Hari ni nak kongsi sikit pasal biografi pemuda impian..hehe...hurm,sebenarnya pemuda impian ana dah xde zaman sekarang ni..sebab peribadi pemuda ni sangat hebat dan xkan ada sapa yang boleh vs dia..kalo zaman sekarang la...sebab apa??sebab dia adalah sahabat Rasulullah..sahabat Rasulullah yang antara paling muda.
Nama beliau mestilah Zaid bin Thabit.Zaid bin Thabit ialah salah seorang sahabat baginda Rasulullah S.A.W. dari golongan Ansar yang berasal dari suku kaum Khazraj.Zaid ni dilahirkan di Madinah pada 11 sebelum hijrah tahun 611 Masihi...hurm,kebetulan sama dengan negara yang ana nak sambung belajar.Alhamdulillah..
^_^
Kemudian,ALLAH mengatur jalan Zaid dengan menggerakkan hatinya ke arah islam. Zaid memeluk islam pada tahun pertama hijrah. Sejak masih muda lagi,beliau telah mula menghafal ayat-ayat quran yang diturunkan oleh ALLAH kepada Rasulullah ketika berada di Madinah. Zaid adalah seorang anak yatim. Semasa usianya enam tahun,Zaid kehilangan bapanya yang meninggal dunia.Sewaktu Allah mewahyukan baginda berhijrah ke Madinah,umur Zaid telah pun mencecah sebelas tahun.
Zaid pernah meminta kepada Rasulullah untuk bersama-sama menyertai perang namun tidak diizinkan oleh baginda Rasulullah. Oleh kerana usianya yang masih muda,Rasulullah menghalangnya daripada menyertai perang Badar dan perang Uhud. Namun,dalam hatinya masih berkobar-kobar niat untuk melawan dan memerangi musuh-musuh islam. Lalu apa yang beliau lakukan?Zaid kemudian membuktikan semangatnya dan meningkatkan dirinya dengan menuntut ilmu sebanyak yang mungkin.Rasulullah apabila mengetahui hal tersebut,baginda amatlah gembira.
Masa berlalu dan Zaid meningkat menjadi pemuda dewasa.Namun begitu,semangat Zaid menjaga islam dan memerangi tentera musuh masih kuat..Tibalah masanya,selepas itu, Zaid sering menyertai peperangan melawan tentera musuh.
Subhanallah.mampukah kita pemuda-pemudi islam zaman sekarang menjadi seperti Zaid?untuk mendoakan umat islam di Palestin juga kita masih lemah.Masih lupa?Maih leka?Untuk menolak godaan dunia sahaja kita masih tidak mampu!!mana mungkin kita mampu menjadi pemuda seperti di zaman Rasulullah..
Ada satu kisah sewaktu Zaid bin Thabit menyertai perang Tabuk.Perang tersebut berlaku pada tahun 631 Masehi yang mana perang tersebut tercetus di antara tentera islam dan tentera Rom.
Ketika tentera Islam menuju ke medan Perang Tabuk, bendera
Bani Malik dipegang oleh seorang yang bernama Amarah.
"Serahkan bendera itu kepada Zaid bin Sabit," kata
Nabi Muhammad selepas terlihat bendera itu dipegang oleh Amarah.
Amarah menjadi hairan. Beliau langsung berasa tidak sedap hati.
Lantas beliau bertanya kepada Nabi Muhammad, "Ada sesuatu yang
tidak kena dengan saya? Atau saya melakukan kesilapan tadi sehingga Rasulullah tidak
mengizinkan saya memegang bendera itu."
Nabi Muhammad tersenyum mendengar soalan itu dan menjawab,
"Tidak ada yang tidak kena dengan kamu.
"Sekiranya begitu, mengapa saya perlu menyerahkan
bendera ini kepada Zaid? Saya juga mampu membawa bendera ini," jawab
Amarah pula.
Rupa-rupanya Amarah tidak memahami maksud Nabi Muhammad.
Kemudian Nabi Muhammad menghampiri Amarah dan berkata,
"Saya mahukan Zaid yang memegang bendera itu kerana Zaid lebih banyak ilmu
pengetahuannya mengenai al-Quran berbanding kamu."
Lalu Amarah menjawab, "Fahamlah saya sekarang."
Amarah menyerahkan bendera itu kepada Zaid seperti yang
diarahkan oleh Nabi Muhammad.
** Peristiwa ini bukan untuk menunjukkan bahawa Rasulullah bukan seorang yang pilih kasih tetapi untuk menunjukkan Rasulullah prihatin kepada sesiapa sahaja Sahabat Rasulullah yang mempunyai kelebihan pada diri mereka..
Sumbangan Zaid bin Thabit banyak sangat untuk islam.jom senaraikan!!!
1. Penterjemah Rasul
Rasulullah SAW pastinya tidak senang apabila berada di
kalangan orang-orang Yahudi yang bersembang sesama sendiri dalam bahasa Ibrani
supaya isi-isi perbincangan tidak dapat baginda fahami. Oleh itu, Zaid dipilih
untuk mempelajari Bahasa Ibrani. 15 hari berlalu, bahasa itu berjaya beliau
kuasai dalam masa yang singkat. Bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Ibrani seperti bahasa
sendiri. Beliau mula menulis surat dari Rasulullah kepada kaum Yahudi serta
membaca surat yang ditulis oleh mereka untuk baginda.
Kemudian Zaid ditugaskan pula untuk mempelajari bahasa
Suryani untuk memudahkan proses penyebaran Islam ke negara-negara bukan Arab.
Maka, sekali lagi beliau menulis surat dari Rasulullah untuk raja-raja negara luar,
menyeru mereka mentauhidkan Allah. Alangkah besarnya sumbangan mujahid ini
kepada agamanya.
2. Penulis Wahyu
Lelaki paling muda yang diberi kepercayaan oleh Rasulullah
untuk menulis wahyu ialah Zaid bin Thabit. Sedangkan waktu itu, pemuda-pemuda
sebaya dengannya bersuka-suka di jalanan. Namun beliau memilih untuk dekat
dengan Allah dan utusan-Nya.
3.Ketua jawatankuasa
penyusun mushaf al-Quran
Sumbangan Zaid yang paling besar dalam sejarah ialah semasa
beliau menjadi ketua jawatankuasa penyusun mushaf al-Quran. Setelah Perang
Yamamah (633M/12 H), atas saranan Umar bin Al-Khattab, Abu Bakar meminta Zaid
melakukan penyusunan surah dan ayat al-Quran kerana Abu Bakat khuatir sekiranya
sahabat yang menghafal al-Quran lebih dulu meninggal dunia. Zaid melakukan
tugas tersebut berpegang pada dua cara, iaitu hafalan para sahabat termasuk
dirinya dan tulisan ayat al-Quran dari zaman Nabi Muhammad yang ada di tangan
para sahabat. Pada zaman Rasulullah SAW, Al-Quran tidak ditulis dan
dikumpul sebagai satu mushaf yang lengkap. Yang ada hanya tulisan-tulisan di
atas pelepah-pelepah tamar, kulit-kulit haiwan dan tulang-tulang. Untuk
memelihara Al-Quran dari hilang akibat syahidnya ramai huffaz dan qurra’ dalam
peperangan, Khalifah Abu Bakar mengarahkan proses pengumpulan Al-Quran
dimulakan seperti yang dicadangkan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Zaid bin Thabit telah diberi tugas penting yang memakan masa bertahun-tahun
lamanya. Bukan mudah untuk mensabitkan sesuatu ayat Al-Quran. Betapa banyaknya
pahala yang ditambah kepada timbangan amal soleh Zaid setiap kali umat Muhammad
membaca mashaf Al-Quran.
4. Kemudian dalam bidang ilmu feqah dan faraid, Zaid merupakan seorang yang
penting di kalangan para sahabat. Khalifah Umar dan Uthman memandangnya sebagai
sahabat yang paling dipercayai dalam memberi fatwa. Zaid menjawat jawatan mufti
(ahli fatwa) Madinah pada zaman mereka. Fatwa Zaid yang paling berpengaruh
adalah dalam bidang faraid. Rasulullah sendiri pernah bersabda:"Yang
paling ahli dalam ilmu faraid antara kamu ialah Zaid bin Thabit" [H.R Ibnu
Majah dan Ahmad Bin Hanbal]. Pengaruh Zaid dalam bidang faraid sangat dirasakan
dalam beberapa mazhab, khususnya Syafie dan Hanbali.
Semasa Nabi Muhammad masih hidup, beliau pernah berkata,
"Orang yang paling pakar dalam bidang faraid di antara kalian ialah Zaid
bin Sabit."
5. Beliau juga adalah ahli tafsir dan qiraah al-Quran, sebaris dengan Ibnu Majah,
Ibnu Mas'ud, Mu'az bin Jabal dan Ubay bin Ka'ab. Setelah Mu'az, Ubay dan Ibnu
Mas'ud meninggal dunia, Zaid dianggap sebagai imam tafsir dan qiraah. Khalifah
Umar juga selalu memilihnya menjadi imam Masjid Madinah, jika baginda
berhalangan. Selain itu, Zaid juga dikenali sebagai perawi hadis. Menurut kitab
Sahahain (kitab hadis Imam Bukhari dan Muslim), terdapat 92 hadis yang
diriwayatkan oleh Zaid.
6. Zaid pernah diberi kepercayaan menguruskan pemerintahan ketika Umar bin al-Khattab dan
Uthman bin Affan melaksanakan ibadat haji. Beliau membuat daftar nama bagi
orang yang akan duduk di dewan yang dibentuk Khalifah Umar. Zaid juga pernah
mendampingi Umar semasa menerima penyerahan Baitulmuqaddis dan diutus untuk
menguruskan masalah harta rampasan setelah Perang Yarmuk. Tugas penting lainnya
ialah semasa beliau dilantik menjadi kadi Madinah dan menteri kewangan semasa
pemerintahan Uthman.
7. Khalifah Umar bin Khaththab pun mengakui Zaid sebagai tempat
rujukan para sahabat tentang Alquran. Dalam satu kesempatan, Umar berkata, “Hai
manusia, siapa yang ingin bertanya tentang Alquran, datanglah kepada Zaid bin
Tsabit. Siapa yang hendak bertanya tentang fikih, temuilah Muadz bin Jabal. Dan
siapa yang hendak bertanya soal harta kekayaan, datanglah kepada saya.
Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan saya penguasa, Allah jualah yang
memberinya.”
8. Abu Bakar Ra memanggilnya dan mengatakan, “Zaid, engkau
adalah seorang penulis wahyu kepercayaan Rasulullah, dan engkau adalah pemuda
cerdas yang kami percayai sepenuhnya.
9. Zaid ibn Thabit
diberi gelaran 'ulama masyarakat'. Beliau diberi gelaran tersebut kerana kecerdasan otak dan ketajaman fikirannya dan kekuatan daya ingatan.Beliau adalah pemuda yang sangat cekal menuntut ilmu.
Zaid bin Thabit pemuda al-quran,
Jiwanya zuhud hamba beriman,
Saat islam bergelut, hatinya tak tertahan,
Itulah mujahid harapan impian.
Subhanallah,mungkin ada, ehh!!memang ada banyak lagi sumbangan dan kelebihan yang ana xtahu pasal Zaid bin Thabit pemuda acuan quran..Harap - harap sapa yang baca post ni,yang lebih arif dan berilmu silalah kongsi dengan yusra ....
#**HAMBAYANGLEMAHDANHINA**#
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
ALhamdulillah soalan ttg Zaid bin Thabit naik dlm periksa stpm.... x rugi stadi group ngan kwn2
ReplyDelete