“MUJAHADAH ITU PERIT TAPI JAWAPANNYA MANIS” KAN??? ^_^
BERSABARLAH WAHAI SAHABAT,KERANA SAHABATMU MUNGKIN
KHILAF
BERSABARLAH WAHAI IBU,WAHAI AYAH,KERANA ANAKMU
MUNGKIN TIDAK MEMAHAMI..
BERSABARLAH WAHAI SUAMI,WAHAI ISTERI,KERANA
SUAMI@ISTERI MU MUNGKIN TIDAK MENGETAHUI,
BERSABARLAH WAHAI GURU,KERANA MUNGKIN PELAJARMU
SEDANG CUBA MEMAHAMI,
BERSABARLAH WAHAI HAMBA ALLAH,KERANA MUNGKIN BELUM
MASANYA,
BERSABARLAH WAHAI HATI,KERANA ALLAH SAYANGKAN KAMU……
BERSABARLAH!!!BERSABARLAH KERANA ALLAH
SESUNGGUHNYA SABAR JUA YANG INDAH…
………………………………………………………………………………………………..
BILA KITA BERBICARA TENTANG SABAR,PASTI ADA PELBAGAI
PANDANGAN DAN PENDAPAT..
SABAR!!! SABAR MEMANG LUAS TAPI PERNAH TAK KITA
LUASKAN PEMAHAMAN PRAKTIKAL KITA TENTANG SABAR? PERNAH TAK KITA LUASKAN CABANG
SABAR DALAM DIRI KITA SECARA AMALI??
YA,MEMANG SUKAR MENCIPTA SABAR TAPI “SABAR DALAM
MENCIPTA SABAR HASILNYA ADALAH SYURGA”.
ALLAH BERFIRMAN DALAM KALAMNYA : (AR-RA’D:22-24)
“DAN ORANG YANG SABAR MENGHARAP KEREDHAAN
TUHANNYA,MELAKSANAKAN SOLAT,DAN MENGINFAKKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI
BERIKAN KEPADA MEREKA,SECARA SEMBUNYI-SEMBUNYI
ATAU TERANG-TERANGAN SERTA MENOLAK KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN;ORANG
ITULAH YANG MENDAPAT TEMPAT KESUDAHAN (YANG BAIK).
“(IAITU)SYURGA-SYURGA ‘ADN ,MEREKA MASUK KE DALAMNYA
BERSAMA DENGAN ORANG YANG SOLEH DARI NENEK MOYANGNYA,PASANGAN-PASANGANNYA,DAN
ANAK CUCUNYA,SEDANG PARA MALAIKAT MASUK KE TMPAT-TEMPAT MEREKA DARI SEMUA
PINTU;
“(SAMBIL MENGUCAPKAN), “ SELAMAT SEJAHTERA ATASMU
KERANA KESABARANMU.”MAKA ALANGKAH NIKMATNYA TEMPAT KESUDAHAN ITU.”
SUBHANALLAH,INDAHNYA
NIKMAT SABAR…KALAU KITA NAMPAK PAHALA SABAR YANG BERTIMBUN-TIMBUN IBARAT
SEPERTI GUNUNG,SUDAH TENTU MANUSIA AKAN BEREBUT-REBUT UNTUK MENGECAPI NIKMAT
SABAR.
YUSRA PERNAH DENGAR DAN
YUSRA SENDIRI PERNAH MENGATAKAN HAL YANG SAMA DAHULU IAITU “SABAR PUN ADA
BATASNYA”.WAHAI SAHABAT-SAHABAT KESAYANGAN ALLAH,PERSEPSI INI SALAH
SEBENARNYA.BUKAN SALAH TAPI “TERNYATA” SALAH KERANA SABAR DALAM ISLAM ADALAH
SABAR YANG PALING AGUNG.SEBAB APA?
KERANA SABAR DALAM ISLAM
TIDAK PERNAH KENAL ERTI PENGHUJUNG..KERANA SABAR DALAM ISLAM TAK PERNAH TAHU
ERTI FUTUR (PUTUS ASA)…
SEDANGKAN KALAU DIIMBAS
KEMBALI PADA ZAMAN RASULULLAH,BAGINDA DAN PARA SAHABAT BAGINDA TIDAK PERNAH
PUTUS ASA MEMPERJUANGKAN ISLAM BAHKAN MEREKA MENGAKUI MARTABAT SABAR SEBAGAI
MARTABAT YANG TERTINGGI DALAM MENCAPAI SHAHID ALLAH.
BILAL BIN RABAH YANG SABAR
DENGAN “AHAD ALLAH”
MUS’AB BIN UMAIR YANG SABAR
MENJAGA KEISLAMANNYA DARIPADA IBUBAPANYA SENDIRI,
ZAID BIN TSABIT YANG SABAR
MEMASTIKAN MADINAH TERJAGA,
UBAI BIN KA’AB YANG SABAR
DALAM MENYEBARKAN ISLAM,
SAIDINA ABU
BAKAR,UMAR,UTHMAN,ALI YANG SABAR BERSAMA RASULULLAH ,MENENTANG ORANG KAFIR….
******************************************************************
MEREKA KUAT KERANA KUATNYA
SABAR DLAM DIRI MEREKA.
ISLAM MENGGARISKAN SABAR
DALAM 3 PERINGKAT UTAMA.
1. SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN DAN MUSIBAH
DARIPADA ALLAH.
ALLAH BERFIRMAN MAFHUMNYA:
“DAN KAMI PASTI AKAN
MENGUJI KAMU DENGAN SEDIKIT KETAKUTAN,KELAPARAN,KEKURANGAN HARTA,JIWA DAN
BUAH-BUAHAN.DAN SAMPAIKANLAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR.”
(ALBAQARAH:155)
2. SABAR MENAHAN DIRI DARIPADA MELAKUKAN
MAKSIAT.
ALLAH BERFIRMAN MAFHUMNYA:
“KATAKANLAH KEPADA LELAKI YANG
BERIMAN,AGAR MEREKA MENJAGA PANDANGANNYA,DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA;YANG
DEMIKIAN ITU LEBIH SUCI BAGI MEREKA.SUNGGUH,ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG
MEREKA PERBUAT.(AN-NUR:30)
3.
SABAR DALAM MELAKUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH.
ALLAH BERFIRMAN MAFHUMNYA:
“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN!BERSABARLAH
KAMU DAN KUATKANLAH KESABARANMU DAN TETAPLAH BERSIAP SIAGA (DI PERBATASAN
NEGERIMU DAN BERTAKWALAH KEPADA ALLAH AGAR KAMU BERUNTUNG. (ALI-IMRAN:200)
……………………………………………………………………………………
DAN SEBAIK-BAIK SABAR ADALAH SABAR
YANG MELAKUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH.KERANA SABAR INI SABAR ORANG YANG
MENGKEHENDAKKAN SHAHID DI JALAN ALLAH..
INDAHNYA SABAR TAKKAN TERLIHAT DEK
MATA YANG BUTA MENILAI CINTA ALLAH….
INDAHNYA SABAR TAKKAN TERNAMPAK
DEK MATA HATI YANG KELAM TANPA HIDAYAH ALLAH….
INDAHNYA SABAR HANYA AKAN DIRASAI
OLEH HATI YANG MELIHAT PAHALA DAN DOSA DENGAN MATA HATI WALAUPUN HAKIKAT
SEBENARNYA PAHALA DAN DOSA TAKKAN TERLIHAT WALAUPUN MELALUI MATA HATI..
APABILA KITA SABAR,SEOLAH-OLAH
KITA SEDANG MEMBIARKAN ALLAH MENENTUKAN POSISI KITA DALAM MEDAN JIHAD.
SABAR KITA TAKKAN SAMA DAN TAKKAN
SETANDING DENGAN SABAR PARA ASHABIAH TAPI SEKURANG-KURANGNYA KITA BOLEH CUBA
UNTUK MENIRU SABAR MEREKA…
SABAR IBARATNYA SEPERTI “SINERGI”
IAITU 1+1=3
(1+1=3) (sabar + jihad = syurga)
Ana bukanlah kata ana ni seorang yang sabar lagi menyabarkan,nak sabar tu memang situasi yang sangat susah,hanya orang yang mengalaminya sahaja yang boleh merasai.Tapi ingat tak Allah ada sebut dalam quran dan dalam hadis pon ada,boleh jadi sesuatu perkara yang kita sangat2 tidak suka sebenarnya adalah yang paling terbaik untuk kita tapi boleh jadi perkara yang kita sangat2 suka sebenarnya adalah perkara yang paling tak elok untuk diri kita..so,fikir-fikirkan dan selamat berlimu.... ^_^
“JOM BERSABAR MENJADI ORANG YANG
SABAR”
“SABAR MUNGKIN PERIT TAPI TAK
MUSTAHILKAN?”
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)