IsLAm AgAmA AnA

Thursday, June 28, 2012

**DHARURIYAT AL-AHKAM 1/5**

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT PENGHUNI SYURGA.....

الله يبارك فيكم في الحيات الطيبة



Apa yang dimaksudkan dengan dharuriyat al-ahkam???
insyaALLAH bersama akan ana huraikan di sini..ilmu ini bukan untuk diajar tapi ana harap ilmu ini merupakan satu perkongsian yg bermanfaat.Seandainya terdapat sebarang kecacatan,sila bantu ana ...
insyaALLAH ilmu ALLAH tidak terbatas kepada siapa sahaja yang nak mendalaminya...hanya fikiran manusia yang terbatas untuk berfikir lebih tentang kewujudan ALLAH...

Terdapat LIMA dharuriyat al-ahkam yang menjadi aspek penting untuk memberi kesan sama ada positif mahupun negatif kepada masyarakat...

1.AD-DIN...
**Ad-din berasal daripada perkataan arab yang ditakrifkan dengan agama...ana tegaskan perkataan ad-din di sini kerana ad-din terangkum di dalamnya hubungan 3 dimensi..berbeza dengan definisi AGAMA yang di dalamnya hanya terangkum hubungan 2 dimensi...

ad-din---------->1.manusia dengan ALLAH
                          2.hubungan manusia dengan manusia
                          3.manusia dengan alam
sebaliknya...............


agama--------->1.manusia dengan ALLAH 
                        2.manusia dengan manusia


.....Ad-Din sebagai Islam itu bermula dalam ruang lingkup yang dikenali sebagai RUKUN LIMA.Rukun lima ini merupakan perkara wajib bagi setiap muslim untuk mengetahui dan mempelajari serta mendalaminya...
.....Ad-Din yang difahami juga membawa manusia mempelajari islam secara lebih terbuka dan 'open-minded'.Islam tidak akan sesekali membawa anda kepada kemunduran dan ketinggalan zaman,bahkan islam akan memvariasikan dunia anda...inilah islam yang akan anda nikmati andai anda sayang ALLAH dan rasul serta beriman kepadaNYA.


RUKUN LIMA YANG WAJIB...


1.DUA KALIMAH SYAHADAH..
Dua kalimah syahadah itu adalah SATU IKTIKAD bagi muslim bagi menyatakan keyakinan yang sepnuhnya kepada keberadaan ALLAH dan RASUL.Dua kalimah syahadah ini menjadi titik tolak yang sangat penting dalam membuktikan keislaman kita,juga sebagai permulaan kehidupan.


Sebagai contohnya,mari kita telusuri semula sejarah kelahiran kita,bermula daripada keluarnya kita daripada perut ibu yang mengandungkan,perkataan pertama yang didengarkan kepada setiap bayi lelaki muslim adalah azan manakala bagi bayi perempuan adalah iqamat.Dalam kedua-dua situasi tersebut mengandungi iktikad dua klimah syahadah.nahh,itulah buktinya..
Juga dalam setiap solat kita seharian lima waktu sehari semalam...perkataan dua kalimah syahadah itu akan sentiasa diulang-ulang dalam tahiyyat....


Sehingga lah saat manusia dihadapkan kepada sakaratul maut,ayat terakhir yang akan diperdengarkan serta dilafazkan adalah dua klimah syahadah.
Oleh kerana itulah,ALLAH meletakkan kedudukan dua kalimah syahadah menduduki tempat yang pertama dalam rukun lima..


2.SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM


Rasulullah bersabda mafhumnya:solat adalah tiang agama.
sesuai dengan ketetapan yang ALLAH letakkan pada taraf kedua selepas dua kalimah syahadah.
ALLAH menetapkan seseorang hambanya ketika di hari qiamat,perkara pertama yang akan dihisab adalah berkaitan solat lima waktu.Sama ada cukup atau berkurangan,cukup tetapi tidak ada ruh solatnya,tidak ada roh ketakwaannya kepada ALLAH, ATAU pun solat kerana keterpaksaan.
Maka ini semua akan menjadi soalan yang nantinya akan ditanya dan dinilai oleh ALLAH setiap seorang.
Mengapa solat itu digelar tiang agama?
Yaa,solat itu adalah tiang agama kerana peribadi setiap pemimpin islam itu dinilai pertama adalah solatnya.Pemimpin yang hebat dan pemimpin rabbaniyyah akan menjaga solatnya dengan sempurna disamping solat-solat sunat yang lain.


"وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَخْشَ ٱللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُو۟لَٓئِكَ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ
Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan." (QS. AN NUUR:52


3.BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.


Bulan Ramadhan adalah bulan umat.Maka pada bulan Ramadhan,menjadi kewajipan kepada seluruh umat islam untuk menahan dan mengawal diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit matahari hingga terbenam matahari di ufuk barat.
Kaifiyat bulan Ramadhan yang kita tahu memang banyak dan setiap hari pada setiap Ramadhan ada fadhilat yang tertentu namun secara umumnya bulan Ramadhan adalah bulan penghapusan dosa bagi umat islam.Dan ketika inilah doa-doa umat islam akan diangkat kelangit..
Dalam bulan ramadhan ini jugalah Rasulullah S.A.W. akan memperdengarkan bacaannya kepada jibril alaihissalam atau tasmi' dengan bacaan tartil...


"وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّلِحَتِ ۙ لَهُم مَّغْفِرَةٌۭ وَأَجْرٌ عَظِيمٌۭ 
Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal saleh, (bahwa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."
 (QS. AL MAA-IDAH:9


4.BAYAR ZAKAT.


"قُلْ إِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ | Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"." (QS. SABA':36




ALLAH menetapkan zakat diberi kepada fakir miskin dan orang yang tidak berkemampuan.Zakat merupakan kaedah penyucian harta kepada golongan yang perlu membayar zakat.


Kaifiyat zakat bukan sahaja dapat menjaga hubungan manusia dengan ALLAH,bahkan juga menjaga hubungan manusia dengan manusia yang lain dan hubungan manusia dengan alam.


ALLAH berfirman dalam al-quran mafhumnya adalah:


Dirikan lah solat dan tunaikanlah zakat oleh kamu...




5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH.




" وَقَالَ ٱللَّهُ لَا تَتَّخِذُوٓا۟ إِلَهَيْنِ ٱثْنَيْنِ ۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَهٌۭ وَحِدٌۭ ۖ فَإِيَّىَ فَٱرْهَبُونِ


Allah berfirman:" Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut "." (QS. AN NAHL:51



Terkandung dalam rukun islam kelima suruhan ALLAH ke Baitullah kepada yang berkemampuan..
Baitullah adalah tempat perhimpunan seluruh umat islam tanpa mengira perbezaan bangsa,kaum,warna kulit,sejarah,dan geografi..
Di sini kita boleh lihat penyatuan  ad-din antara kaum muslim.
Dan kita boleh lihat bagaimana ad-din itu menjadi tunjang utama kepada asas ta'aruf,tafahum dan takaful..


******************************************************
JIHAD DI JALAN ALLAH...


Juga ad-din itu membawa saya dan anda kepada konsep berjihad di jalan ALLAH.


Berjihad di jalan ALLAH terkandung dalam ruang lingkup yang besar..dan hal ini juga dijadikan perbahasan oleh para ulama' dan ilmuwan islam muktabar berdasarkan banyak ayat al-quran yang berkaitan jihad.InsyaALLAH akan Yusra huraikan dalam bab yang khusus tentang JIHAD.


"رَضُوا۟ بِأَن يَكُونُوا۟ مَعَ ٱلْخَوَالِفِ وَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ
Mereka rela berada bersama orang-orang yang tidak pergi berperang, dan hati mereka telah dikunci mati, maka mereka tidak mengetahui (kebahagiaan beriman dan berjihad)." (QS. AT TAUBAH:87




Berjihad di jalan ALLAH dibahagikan kepada tiga kategori berbeza..
*jihad dunia & akhirat
*jihad dunia
*jihad akhirat


ALLAH menjanjikan pahala yang sangat besar kepada hambaNYA yang suka untuk berjihad di jalan ALLAH.Dan ana,InsyaALLAH juga kalian semua sama-sama persiapkan diri untuk berjihad dunia dan akhirat...
jadi,untuk berjihad kita perlu sediakan diri dengan sifat RABBANIYYAH..iaitu konsep ketuhanan..jihad kerana ALLAH..











1 comment:

  1. jika kita tgk masyarakat zaman skang ni kan... manyak yg meringankan kalimah syahadatain nih ..sekaligus meringankan2 topik ikrar nih.. iaitu lafaz ikrar seorg muslim yg percaya serta yakin sepenuh jiwa pd keesaan dan kekuasaan ALLAH serta kebenaran dakwah rasulnya.. cuba kita hayati semula perjuangan para nabi terdahulu yg memperjudikan usaha mereka dalam menegakkan kalimah tauhid ini... lafaz ini contohmya pd 1400 tahun yg lalu merupakan satu lafaz yg mahal dan berisiko utk diucapkan.. dimana sesiapa yg mengungkapkannya tidak akan terlepas drp seksaan dan kemelaratan...manusia yg mengucap dua kalimah syahadah pd wkt itu pasti akan diperangai... namun berkat kesabaran junjungan besar baginda S.A.W dan para SAHABATnya ... kalimah tauhid berjaya disebarkan ke seluruh pelosok dunia... sememangnya mereka ini layak utk mendapat ganjaran syurga drp ALLAH..
    namun ... layakkah kita juga - org yg memandang enteng kalimah tauhid ini- utk menerima anugerah syurga drp ALLAH?...cuba hayati firman ALLAH taala dlm surah al-baqarah ayat 214

    ReplyDelete