IsLAm AgAmA AnA

Monday, June 4, 2012

**ADAB DENGAN AL-QURAN**


ASSALAMUALAIKUM BAKAL PENGHUNI SYURGA DI BAWAH LEMBAYUNG ALLAH..

PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W. KETIKA JIBRIL MEMBERI SALAM KEPADA ISTERI NABI YANG PALING DIKASIHI IAITU SAIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID JUGA DENGAN LAFAZ ASSALAMUALAIKUM...

NAK TAU SAIDAITINA KHADIJAH JAWAB APA?? SAIDATINA KHADIJAH MENJAWAB DENGAN LAFAZ UNTUK MEMULIAKAN KEDATANGAN  MALAIKAT JIBRIL IAITU:
"Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan) yg daripadaNYA berasal salam (kesejahteraan) dan kepada jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)...


MOGA ILMU YANG DISAMPAIKAN INI MEMBERIKAN MANFAAT YANG BESAR UNTUK KITA NIKMATI SERTA KITA HAYATI MEMANDANGKAN ISU YANG AKAN YUSRA BENTANGKAN HARI NI ADALAH BERKENAAN DENGAN AL-QURAN....

Hummmm,antara 5 ubat hati adalah membaca al-quran dan fahami maknanya.

1.Melazimkan diri mengambil wudhu'
**Wudhu' menjadi wajib apabila memgang al-quran yang tiada tafsir...walau untuk memegang helaian ayat al-quran juga wajib dalam keadaan wudhu'..melainkan yang ada tafsir,tapi sebaiknya berwudhuklah setiap kali anda membaca atau memegang al-quran sama ada tafsir atau tidak...

2.Al-quran seeloknya diambil dengan tangan kanan dan jika hendak memegang dan membawa al-quran,sebaik-baiknya dengan menggunakan kedua-dua tangan...

3.Cuba fahami makna yang terkandung dalam setiap ayat al-quran,kalau tak faham,beli al-quran yang ada tafsir...

4.Menanamkan niat dalam hati hanya untuk ALLAH..

5.Memilih tempat yang sunyi ,tenang, dan memberi rasa kedamaian dalam hati...bukannya suasana bising yang memecahkan suasana tenang dan tenteram...contohnya di masjid,surau atau di rumah...

6.Membaca dengan suara yang kuat,lunak tetapi dalam keadaan tidak sampai mengganggu ketenangan orang lain...

7.Membaca al-quran secara tartil iaitu cara bacaan yang paling baik.Sirah Rasulullah S.A.W. menceritakan Rasulullah ditemani Zaid ketika bertadarus kepada malaikat jibril pada bulan Ramadhan juga membaca al-quran secara tartil iaitu dengan menyebut huruf demi huruf dalam alquran dengan bertajwid....

ALLAH berfirman dalam surah al-muzammil:
maksudnya: BACALAH AL-QURAN ITU DENGAN TARTIL (BERTAJWID) 

Sabda Rasulullah S.A.W. mafhumnya:
membaca setiap ayat huruf al-quran akan mendapat 10 kebaikan.bukanlah huruf 'alif lam mim' itu 10 kebaikan tapi 'alif' 10 kebaikan, 'lam' 10 kebaikan , 'mim' 10 kebaikan...

8.Duduk dalam keadaan bersedia dan bersopan serta menjaga ketika berada di hadapan al-quran...keran al-quran sifatnya mulia.

Firman ALLAH dalam surah Al-Anfal
maksudnya:HANYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN JANGANLAH KAMU MENGKHIANATI ALLAH DAN RASUL (MUHAMMAD) DAN JUGA JANGANLAH KAMU MENGKHIANATI AMANAH-AMANAH YANG DIPERCAYAKAN KEPADA KAMU,SEDANGKAN KAMU MENGETAHUINYA...

9.Berpakaian sopan,bersih dan menutup aurat ketika membaca al-quran.Andai sebaliknya,anda telah melakukan zalim iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya yang hak...

10.Letakkan al-quran di tempat yang tinggi.sebab al-quran datangnya dari tempat yang tinggi iaitu dari lauh mahfuz diturunkan ke baitul izzah(langit dunia) dan kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada NABI MUHAMMAD S.A.W. melalui perantaraan malaikat jibril alaihissalam...
Oleh itu,letakkan lah al-quran di tempat yang selayaknya.sekiranya tudung(perempuan) dan kopiah(lelaki)letaknya diatas kepala , maka tepuk dada tanya iman dimana selayaknya tempat al-quran.

*******************************************************************************

~~PAKEJ IBADAH?
YA!!AL-QURAN MERUPAKAN PAKEJ IBADAH KERANA IA MERANGKUMI SOLAT,ZIKIR,SELAWAT,TASBIH,TAHMID DAN DOA...
DALAM SOLAT,MEMANG DIWAJIBKAN KE ATAS UMAT ISLAMUNTUK MEMBACA SURAH AL-FATIHAH PADA SETIAP RAKAAT SELAIN BACAAN LAZIM YANG LAIN SELEPAS AL-FATIHAH...
PAKEJ IBADAH YANG AMAT LENGKAP INI MENUNJUKKAN HEBATNYA AL-QURAN YANG MENJADI PANDUAN SELURUH UMAT ISLAM...


~~SOLAT DAN AL-QURAN HANYA UNTUK ALLAH?
SERINGKALI APABILA SOLAT KITA AKAN MENGUNGKAPKAN "AKUJANJI INI"..."SESUNGGUHNYA SOLATKU,IBADAHKU,HIDUPKU DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM.
HAL INI MEMBERI GAMBARAN BAHAWA BEGITU PENTING KITA MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI SATU MEDAN PELAJARAN YANG KHUSUS..


~~BUKAN SAHAJA SOLAT YANG PERLU DILAKUKAN SECARA ROHANI DAN AMALI,BAHKAN AL-QURAN JUGA PERLU DITERAPKAN SECARA ROHANI DAN AMALI...SEBAIK-BAIK ORANG YANG MEMBACA DAN MENGHAYATI AL-QURAN ADALAH MEREKA YANG MENANGIS SAAT MEMBACA AL-QURAN....

WALLAHUA'LAM

5 comments:

  1. zaman sekarang ramai orang ada al-quran sendiri tapi malas baca... tu yg saidina abu bakar x berapa setuju dgn cadangan pembukuan al-quran oleh saidina umar .... saya selalu bawa al-quran kat mana2 saja saya berjalan kat smkak tapi selalu x sempat baca... hadoi laa.......

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH,kalau enta konsisten walaupon hanya dengan tiga ayat..berkatnya besar untuk orang yang dekat dengan al-quran..
    tiga ayat tapi kefahamannya sangat mendalam,itulah sebaik-baik orang yang dekat dengan al-quran...
    wallahua'lam.. (^_^),(hanya perkongsian umum)

    ReplyDelete
  3. ana cuma sampaikan balik apa yang lecturer nasihat..dan ana rasa nasihat tu berkesan untuk ana n cuba nak kongsi ngn muslimin dan muslimat kesayangan ALLAH ni semua...

    ReplyDelete
  4. apa kata kita cuba HIAS al-Quran kita supaya lebih semangat utk membacanya.... cam balut atau buat penanda yg cantik2 .. syok sikit nak baca kan... pahala jaga al-QUran pon dpt

    ReplyDelete
  5. (^_^)........
    ya?? alhmdulillah...ana dah pon HIAS cantik2....colourful lagi....
    buktinya memang rasa lagi sronok nak bukak,belek and baca quran sndiri....
    jom sama-sama jaga...
    (^_^)

    ReplyDelete