IsLAm AgAmA AnA

Tuesday, March 19, 2013

***MENUTUP AURAT MANIFESTASI AKIDAH MANTAP***

Assalamualaikum... ^_^

Cerita ini saya dapat daripada solusi edisi 41, jadi harap dapat dikongsikan dan sama2 dapat mengambil iktibar dan info-info penting dalam cerita ini.

Abdullah bin Ja'far bin al-miswar meriwayatkan kisah tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan surat wanita muslimah. Pada suatu hari , terdapat seorang perempuan Arab Muslimah pergi ke Pasar Bani Qainuqa' membawa baraang jualannya, lalu duduk dengan seorang tukang emas berbangsa yahudi.
Kemudian datang beberapa orang yahudi mengepung dengan tujuan mengganggu wanita tersebut.
     " Buka penutup mukamu," kata sekumpulan orang Yahudi tersebut. Wanita itu lantas mempertahankan maruahnya :"Tidak!'
      Si tukang emas yang berada berdekatan dengan wanita tersebut secara diam-diam memegang hujung kain wanita itu, lalu disimpulkan hingga ke bahagian belakang badannya ketika wanita Arab itu tidak menyedarinya. Apabila perempuan itu bangun , maka terdedahlah auratnya. Apa lagi, orang Yahudi ketawa terbahak-bahak. 
     " Ha...ha...ha... padan muka kamu!"
       Lantas wanita itu menjerit: "Tolong...tolong...!"
       Tiba-tiba datang seorang lelaki Muslim yang menyerbu tukang emas tersebut, lalau membunuhnya. Orang yahudi yang melihat kejadian tersebut segera bertindak balas dengan membunuh lelaki Muslim tersebut.
      Keluarga lelaki Muslim itu mula menjerit memanggil orang islam untuk bertemu orang Yahudi tersebut.  Maka berlakulah pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa'. 

sumber adalah daripada : Ibn Ishaq  melalui kitab  al-Sirah al-Nabawiyyah.



HIKMAH..
Apa yang ana dapat huraikan sedikit sebanyak daripada cerita di atas sebenarnya adalah mengutamakan tentang aspek menjaga aurat. Ya! MENJAGA AURAT.. Merujuk kepada cerita di atas, wanita Arab Muslimah tersebut adalah seorang wanita yang mengenakan jilbab atau lebih dikenali dengan tudung atas dasar "sukarela" ,ikhlas dari hatinya..Wahai sahabat-sahabat Yusra, cuba kalian pandang sekeliling anda.. Masih terdapat lagikah keadaan tersebut di Malaysia,di negara kita?? ada?? ya,Kalau ada sekalipun hanya dalam kapasiti nisbah 1:1000 .
Kalian pandang sekali lagi di persekitaran anda.Apakah yang berlaku kepada anak remaja kita,rakan-rakan sebaya kita dan adik-adik kita. Lihat apa yang fesyen sekarang telah menukarkan mereka.. Astaghfirullah, hilang konsep muslimah sebaik mengikuti fesyen.Fesyen yang semakin lama semakin menghilangkan sifat malu dalam diri muslimah.
Memang di Malaysia terdapat ramai ( umm,bolehlaaa) , wanita yang memakai tudung dan baju yang menutup badan tapi adakah masih boleh dikatakan menutup aurat dan memelihara maruah diri?? pakai tudung dengan berbonggol unta, baju yang jarang,nipis dan ketat ,serta kaki yang terdedah..Adakah dikatakan menutup aurat?
Memakai tudung tidak boleh disamakan dengan menutup aurat!
Menutup aurat wajib difahami secara syumul, kerana menutup aurat adalah manifestasi daripada kemantapan akidah yang sejahtera. Muslimah yang berprinsip tidak akan sekali-kali membiarkan dan mendedahkan dirinya supaya dilihat oleh orang bukan mahram. Muslimah yang menjaga kebersihan diri juga tidak akan terfikir untuk memakai baju yang ketat,terdedah,tudung yang kecil (menyebabkan terselak bila angin bertiup) dan mendedahkan kakinya,kerana menurut kajian, antara kebaikan menutup aurat dalam islam ialah dapat menjaga kebersihan diri.
Berdasarkan kisah di atas, tidak kira wanita muslim atau lelaki muslim berperanan penting menjaga aurat dan maruah.

TUTUP AURAT

+  niat ikhlas kerana Allah
+ pelaksanaan betul
 + natijah yang baik
+tidak meninggalkan ibadah asas

= SEDANG BERIBADAH 


ISLAM AGAMA BENAR,
UMATNYA UMAT PERTENGAHAN;
MUSLIM DAN MUSLIMAT HINDARI AN-NAR,
MEMELIHARA AURAT TAK KIRA ZAMAN.

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.) 

PEMERGIAN YANG DITANGISI

Bismillahirrahmanirrahim…

    Sudah mencecah tiga minggu ana,dan tiga orang sahabat ana,Solehah,Syuhada dan Rahmah yang merupakan pelajar Darul Quran di bawah kelolaan anak negeri (MTQN) ,menghadapi peperiksaan akhir semester 2. Hampir menuju kepada penamat perjuangan  untuk sesi semester dua memang sangat melegakan, Alhamdulillah masih lagi bertahan. Hari kedua sebelum peperiksaan berakhir,kami sempat merancang untuk keluar makan bersama sebaik peperiksaan berakhir. Namun , jawapan di mana dan ke mana masih belum menemui jawapan. Perbincangan tergendala kerana masing-masing tiba-tiba terus terdiam menyambung kembali ulangkaji sebelum exam subjek teknologi maklumat bermula jam 2.30 petang nanti.
  
    Usai exam pada hari itu,masing-masing menonjolkan riak kelegaan. Lega kerana hanya lagi satu paper yang akan dihadapi. Juga lega kerana dapat menjawab dengan baik barangkali. Malam itu, masing-masing ligat menulis nota dan menghafal nota dalam masa yang sama. Asas Kaunseling… itulah paper last yang akan kami usahakan..
  
    Esok paginya,tepat jam 8 pagi,seperti biasa bas KITAB akan mengambil para pelajar di tempat biasa. Tidak terkecuali juga ana. Sesampainya di kolej, seperti biasa, semua pelajar tahfiz akan straight ke kelas tasmik. Tetapi, disebabkan kami bereempat sedang menjalani peperiksaan DQ, kami dikecualikan sementara daripada tasmik sehingga selesai peperiksaan memandangkan keempat kami dapat melepasi muqarrar DQ.

    Tapi,bukan itu yang menjadi tajuk perbincangan ana. Tempat exam kami di BK12 jadi ana staright ja jalan tanpa masuk ke kelas tasmik,sebab kelas tasmik hanya bersebelahan. Sebaik melabuhkan punggung di kerusi, tangan lincah mengeluarkan nota yang telah disalin dengan sempurna. Tak sampai 15 minit, handset ana berdering menandakan ada panggilan masuk. Pelik,siapa yang menelefonku seawal jam 8.30 pagi?
  
    Lihat nama yang tertera, hati mula tersenyum. Ayah rupanya. Tanpa menunggu lebih lama handset yang sudah berbunyi agak lama kuangkat dengan tersenyum lantas memberi salam. Salam berjawab,lalu ayah terus bertanya bila paper last ana akan berakhir. Ana pun jawab la paper last pada jam 2.30 nanti tanpa memikirkan apa yang telah menyebabkan ayah menelefon pagi-pagi.
Ayah mengarah supaya terus balik rumah sebaik selesai paper last. Hati mula tercuit pelik. Lantas bertanya mengapa, sebab memikirkan kami sepatutnya ada perancangan lain selepas exam berakhir.
  
    Ayah masih tidak menjawab pertanyaan sebaliknya ayah beria-ia menyuruh ku pulang rumah sebaik peperiksaan berakhir. Hatiku semakin  dijentik pelik. Lalu apalagi,ana memaksa ayah untuk memberitahu perkara yang sebenar. Kemudian, ayah mengkhabarkan ayah dalam perjalanan untuk mengambil adik-adikku yang menetap di asrama. Sebab paklongku telah kembali ke rahmatullah. Allah…mudahnya air mata mengalir wahai srikandi umar. Innalillah wa inna ilaihi raji’un. Pemergiannya tanpa di duga. Tidak ada sesiapa pun yang sangka,ini semua kerja ALLAH.
  
    Alhamdulillah,ALLAH permudah urusan. Sahabat-sahabat memahami mengapa ana meminta peperiksaan yang sepatutnya jam 2.30 petang dipercepat seawal 30 minit. Terima kasih sahabat. Masa peperiksaan bermula,ana menjawab dengan secepat mungkin dan sehabis baik. Walaupun dengan perasaan yang sedih, ana takkan izinkan perasaan sedih mengganggu peperiksaan ana. Tepat jam 3.30 petang, ana ‘submit’ paper. Lepas tu,dah tak pikir lain selain daripada nak bergegas pulang ke rumah, takut tak sempat melihat jenazah. Tapi Allah jua yang mengatur,memandangkan bas lambat dan transit dua kali, ana sampai pada waktu maghrib. Sedih memang sedih tapi relakan je la.
  
    Sebenarnya jenazah sepatutnya dikebumikan jam 3.30  petang tapi disebabkan ada lagi 4 orang anak paklong yang masih belum sampai, semua masih menunggu dengan resah. Alhamdulillah jam 4 ptg mereka sampai. semua mempamerkan riak kelegaan sebab kalau lambat sangat memang akan dikebumikan juga pukul 4 ptg. 
  
    Tanggal hari khamis bertarikh 14 Mac 2013 menjadi tarikh Allah mencabut nyawa paklong. Walaupun sedih dengan pemergian paklong,tapi hati mengucap syukur dan Alhamdulillah,kerana perginya paklong dengan cara yang sangat mudah. Alhamdulillah Allah permudahkan nyawa paklong ditarik. Hanya dengan dua kali nafas,paklong telah kembali kepada ALLAH. Terselit takut dan gerun tiba-tiba,entah bagaimana agaknya keadaan ana saat sakaratulmaut .
  
    Paklong yang berusia 55 tahun,meninggalkan seorang isteri, dan 10 orang anak. Ayah yang sangat baik kepada anak-anaknya. Semoga paklong ditempatkan bersama hamba-hambaNYA yang soleh. Saat sakaratulmautnya sangat mudah. ALLAH. ALLAH.ALLAH.


Al-FATIHAH KEPADA ARWAH ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD,SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT ALLAH.

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)