IsLAm AgAmA AnA

Sunday, October 7, 2012

***TIPS MENGHAFAL AL-QURAN VERSI MUDAH***



Assalamualaikum,alhamdulillah..masih lagi diberi nikmat sihat olehNYA...insyaALLAH mari sama-sama menggunakan pinjaman ALLAH ini dengan sebaik-baiknya...Andai disoal dalam kubur "apa yang kita lakukan dengan nikmat sihat",maka insyaALLAH dengan bantuan ALLAH jasad kita akan menjadi pelindung menjawab segala persoalan malaikat munkar dan nakir...

Alhamdulillah,minggu lepas Yusra dan rakan-rakan selesai menghadapi peperiksaan semester 1 darul quran, jadi sekarang,Yusra tengah menghadapi cuti sem....So,dengan masa yang agak kosong ni sedikit sebanyak Yusra luangkan untuk bersama rakan blog..Harap-harap ilmu ni dapat membantu kalian di luar sana yang berharap dapat menghafal quran walaupun secara sendiri...

Tips ini bukan sepenuhnya dari Yusra,bahkan tips ini adalah dari Ustaz-Ustaz pensyarah yang disayangi,moga-moga kita sama-sama dapat meraih manfaat..

1.DOA PEMBUKA
--- > Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz al-quran,sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.Berdoalah walaupun dengan hanya al-fatihah...tapi di sini ana kongsikan doa hafazan yang khusus...Sebagai pembuka..:
( i ) istighfar (7x)
( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x)
(iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x)
(iv) al-fatihah

2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN.
--- > Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....Banyak hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,ia juga merupakan fokus utama untuk mengelak kesalahan tajwid disamping memudahkan kita mengingat kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti...kadar bacaan yang diperlukan adalah 20 kali dan ke atas..Pastikan tidak kurang daripada 20 kali..Ulangan peringatan,hanya membaca iaitu dengan meneliti ayat,kalimah dan baris.Permulaannya nampak susah,tapi sesiapa yang mencuba insyaALLAH senang.WALLAHUA'LAM

3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN.
--- > Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.Ulang ayat tersebut sebanyak 20 dan lebih.Kalau dah boleh,teruskan dengan menghafal ayat kedua,juga dengan cara yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali dan lebih.Kemudian ulang menghafal ayat pertama dan disambung dengan ayat kedua(tanpa melihat mushaf).Kemudian sambung hafalan dengan ayat ketiga,ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan daripada ayat pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM.

4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN.
--- >Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,ulang semula menghafal satu lembaran tanpa melihat alquran.Ulang dan ulang dan pastikan hafalan tersebut lancar.Pastikan kepala ayat dan ayat paling bawah kekal diutamakan mengingat supaya tidak keliru jika berpindah ke lembaran seterusnya...


5.DOA PENUTUP
--- > Sebagai penutup kepada hafalan baru ada doanya yang khusus.Doa penutup kepada hafalan al-quran banyak tapi antara yang paling senang adalah dengan membaca "allahummar hamna bil quran,waj'al hulana imaman wa nuuran wa hudan wa rahmah........doa ini insyaALLAH memang lazim didengar dalam bentuk lagu ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari di google insyaALLAH jumpa..WALLAHUA'LAM.

5.TASMIK.
--- > Pelajar yang memang menghafal al-quran tasmik dengan guru pentasmik masing-masing,lazimnya masa tasmik adalah waktu pagi bagi penghafaz-penghafaz al-quran.Bagi yang bukan penghafaz al-quran,anda sudah tentu mempunyai kekangan masa disebabkan kerja lain..Oleh itu,ana sarankan cari waktu yang sedikit lapang sekitar  1-3 jam untuk memulakan hafalan anda.Waktu terbaik adalah sebelum masuk waktu subuh dan waktu malam selepas mghrib dan selepas isyak.Kemudian cari sesiapa saja yang anda rasa berkebolehan dalam tajwid bagi memperdengarkan hafalan anda.Apabila menghafal,kita wajib mentasmik hafalan kita kerana ini adalah satu kewajipan dalam menghafal al-quran sebagai bukti kita ingat ayat tersebut walaupun ada orang lain sedang mendengar.

ALHAMDULILLAH,INI ADALAH SEBAHAGIAN CARA YANG MUDAH UNTUK DIPRAKTIKKAN OLEH SESIAPA SAHAJA..ALLAH ITU DEKAT DENGAN ORANG YANG SELALU BERDOA KEPADANYA,MAKA SAMA-SAMALAH KITA BERDOA SUPAYA DIPERMUDAHKAN ALLAH MENGHAFAL KALAMNYA...NAK HAFAL AL-QURAN,BANYAK DUGAAN DAN CABARAN YANG AKAN DITEMPUHI..BERSABARLAH SAHABAT KESAYANGAN ALLAH..SEMUANYA BERHIKMAH. (^_^)


*********************************************************************
WAKTU PALING SESUAI MULAKAN HAFALAN
--- > Pagi sebelum subuh,
--- >sedikit masa selepas subuh,
--- >malam selepas maghrib,
--- >selepas isyak
--- >selepas jam 12.00 malam.

WAKTU PALING SESUAI MENGULANG HAFALAN
--- > sebelum solat,dalam solat dan sesudah solat.
--- > selepas asar hingga menghampiri waktu senja.
--- > selepas jam 12.00 malam
--- > ketika menunggu masuk waktu pejabat,kelas,kuliah, dll
--- > ketika memasak,mengemas rumah
--- >ketika menunggu apa event...

PELBAGAI VARIASI UNTUK MENGULANG
--- >mp3
--->handset
--- > ingat kedudukan ayat
--- > dengan memahami makna ayat.
--- > tahriri (iaitu dengan kaedah penulisan,buktikan tahap ingatan kita dengan mengulang secara menyalin semuala ayat al-quran ke dalam kertas.)

**UNTUK MUDAHKAN,CARI AL-QURAN TERJEMAH,SO MUDAH DIBAWA KE MANA SAHAJA.

WALLAHUA'LAM,ALLAH JUA YANG LEBIH BERHAK KE ATAS KITA..BAGI YANG SUDAH MENCUBA DAN MASIH RASA SUSAH,DISARANKAN SUPAYA MEMULAKAN HAFAL DENGAN MELETAKKAN TARGET HAFALAN.CONTOHNYA "HARI INI AKU NAK TARGET HAFAL 5 AYAT UNTUK PAGI DAN 5 AYAT UNTUK MALAM"...JADI APABILA DIKUMPULKAN SUDAH MENJADI 10 AYAT..ALHAMDULILLAH..MOGA ALLAH MUDAHKAN JALAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN ANTUM SEMUA,INSYAALLAH....

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)



17 comments:

  1. syukran ya ukh. Semoga perkongsian ini menjadi saham pahala enti di akhirat kelak in syaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. afwan.. aamin,trima kasih doakan,moga dalam kasih syg ALLAH selalu.. ^_^

      Delete
  2. terima kasih kak yusra , izati ada hafazan.....izati harap izati lulus dengan guna tips akak,thanks sekali lagi tauu,doakan izati ^_^ semoga akak sihat selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama... ^_^ , teruskan usaha ya.. moga Allah kuatkan... insya ALLAH... TRIMA KSIH JUGAK..

      Delete
  3. terimakasih banyak atas semua yang disajikan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, Smoga Kita Dipertemukan Allah SWT ditempat terindah suatu saat, Amin...

    ReplyDelete
  5. syukran,ana dh boleh mghafal mggunakan tips2 ni.smoga Allah mmberkati usahamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. afwan, alhamdulillah akh.... selain tu,pntingkan dan utamakan mngkaji makna ayat quran untuk lebih memudahkan hafalan... ^_^

      Delete
  6. syukron katsir untuk tulisan ini, semoga bermanfaat khususnya buat saya dan bisa saya amalkan
    , umumnya buat masyarat awam yang ingin menghafal al quran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AFWAN jami'an... insya ALLAH SAMA-SAMA AMALKAN.. ^_^

      Delete
  7. Syukran.......tips yg brguna.

    ReplyDelete
  8. salam wbt..jazakillahu khair ukhti! :)

    ReplyDelete
  9. Akk minta izin share ye yusra. Sgt bermanfaat.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Syukran jaziilan Yusra. Semoga dalam lindungan & rahmat Allah selalu. Doakan kami mudah menghafal al-Quran juga ya. Amin :)

    ReplyDelete
  11. syukran . tips yg baru dpt dpelajari dari sini .

    ReplyDelete