR HEART!!!!SO,PLESE DON'T BE SAD AGAIN BECAUSE ALLAH HAS TO DETERMINE A GOOD-FIX ROAD...THANKS ALLAH,WITH ONLY ONE WRITING CAN GIVE THE SPIRIT AND ADVICE TO ME ALTHOUGH IT IS MY OWN HANDS OF SCRIPT....




STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)

Friday, August 31, 2012

**BILA BUDAK-BUDAK BERPOLITIK....!**





Ali & Hassan : Ehh,ALYA!! hang nak pilih P ka U?

Alya              :Apa ni?Apa P?Apa U??

Ali &Hassan  :Alaa...hang cakap ja la nak P ka U??

Alya              :Aduii hampa nii..X paham betoi la(dengan mimik semangat)
                      Ya la...aku rasa aku nak pilih P..

Ali               : Haaaa,kan aku gitau hang Hassan!Alya mesti pilih P punya la...

Hassan        :Ye la.....

Alya           : Hampa gitau la kat aku apa yang P? Apa yang U?

Ali&Hassan: Kalau hang nak tau,kami 2 orang pon pilih P gak...
                    P tu PAS...U tu UMNO....(^_^), sebab P baik, U jahat...

Alya         : Memang pon...(^_^)


Astaghfirullah,terkejut la jugak bila dengar budak-budak pon dah berani sembang pasal isu sensitif ni..
Adik sendiri balik cerita kawan dia tanya...mula-mula memang rasa nak tergelak sebab pandai mereka.P la,U la...macam-macam...berisyarat segala bagai...
Tapi bila difikirkan balik,semua tu bukan isu yang sepatutnya menjadi medan perbualan kanak-kanak.Tapi tak sangka,sekurang-kurangnya kanak-kanak pun boleh fikir..dan ambil kisah pasal hal ni...
Walaupun mungkin ibubapa yang buka cerita..yang ni macam ni...yang tu macam tuu..tapi sekurang-kurangnya mereka juga ada minat untuk ambil tahu pasal isu sensitif ni....

Kadang-kadang jadi hairan dengan perangai orang zaman sekarang yang terlalu gilakan wang dan pangkat..Bukan diorang tak tahu hukum hakam yang ALLAH dah tetapkan, tapi sengaja dibutakan mata dan dipekakkan telingan daripada terima kebenaran islam.Bahkan hukum islam pun dibuat persis barang mainan.Campak sana-sini..ALLAH,di mana keadilan???

Sanggup buat hal dalam parti semata-mata nak duit dan pangkat.
Sanggup putar belit hukum ALLAH semata-mata takut bekalan duit hasil kerja haram tu dihentikan.
Sanggup rendahkan martabat islam semata-mata nak jaga P...... M........
Dari tudung labuh melepasi dada dan pakaian berlandaskan syariat kepada tudung yang singkat atas dada dan pakaian yang buka aurat..

Saya tak takut bila saya mengeluarkan perkataan begini...
Saya,awak,kita semua sebenarnya dah penat dengan permainan yang haram ni.PENAT!!PENAT!!

NABI S.A.W. BERSABDA:DUA TAPAK KAKI ANAK ADAM TIDAK AKAN BERGERAK DI PADANG MAHSYAR SEHINGGA DITANYA 4 PERKARA...
UMUR,DIHABISKAN KEMANA???
JASAD DIGUNAKAN UNTUK APA???
ILMU,APA YANG DIBUAT???
HARTA,DARI MANA DIPEROLEHI...KEMANA DIHABISKAN???

SUBHANALLAH,tak takutkan kita??Even perhaps youngster will said that,muda lagi..awal lagi...nak pikir buat apa???Enjoy la dulu,nanti dah sampai masa kita pikir la...
Ye la,pandai la korang cakap.Yang nak kena kesannya nanti siapa kalau bukan generasi Y kita ni???Fikir,fikir,fikir...
ALLAH kurniakan manusia dengan keistimewaan akal bukan untuk dirosakkan,bukan untuk disimpan sampai berkarat, tapi akal tu untuk kemaslahatan dunia akhirat..Untuk membawa kehebatan islam ke seluruh dunia..Untuk 'protect' islam daripada direndahkan,..

Fikirlah,susah-susah BAGINDA RASULULLAH S.A.W.  dan sahabat berjuang mempertahankan islam,berperang,berjihad dengan kalimah ALLAH sana sini,
Tapi sekarang apa yang dah jadi??Umat dia pulak tiba-tiba senang-senang nak jatuhkan islam...Dulu nak jaga islam daripada orang kafir tapi sekarang????umat islam nak jaga islam daripada umat islam sendiri???
Memang pelik..

Ya,memang saya muda lagi..mengaji pon tak habis lagi..Tapi macam mana nak tenang kalau tiap-tiap hari dihidangkan dengan cerita-cerita yang tak betul,fitnah,rasuah...

Jiwa manusia seiring dengan fitrahnya,INGINKAN KEBENARAN.....
WAHAI SYABAB-SYABAB KESAYANGAN ALLAH, KEMBALILAH KEPADA KEBENARAN...
SAYA JAMIN 100% ,SIAPA PUN SELAGI DIA BERNAMA MANUSIA,HATINYA TAK AKAN PERNAH TENTERAM KALAU DIA MENIPU...TAMBAH-TAMBAH HAMBA ALLAH YANG TIPU DIRI SENDIRI..

KALAU BENAR DIA SERONOK MELAKUKAN PENIPUAN BERGANDA-GANDA,SESUNGGUHNYA ALLAH DAH MENGIKAT HATIMU DARIPADA TERIMA KEBENARAN..HIDUPLAH DALAM PENIPUANMU...
**************************************************************************
Penyakit yang paling bahaya dan mudah berjangkit itu adalah penyakit "wahn"

CINTA DUNIA, dan TAKUT MATI!

inilah yang dicontohkan yahudi pada umat manusia,

"Dan sungguh kamu akan mendapati mereka(yahudi), manusia yang paling tamak kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih tamak lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."[Al Baqarah:96]
lihat realitinya, berapa ramai orang mengorbankan kepentingan urusan agama demi kepentingan peribadinya?
Tiba-tiba terdetik nak celoteh pasal isu ni...
WALLAHU A'LAM...

STARHEARTYUSRA(S.H.Y)

Friday, August 24, 2012

***RAYA BEST + kahwin***



SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,LAILAHAILLALLAH,ALLAHUAKBAR,......

Pagi 1 Syawal 1433 Hijrah,alhamdulillah...semua umat islam sibuk persiapkan diri dan keluarga.Mandi sunat aidilfitri.....pakai baju baru...sebelum kaki melangkah ke masjid,menjadi kebiasaan anak-anak akan duduk bersimpuh di hadapan ibu bapa,masing-masing menghulurkan tangan mintak maaf kat umi ngan abi...dan yang menyeronokkan kalau umi buat baju raya anak-anak sedondon.Tahun ni,family kami tema warna biru,ntah macam mana boleh terlekat warna biru pon xtau,unexpected occurence...
Tapi,anak bintun Abas yang sulung tu tiba-tiba pelik sorang2..hehehe,baju raya dia stripe black white...pikir punya pikir,alang-alang ada sikit nak masuk ngan bluish colour so,my umi belikan manik biru.maka,malam tu menjahitlah si anak akan manik kat bajunya ituu.(^_^)..

Yusra terbaca satu hadis yang solat sunat aidilfitri dilewatkan untuk bagi kesempatan orang yang x bayar zakat lagi supaya bayar zakat..owhh,patutla selalu solat sunat aidilfitri lambat lagi daripada aidil adha..
Alhamdulillah,macam biasalah...abi Yusra mesti akan jadi imam tiap-tiap tahun..So,pagi-pagi abi mesti pakai jubah putih dulu.Then,satu family abi bawak naik kereta pegi masjid.Sampai-sampai memang orang padat sangat,jemaah perempuan sampai x cukup saf.alhamdulillah...orang masjid bentangkan tikar..

Lama jugak abi baca khutbah,biasalah abi...dia tak suka sangat baca khutbah ikut teks,so mana-mana yang abi rasa nak tambah,dia tambah ja....Raya kali ni,abi bagi khutbah pasal KEPIMPINAN,pastu pasal KEWAJIPAN IBU BAPA DIDIK ANAK-ANAK IKUT ACUAN AL-QURAN DAN ASSUNNAH..Selalunya khutbah abi ada part-part yang sedih sampai orang nangis.tapi kali ni abi buat bersahaja tapi seronok...hehehe,tu punnn ada jugak orang nangis,kononnya sebak dengar abi bagi khutbah..alhamdulillah
SAAAYANNG ABI...(^_^)

Habis solat sunat balik rumah..Rehat-rehat sat,pastu makan sikit,abi tukar pakai baju melayu biru yang umi belikan,then abi bawak satu family balik kampung belah umi,dekat ja..kat Guar Chempedak.Rindu gak nak balik beraya kat kampung abi kat Langkawi tapi cuti abi sat sangat..Tapi kat sini pun best sebab ada ramai.Adik-beradik umi semua 9 orang.Cuba bayang kalau semua berkumpul dengan anak-anak yang masing2 semuanya lebih dripada 6 orang..hahaha,banyakkan?!...^_^,

Seronok sangat,dah la kalau nak ikut kepala masing-masing,semua jenis yang ceria.Firstly semua pakat berkumpul kat kampung besar dulu,makan laksa.Then,konvoi 8 biji keta pi rumah paklang ngan paklong plak kat Batu.18...Rumah family suma dekat-dekat.So,xla susah sangat nak pi ramai-ramai.

Esoknya plak,family Maktam Noraini plak.Buat nasi kerabu ngan laksa lemak,heee..best...
Lusanya plak kat rumah pakteh pulak,hurmm..tiap-tiap hari full ngan family gathering...
Alhamdulillah,hari ni pulak my cousin kahwin.Zaman anak-anak tok kahwin dah habis,so zaman ni zaman cucu tok pulak kahwin..heeee.tahun ni saja 3 orang cousin nak akad..Kakak spupu yang first kahwin tahun lepas dah anak pun..Seronok sebab kena panggil Yusra maklong...Tapi Yusra ajar dia panggil umilong..pelik sikit dari orang..hehehehe...NUR SYAFIQAH IRDINA nama dia..comel sangat.
(^_^),
MOGA ALLAH KURNIAKAN KEBERKATAN UNTUK FAMILY YUSRA DAN KUKUHKAN KEKUATAN UKHUWAH ANTARA KAMI SEMUA..AAMINN.

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)

Tuesday, August 14, 2012

BELAJAR,BELAJAR DAN BELAJAR!!!

Assalamualaikum...



Alhamdulillah,sekarang dah masuk hari ke-25 umat islam menjalankan ibadah puasa.Alhamdulillah jugak kita masih diberi peluang untuk sama-sama merasakan nikmat ramadhan untuk tahun ini.Semoga Allah masih memberi peluang kepada ana dan sahabat semua untuk menjalankan ibadah puasa di tahun-tahun yang akan datang.Sedar tak sedar, lagi 5 hari ja kita nak puasa kan...sekejap ja rasa...

Dan  dah masuk sebulan jugak la ana memulakan pengajian Darul Quran yang berjalan di KITAB.Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab ALLAH dah lancarkan hari-hari yang mencabar kat sini.Biasa lah,manusia ni akan ada turun naiknya,akan ada hitam dan putihnya,akan ada fejar dan senjanya.Sekali kita di atas,takkan selamanya kita akan kekal di atas.Begitu juga, andai kita terjatuh ke bawah sekali,takkan selamanya kita akan kekeal di bawah...Allah MAHA berkuasa..Jangan terlalu suka dengan kejayaan yang kita dapat sebab kadang -kadang nikmat kejayaan yang kita dapat itu adalah untuk menguji diri kita sama ada kita akan menjadi hamba yang bersyukur ataupun hamba yang semakin lalai dan alpa daripada ALLAH.Kalau kuta bersyukur dan menunjukkan rasa syukur itu dengan beribadat kepada ALLAH,alhamdulillah.

Dan kadang-kadang kekalahan dan kegagalan yang kita dapat tu juga bukan sebagai kayu ukur untuk meletakkan kita di kalangan orang -orang yang gagal sepanjang masa.Mana tahu,ALLAH nak uji setakat mana kita bersabar dan terima dengan redha ketentuan ALLAH.Mungkin usaha kita belum mampu untuk melayakkan kita berada di tempat orang -orang yang berjaya.

Memang dalam satu-satu masa saat kita gagal,kita akan berfikir di mana lagi salah kita sedangkan kita telah berusaha bersungguh-sungguh.Namun sebenarnya usaha kita yang kita rasa dah banyak tu masih belum melayakkan kita untuk mencapai tahap yang  baik dan bagus.ALLAH dah tetapkan kepada hambaNYA.. dalam firman ALLAH mafhumnya:

"ALLAH TAKKAN SESEKALI MENGUBAH NASIB HAMBANYA KALAU BUKAN HAMBANYA SENDIRI YANG MENGUBAH NASIBNYA."

Ialam itu sangat mudah dan memudahkan hambaNYA.Kalau kita rasa susah tu maksudnya kita sendiri lah yang tak pandai memudahkan islam.Allah dah tetapkan bahawa DIA akan bagi kejayaan untuk hambaNYA yang berusaha.Bukan berusaha yang ala kadar tapi berusaha bersungguh -sungguh..Berusaha dalaam erti kata ihsan..Rajin,melazimi diri dengan ilmu,usaha sungguh-sungguh.

"KAMU MELAKUKAN IBADAH KEPADA ALLAH SEOLAH -OLAH KAMU MELIHAT ALLLAH,ANDAI KAMU TIDAK DAPAT MELIHAT ALLAH,ALLAH MELIHAT KAMU(LIHAT AMAL PERBUATAN KAMU)"

Belajar juga adalah satu asas ibadah.Andai kita tak belajar.maka automatik kita takkan dapat sesuatu ilmu.Bahkan untuk melakukan proses peribadatan kepada ALLAH juga manusia sangat memerlukan kepada proses pembelajaran yang berterusan.Bukan terus hentam keromo.Ada langkah-langkahnya.Bukan taklid semata-mata.Apa yang ana tak setuju manusia sekarang suka menghukum tanpa dia tahu hukum yang diletakkan menyalahi syariat ALLAH.Itu la gunanya ilmu.Ilmu untuk tahu dan menilai mana satu yang benar dan mana satu yang salah.

Awal-awal sejak islam lahir pun,ilmu adalah asas kepada hadirnya takrif dan konsep islam.Kalau kita "flash back" balik masa awal Rasulullah didatangkan malaikat,apa yang jibril kata?jibril kata bacalah!!! kepada Rasulullah sehingga 3 kali yang mana dalam masa tersebut baginda tak faham langsung apa yang jibril katakan.masyaALLAH,TABARAKALLAH YA RABBI..Bahkan fi'il tersebut dikuatkan dengan fi'il amar yakni fi'il yang disuruh...

Maka,jangan lah sesekali ada putus asa dalam diri orang-orang islam yang menuntut ilmu..Kerana putus asa itu hanya sesuai untuk mereka yang tak kenal islam dengan baik..InsyaALLAH,ALLAH adalah PEMILIK KTA YANG MAHA KAYA,MAHA BIJAKSANA...Dan kita adalah hambaNYA , Biiznillah kita akan memperoleh kejayaan dan menjadi hamba kepada MAHA HAKIM..INSYAALLAH,AL-HAKIM Allah akan meninggikan darjat hambaNYA yang berusaha bersungguh-sungguh.

WALLAHU A'LAM..

STARHEARTYUSRA(S.H.Y.)

Thursday, June 28, 2012

**DHARURIYAT AL-AHKAM 1/5**

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT PENGHUNI SYURGA.....

الله يبارك فيكم في الحيات الطيبة



Apa yang dimaksudkan dengan dharuriyat al-ahkam???
insyaALLAH bersama akan ana huraikan di sini..ilmu ini bukan untuk diajar tapi ana harap ilmu ini merupakan satu perkongsian yg bermanfaat.Seandainya terdapat sebarang kecacatan,sila bantu ana ...
insyaALLAH ilmu ALLAH tidak terbatas kepada siapa sahaja yang nak mendalaminya...hanya fikiran manusia yang terbatas untuk berfikir lebih tentang kewujudan ALLAH...

Terdapat LIMA dharuriyat al-ahkam yang menjadi aspek penting untuk memberi kesan sama ada positif mahupun negatif kepada masyarakat...

1.AD-DIN...
**Ad-din berasal daripada perkataan arab yang ditakrifkan dengan agama...ana tegaskan perkataan ad-din di sini kerana ad-din terangkum di dalamnya hubungan 3 dimensi..berbeza dengan definisi AGAMA yang di dalamnya hanya terangkum hubungan 2 dimensi...

ad-din---------->1.manusia dengan ALLAH
                          2.hubungan manusia dengan manusia
                          3.manusia dengan alam
sebaliknya...............


agama--------->1.manusia dengan ALLAH 
                        2.manusia dengan manusia


.....Ad-Din sebagai Islam itu bermula dalam ruang lingkup yang dikenali sebagai RUKUN LIMA.Rukun lima ini merupakan perkara wajib bagi setiap muslim untuk mengetahui dan mempelajari serta mendalaminya...
.....Ad-Din yang difahami juga membawa manusia mempelajari islam secara lebih terbuka dan 'open-minded'.Islam tidak akan sesekali membawa anda kepada kemunduran dan ketinggalan zaman,bahkan islam akan memvariasikan dunia anda...inilah islam yang akan anda nikmati andai anda sayang ALLAH dan rasul serta beriman kepadaNYA.


RUKUN LIMA YANG WAJIB...


1.DUA KALIMAH SYAHADAH..
Dua kalimah syahadah itu adalah SATU IKTIKAD bagi muslim bagi menyatakan keyakinan yang sepnuhnya kepada keberadaan ALLAH dan RASUL.Dua kalimah syahadah ini menjadi titik tolak yang sangat penting dalam membuktikan keislaman kita,juga sebagai permulaan kehidupan.


Sebagai contohnya,mari kita telusuri semula sejarah kelahiran kita,bermula daripada keluarnya kita daripada perut ibu yang mengandungkan,perkataan pertama yang didengarkan kepada setiap bayi lelaki muslim adalah azan manakala bagi bayi perempuan adalah iqamat.Dalam kedua-dua situasi tersebut mengandungi iktikad dua klimah syahadah.nahh,itulah buktinya..
Juga dalam setiap solat kita seharian lima waktu sehari semalam...perkataan dua kalimah syahadah itu akan sentiasa diulang-ulang dalam tahiyyat....


Sehingga lah saat manusia dihadapkan kepada sakaratul maut,ayat terakhir yang akan diperdengarkan serta dilafazkan adalah dua klimah syahadah.
Oleh kerana itulah,ALLAH meletakkan kedudukan dua kalimah syahadah menduduki tempat yang pertama dalam rukun lima..


2.SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM


Rasulullah bersabda mafhumnya:solat adalah tiang agama.
sesuai dengan ketetapan yang ALLAH letakkan pada taraf kedua selepas dua kalimah syahadah.
ALLAH menetapkan seseorang hambanya ketika di hari qiamat,perkara pertama yang akan dihisab adalah berkaitan solat lima waktu.Sama ada cukup atau berkurangan,cukup tetapi tidak ada ruh solatnya,tidak ada roh ketakwaannya kepada ALLAH, ATAU pun solat kerana keterpaksaan.
Maka ini semua akan menjadi soalan yang nantinya akan ditanya dan dinilai oleh ALLAH setiap seorang.
Mengapa solat itu digelar tiang agama?
Yaa,solat itu adalah tiang agama kerana peribadi setiap pemimpin islam itu dinilai pertama adalah solatnya.Pemimpin yang hebat dan pemimpin rabbaniyyah akan menjaga solatnya dengan sempurna disamping solat-solat sunat yang lain.


"وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَخْشَ ٱللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُو۟لَٓئِكَ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ
Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan." (QS. AN NUUR:52


3.BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.


Bulan Ramadhan adalah bulan umat.Maka pada bulan Ramadhan,menjadi kewajipan kepada seluruh umat islam untuk menahan dan mengawal diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit matahari hingga terbenam matahari di ufuk barat.
Kaifiyat bulan Ramadhan yang kita tahu memang banyak dan setiap hari pada setiap Ramadhan ada fadhilat yang tertentu namun secara umumnya bulan Ramadhan adalah bulan penghapusan dosa bagi umat islam.Dan ketika inilah doa-doa umat islam akan diangkat kelangit..
Dalam bulan ramadhan ini jugalah Rasulullah S.A.W. akan memperdengarkan bacaannya kepada jibril alaihissalam atau tasmi' dengan bacaan tartil...


"وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّلِحَتِ ۙ لَهُم مَّغْفِرَةٌۭ وَأَجْرٌ عَظِيمٌۭ 
Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal saleh, (bahwa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."
 (QS. AL MAA-IDAH:9


4.BAYAR ZAKAT.


"قُلْ إِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ | Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"." (QS. SABA':36




ALLAH menetapkan zakat diberi kepada fakir miskin dan orang yang tidak berkemampuan.Zakat merupakan kaedah penyucian harta kepada golongan yang perlu membayar zakat.


Kaifiyat zakat bukan sahaja dapat menjaga hubungan manusia dengan ALLAH,bahkan juga menjaga hubungan manusia dengan manusia yang lain dan hubungan manusia dengan alam.


ALLAH berfirman dalam al-quran mafhumnya adalah:


Dirikan lah solat dan tunaikanlah zakat oleh kamu...




5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH.




" وَقَالَ ٱللَّهُ لَا تَتَّخِذُوٓا۟ إِلَهَيْنِ ٱثْنَيْنِ ۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَهٌۭ وَحِدٌۭ ۖ فَإِيَّىَ فَٱرْهَبُونِ


Allah berfirman:" Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut "." (QS. AN NAHL:51



Terkandung dalam rukun islam kelima suruhan ALLAH ke Baitullah kepada yang berkemampuan..
Baitullah adalah tempat perhimpunan seluruh umat islam tanpa mengira perbezaan bangsa,kaum,warna kulit,sejarah,dan geografi..
Di sini kita boleh lihat penyatuan  ad-din antara kaum muslim.
Dan kita boleh lihat bagaimana ad-din itu menjadi tunjang utama kepada asas ta'aruf,tafahum dan takaful..


******************************************************
JIHAD DI JALAN ALLAH...


Juga ad-din itu membawa saya dan anda kepada konsep berjihad di jalan ALLAH.


Berjihad di jalan ALLAH terkandung dalam ruang lingkup yang besar..dan hal ini juga dijadikan perbahasan oleh para ulama' dan ilmuwan islam muktabar berdasarkan banyak ayat al-quran yang berkaitan jihad.InsyaALLAH akan Yusra huraikan dalam bab yang khusus tentang JIHAD.


"رَضُوا۟ بِأَن يَكُونُوا۟ مَعَ ٱلْخَوَالِفِ وَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ
Mereka rela berada bersama orang-orang yang tidak pergi berperang, dan hati mereka telah dikunci mati, maka mereka tidak mengetahui (kebahagiaan beriman dan berjihad)." (QS. AT TAUBAH:87




Berjihad di jalan ALLAH dibahagikan kepada tiga kategori berbeza..
*jihad dunia & akhirat
*jihad dunia
*jihad akhirat


ALLAH menjanjikan pahala yang sangat besar kepada hambaNYA yang suka untuk berjihad di jalan ALLAH.Dan ana,InsyaALLAH juga kalian semua sama-sama persiapkan diri untuk berjihad dunia dan akhirat...
jadi,untuk berjihad kita perlu sediakan diri dengan sifat RABBANIYYAH..iaitu konsep ketuhanan..jihad kerana ALLAH..











Monday, June 4, 2012

**ADAB DENGAN AL-QURAN**


ASSALAMUALAIKUM BAKAL PENGHUNI SYURGA DI BAWAH LEMBAYUNG ALLAH..

PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W. KETIKA JIBRIL MEMBERI SALAM KEPADA ISTERI NABI YANG PALING DIKASIHI IAITU SAIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID JUGA DENGAN LAFAZ ASSALAMUALAIKUM...

NAK TAU SAIDAITINA KHADIJAH JAWAB APA?? SAIDATINA KHADIJAH MENJAWAB DENGAN LAFAZ UNTUK MEMULIAKAN KEDATANGAN  MALAIKAT JIBRIL IAITU:
"Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan) yg daripadaNYA berasal salam (kesejahteraan) dan kepada jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)...


MOGA ILMU YANG DISAMPAIKAN INI MEMBERIKAN MANFAAT YANG BESAR UNTUK KITA NIKMATI SERTA KITA HAYATI MEMANDANGKAN ISU YANG AKAN YUSRA BENTANGKAN HARI NI ADALAH BERKENAAN DENGAN AL-QURAN....

Hummmm,antara 5 ubat hati adalah membaca al-quran dan fahami maknanya.

1.Melazimkan diri mengambil wudhu'
**Wudhu' menjadi wajib apabila memgang al-quran yang tiada tafsir...walau untuk memegang helaian ayat al-quran juga wajib dalam keadaan wudhu'..melainkan yang ada tafsir,tapi sebaiknya berwudhuklah setiap kali anda membaca atau memegang al-quran sama ada tafsir atau tidak...

2.Al-quran seeloknya diambil dengan tangan kanan dan jika hendak memegang dan membawa al-quran,sebaik-baiknya dengan menggunakan kedua-dua tangan...

3.Cuba fahami makna yang terkandung dalam setiap ayat al-quran,kalau tak faham,beli al-quran yang ada tafsir...

4.Menanamkan niat dalam hati hanya untuk ALLAH..

5.Memilih tempat yang sunyi ,tenang, dan memberi rasa kedamaian dalam hati...bukannya suasana bising yang memecahkan suasana tenang dan tenteram...contohnya di masjid,surau atau di rumah...

6.Membaca dengan suara yang kuat,lunak tetapi dalam keadaan tidak sampai mengganggu ketenangan orang lain...

7.Membaca al-quran secara tartil iaitu cara bacaan yang paling baik.Sirah Rasulullah S.A.W. menceritakan Rasulullah ditemani Zaid ketika bertadarus kepada malaikat jibril pada bulan Ramadhan juga membaca al-quran secara tartil iaitu dengan menyebut huruf demi huruf dalam alquran dengan bertajwid....

ALLAH berfirman dalam surah al-muzammil:
maksudnya: BACALAH AL-QURAN ITU DENGAN TARTIL (BERTAJWID) 

Sabda Rasulullah S.A.W. mafhumnya:
membaca setiap ayat huruf al-quran akan mendapat 10 kebaikan.bukanlah huruf 'alif lam mim' itu 10 kebaikan tapi 'alif' 10 kebaikan, 'lam' 10 kebaikan , 'mim' 10 kebaikan...

8.Duduk dalam keadaan bersedia dan bersopan serta menjaga ketika berada di hadapan al-quran...keran al-quran sifatnya mulia.

Firman ALLAH dalam surah Al-Anfal
maksudnya:HANYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN JANGANLAH KAMU MENGKHIANATI ALLAH DAN RASUL (MUHAMMAD) DAN JUGA JANGANLAH KAMU MENGKHIANATI AMANAH-AMANAH YANG DIPERCAYAKAN KEPADA KAMU,SEDANGKAN KAMU MENGETAHUINYA...

9.Berpakaian sopan,bersih dan menutup aurat ketika membaca al-quran.Andai sebaliknya,anda telah melakukan zalim iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya yang hak...

10.Letakkan al-quran di tempat yang tinggi.sebab al-quran datangnya dari tempat yang tinggi iaitu dari lauh mahfuz diturunkan ke baitul izzah(langit dunia) dan kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada NABI MUHAMMAD S.A.W. melalui perantaraan malaikat jibril alaihissalam...
Oleh itu,letakkan lah al-quran di tempat yang selayaknya.sekiranya tudung(perempuan) dan kopiah(lelaki)letaknya diatas kepala , maka tepuk dada tanya iman dimana selayaknya tempat al-quran.

*******************************************************************************

~~PAKEJ IBADAH?
YA!!AL-QURAN MERUPAKAN PAKEJ IBADAH KERANA IA MERANGKUMI SOLAT,ZIKIR,SELAWAT,TASBIH,TAHMID DAN DOA...
DALAM SOLAT,MEMANG DIWAJIBKAN KE ATAS UMAT ISLAMUNTUK MEMBACA SURAH AL-FATIHAH PADA SETIAP RAKAAT SELAIN BACAAN LAZIM YANG LAIN SELEPAS AL-FATIHAH...
PAKEJ IBADAH YANG AMAT LENGKAP INI MENUNJUKKAN HEBATNYA AL-QURAN YANG MENJADI PANDUAN SELURUH UMAT ISLAM...


~~SOLAT DAN AL-QURAN HANYA UNTUK ALLAH?
SERINGKALI APABILA SOLAT KITA AKAN MENGUNGKAPKAN "AKUJANJI INI"..."SESUNGGUHNYA SOLATKU,IBADAHKU,HIDUPKU DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM.
HAL INI MEMBERI GAMBARAN BAHAWA BEGITU PENTING KITA MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI SATU MEDAN PELAJARAN YANG KHUSUS..


~~BUKAN SAHAJA SOLAT YANG PERLU DILAKUKAN SECARA ROHANI DAN AMALI,BAHKAN AL-QURAN JUGA PERLU DITERAPKAN SECARA ROHANI DAN AMALI...SEBAIK-BAIK ORANG YANG MEMBACA DAN MENGHAYATI AL-QURAN ADALAH MEREKA YANG MENANGIS SAAT MEMBACA AL-QURAN....

WALLAHUA'LAM

Monday, May 28, 2012

**wanita solehah(^_^)**



ASSALAMUALAIKUM,
alhamdulilllah,dapat jugak cari masa utk update blog ni..tu pun banyak halangan sblum nak jumpak msa yg sesuai...(whoaa,ayat....^_^)
hurmm,sebenarnya nak bahas pasal tajok lain yg tapi disebabkan betul2 ada kekangan masa so ana share ilmu ni la dulu ye..

asif jiddan,ana harap ilmu dan maklumat ni jugak dapat bantu antunna suma supaya dapat menjadi muslimah solehah,mukminah,mslihah...di samping dapat membina diri dan dalaman(rohani) supaya lebih alert dengan permasalahan yang remeh...
kadang-kadang sesuatu permasalahan yang remeh tu mampu dijadikan satu isu yang berat untuk diperbahaskan oleh sebahagian manusia sejagat..

daaaan....yang paling penting seorang dai'e wajib didik,bina,tanam dan teguhkan dalam diri dari segi fizikal,mental,rohani dan akal serta jiwa untuk setiap cabang perkara....

DISAMPING ITU,WAJIB UNTUK KITA LETAKKAN SEPENUH KEYAKINAN KPD ALLAH...NAK BERDAKWAH ATAU BERJIHAD NI MEMANG BANYK DUGAAN DAN CABARAN...SO UNTUK ITU,JANGAN AJAR DIRI KITA UNTUK MENGELUH...
SEBAB SEKALI KITA MENGELUH,SELAMANYA KITA AKAN TERFIKIR UNTUK MENGELUH DAN BERPUTUS ASA...
 ok laaa...dah banyak la plak cakapnya...(sekali dah update ni mmg la,x menyempat plak idea ni nk kluar dri otak...)

BACALAH KAT BAWAH NI YA...(ILMU+IMAN+AMAL=MUMTAZ DUNIA+MUMTAZ AKHIRAT) 

1.untuk si gadis,berperibadilah seperti ini...
2.untuk lelaki,carilah jodohmu mengikut kriteria di bawah..
3.untuk ibu bapa,didiklah anak-anakmu berperibadi unggul...
4.untuk ibu bapa juga,pilihlah calon menantu berakhlak mengikut acuan quran dan sunnah....

1.CANTIK DALAMAN...
*Gadis yng lemah lembut sifatnya dri dalaman tapi tegas mempertahankan nilai-nilai agama dan prinsip hidup memperjuangkan islam,iman dan ihsan....itulah ciri-ciri yang melindungi dan merantai dirinya dengan ALLAH..

2.KEANAK-ANAKAN...
Lelaki sukakan gadis yang bersifat manja,dan sedikit keanak-anakan.... tapi awas gadis!!terlebih keanak-anakan juga akan dibenci oleh lelaki..itu melambangkan sikapmu yang tidak matang.. 

3.CANTIK...
Cantik banyak takrifan berbeza...cantik pada wajah....cantik pada ilmunya....cantik pada kuat agamanya....cantik pada wajah x semestinya akhlaknya baik,,,,cantik pada ilmu x semestinya ilmunya diamalkan...tapi cantik pada agama insyaALLAH cantik semuanya...kerana islam mengajar memang mengajar wanita untuk cantik...(cuma bagaimana ia mengaplikasikan cantiknya itu yg dibahaskan)  

4.BERAKHLAK MULIA
gadis yang menjaga sifat dan akhlaknya sebagai wanita islam...mengutamakan ibu bapa,tidak akan keluar rumah melainkan ada mahram atau suami..gadis yang meletakkan dirinya dalam rumah...tidak berhias ketika keluar rumah melainkan hanya kepada suami dan mahram..

5 BERPEGANG PADA AGAMA...
hadis RASULULLAH S.A.W.: dipilih wanita berdasarkan 4 perkara.kerana kecantikannya,hartanya,keturunannya,agamanya.....pilihlah kerana agamanya...

6.DARI KETURUNAN BAIK-BAIK...
Wanita dipilih sebaiknya dari keturunan yang baik-baik...(background family),keluarga yang mengamalkan islam,iman,ihsan dalam keluarga...itulah keturunan selayaknya utk seorang wanita avuan islam...tapi andai datang dri keturunan yg sebaliknya,allah Xpernah menghampakan hambaNYA yang bertaubat..jadi,berbahagialah muslimah ..^_^

7.BIJAKSANA...
Pandai dan bijak dalam ilmunya...setiap ilmunya dihamparkan ke jalan ALLAH...bijak menguruskan sesuatu perkara...bijak membahagikan perasaan supaya berlaku adil,bijak menarik hati suami(bg yg sudah bersuami)....

8.MENUTUP AURAT...
Berpakaian longgar...tidak ketat...menutup dada...tidak jarang...melabuhkan tudung hingga mentutup dada....paling penting,STOKIN...(sebab x semestinya orang yang dah ada kriteria kat atas ni pakai stokin!!!!atas dah cantik tapi bawah hampeh..) ^_^

9.SEJUK MATA MEMANDANG...
Menutup aurat...membataskan pandangan kapada ajnabi...murah dengan senyuman....ramah mesra....percakapan lemah lembut tapi tegas...

 10.PEMAAF...
Wanita yang mudah memaafkan...dan wanita yang mudah meminta maaf walaupun bukan salahnya..kerana waita tersebut digambarkan wanita yang lembut hatinya dan mudah disayangi oleh orang...

11.BERKEYAKINAN...
Berkeyakinan ketika melontarkan hujah..berani berkata TIDAK kepada perkara yang diharamkan syara'....mengeluarkan kata-kata yang lembut dan sopan tapi tegas..

WALLAHUA'LAM.....SAYA GADIS,ANDAI YANG MEMBACA JUGA GADIS...AYUH!! SAMA-SAMA MENGINDAHKAN PERIBADI UNGGUL ACUAN QURAN DAN SUNNAH.... (^_^)           

Friday, February 17, 2012

i'm so sorry by irfan makki

if my time would end today
would i be ready to go?
and leave all the things i've worked so hard for
and all my friends 
and everyone i've known

chorus:
never did i ever stop
for a moment to think 
of what's staring at me
i've been breaking all the mirrors of reality
i'm so sorry......
if only i had just one last chance......
i'm so sorry........
but now it's too late to change the past
ohh...

i lived my life in the fast lane
i only lived for today

and never,never really thought about anyone else..
it was all about me myself and I...

never did I ever stop
for a moment to think
of what's staring at me
i've been breaking all the mirrors of reality
i'm so sorry.........
if only i had just one last chance....
i'm so sorry....
but now its to late to change the past.......

Thursday, January 26, 2012

**wanita berkerjaya VS suri rumahtangga**

ASSALAMUALAIKUM...



Kalau dulu kecik-kecik orang tanya nak jadi apa bila besar,laju je jawab..nak jadi pensyarah,nak  jadi ustazah,nak jadi cikgu la..bervariasi jawapan...al-maklumlah,waktu tu zaman imaginasi tinggi,so macam-macam angan-angan..haha,yang x masok akal pon ada gak.."nak jadi raja",atau pun "nk kahwin ngn anak raja"..toing3,hahaha..minda kanak-kanak..                                                          

Tapi sekarang, sejak meningkat remaja ni (org kedah kata sjak koi bsaq ni) ,impian ataupun angan-angan masa kecik dulu sprt hilang ditiup angin..(waaah,ayat!!^^) bukan apa,sejak 2 tahun yang lalu,kalau orang tanya ana satu soalan ni, taktau la kenapa hati ana jadi ragu-ragu balik.nak tau soalan apa??haaaa,ni diaa...
"apa cita-cita Ainul ?", "nak keja apa besaq nanti?" dan macam-macam lagi lah yg seumpama dengannya..

YUSRA xtau nak jawab apa kadang-kadang tu sebab nak jadi surirumah ja...yusra xnak keja makan gaji, nak keja berbakti untuk keluarga sndiri ja..sebaaab bagi ana kerja surirumah ni merupakan kerja yang paaling mulia..
hurmm,nak tau tak?!ummi yusra pon seorang suri rumahtangga sebenarnya..tapi ummi ana surirumah yang paling hebat,yang paling best yang pernah ana ada..ummi memperuntukkan kehidupannya untuk suami(walid) dan kami,anak-anak ja..bermula daripada ummi bangun tidur sampai la ummi melelapkan mata (tidoq la tuu)
keja ummi bukan setakat nak kemas-kemas rumah tau,keja ummi banyyaakk sangat.ummi la ustazah ajar kitorang ngaji (budak2 lain pun ngaji gak),ummi la cikgu kami,gtau apa yang baik,apa yang x baik...macam2 yang ummi ajar kata anak-anak dia...TERIMA KASIH UMMI...ANAK-ANAK UMMI SEMUA SAYANG UMMI..KAKAK,AFIFI,AIN,ANIS,ALYA.N ATHNA SAID WE ALL LOVE U..
OK,tgk sini plak,dah abes yg kat atas tuu,ni sedikit soalan yg sahabat-sahabat ana ajukan kat ana n jawapan ana atas soalan tersebut..jom survey..


sahabat : kalau macam tu,kenapa nak continue study kt u?

yusra    : hurmm,salah ni u all memberi buah fikiran mcm tu!!sebab apa yang kita belajaq kat u x semestinya    hanya boleh diaplikasikan dalam kerja.Apa yang kita belajaq ni x kira la bidang apa pun boleh diaplikasikan dalam banyak cabang kehidupan dan ana memilih cabang kehidupan nak salurkan ilmu yg ana belajaq kt u dalam kehidupan berkeluarga..salahkah?ana sangat mencintai bidang agama,bidang yang mengajak manusia dalam mentauhidkan ALLAH dari segala aspek,bidang yang mengajak manusia beriman dengan ALLAH dan rasulnya tanpa ada rasa ragu-ragu..

sahabat : macamna yang dimaksudkan nak aplikasikan dalam kehidupan berkeluarga ?

yusra    : YA!! konsep aplikasikan dalam kehidupan berkeluarga,ana belajaq rajin-rajin,masuk universiti untuk dapat ilmu agama secukupnya sebelum nak teruskan kehidupan berkeluarga..kalau yang belum khitbah spt ana, peranan sbg anak,kakak,cucu,sepupu,sahabat,anak saudara tetap banyak..nahh,itulah modal nk berdakwah..keluarga lebih penting sebelum orang luar.tapi dari segi kerja sebagai surirumah,ilmu ni pun sangat penting dalam nak memastikan kelangsungan kehidupan dalam biah sholehah, mawaddah wa rahmah dan dalam membentuk keluarga sakinah.Rasulullah sendiri mengutamakan dakwah terhadap ahli keluarga baginsa sebelum meluaskan dakwah ke selururh umatnya..macam tu jugak la surirumah...surirumah bertanggungjawab memastikan kelancaran dalam rumahtangga malahan surirumah memegang peranan besar dalam mendidik anak-anak semenjak dari kecil sampai la besar.selalunya yang kita dengar tugas ibu jaga anak,dan didik anak manakala ayah tugasnya bekerja mencari nafkah..nahh,sebab tu la ibu perlu sentiasa dekat dengan anak untuk membantu dalam proses kehidupan dan tumbesaran anak-anak..mendidik mereka supaya terdidik dalam biah islamiah dan paling penting meluaskan skop pemikiran anak-anak tentang hukum ALLAH supaya x mudah tersalah langkah di kemudian hari...solat,puasa,jaga aurat,rukun iman,rukun islam n seumpamanya lah..

sahabat : dah kalau orang nampak surirumah ni selekeh,x makan gaji camna?

yusra    : hurmm,biarkanlah..tu pandangan manusia..lebih baik fikirkan pandangan ALLAH sebab ALLAH lebih tau di mana nak letakkan darjat seorang ibu,isteri yang mengabdikan diri untuk berperanan sepenuhnya dalam institusi rumahtangga..peranan surirumah bukan setakat sediakan makan,minum,pakaian,tidur, dan seumpamanya..kalau dalam penyediaan makanan,seorang surirumah sangaaat ambil berat tentang keberkatan basmalah dan kesihatan,akan dipilih makanan yang berkhasiat dan halal lagi baik,dari pakaian akan dirapi dengan dengan selawat untuk kebersihan dan redha ALLAH kepada si pemakai,untuk kemasan rumah akan dihias setiap penjuru rumah dengan zikrullah untuk  mawaddah wa rahmah..MASYAALLAH..hebat penangan surirumah..x makan gaji ngan manusia tapi makan gaji ngan ALLAH.maaf ana katakan tapi pandangan tersebut bagi ana pandangan yang sangat kolot bagi individu yang bergelar muslim.


sahabat : macamna faktor kehidupan luar perlu bekerja untuk kelangsungan hidup?

yusra    : okey,ana tak brcakap bahawa ana totally akan jadi surirumah.ummi ana pon memberi pandangan yang sama dengan ana.ni nak kongsi ngn muslimah kat luar sana tuu.bukanlah "saya surirumah,saya x bekerja..FULLSTOP." Kita tengok plak dari sudut kewangan keluarga..bagi ana,we should have our target..target yg bagimana??target bekerja..contohnya lepas graduate u,kerja tetap cari..ikutla bidang apa yang minat,tapi perlu meletakkan sasaran tempoh bekerja,maybe dalam 10 ke 15 tahun..lepas tu u can resign n be a housewife..kalau bagi muslimat yang sudah berkhitbah dan nak bantu zauj masing-masing (maybe masalah kewangan), u also can make a target using ur graduate sijil to have a work for 5 till 7 years maybe...tapi,insyaALLAH rezeki ALLAH bagi..



Ok,yang tu la sikit perkongsian...bukan apa,ana nak buka sikit mata manusia yang menyimpan pandangan negatif terhadap kerjaya suri rumahtangga..saidatina fatimah isteri saidina ali dan anak rasulullah juga adalh surirumahtangga..ALLAH ada menyediakan tempat istimewa untuk isteri yang berbakti untuk suaminya di jannatul firadaus nanti..just wait n see wahai muslimah-muslimah kesayangan ALLAH..^^





STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)^^