IsLAm AgAmA AnA

Tuesday, March 19, 2013

PEMERGIAN YANG DITANGISI

Bismillahirrahmanirrahim…

    Sudah mencecah tiga minggu ana,dan tiga orang sahabat ana,Solehah,Syuhada dan Rahmah yang merupakan pelajar Darul Quran di bawah kelolaan anak negeri (MTQN) ,menghadapi peperiksaan akhir semester 2. Hampir menuju kepada penamat perjuangan  untuk sesi semester dua memang sangat melegakan, Alhamdulillah masih lagi bertahan. Hari kedua sebelum peperiksaan berakhir,kami sempat merancang untuk keluar makan bersama sebaik peperiksaan berakhir. Namun , jawapan di mana dan ke mana masih belum menemui jawapan. Perbincangan tergendala kerana masing-masing tiba-tiba terus terdiam menyambung kembali ulangkaji sebelum exam subjek teknologi maklumat bermula jam 2.30 petang nanti.
  
    Usai exam pada hari itu,masing-masing menonjolkan riak kelegaan. Lega kerana hanya lagi satu paper yang akan dihadapi. Juga lega kerana dapat menjawab dengan baik barangkali. Malam itu, masing-masing ligat menulis nota dan menghafal nota dalam masa yang sama. Asas Kaunseling… itulah paper last yang akan kami usahakan..
  
    Esok paginya,tepat jam 8 pagi,seperti biasa bas KITAB akan mengambil para pelajar di tempat biasa. Tidak terkecuali juga ana. Sesampainya di kolej, seperti biasa, semua pelajar tahfiz akan straight ke kelas tasmik. Tetapi, disebabkan kami bereempat sedang menjalani peperiksaan DQ, kami dikecualikan sementara daripada tasmik sehingga selesai peperiksaan memandangkan keempat kami dapat melepasi muqarrar DQ.

    Tapi,bukan itu yang menjadi tajuk perbincangan ana. Tempat exam kami di BK12 jadi ana staright ja jalan tanpa masuk ke kelas tasmik,sebab kelas tasmik hanya bersebelahan. Sebaik melabuhkan punggung di kerusi, tangan lincah mengeluarkan nota yang telah disalin dengan sempurna. Tak sampai 15 minit, handset ana berdering menandakan ada panggilan masuk. Pelik,siapa yang menelefonku seawal jam 8.30 pagi?
  
    Lihat nama yang tertera, hati mula tersenyum. Ayah rupanya. Tanpa menunggu lebih lama handset yang sudah berbunyi agak lama kuangkat dengan tersenyum lantas memberi salam. Salam berjawab,lalu ayah terus bertanya bila paper last ana akan berakhir. Ana pun jawab la paper last pada jam 2.30 nanti tanpa memikirkan apa yang telah menyebabkan ayah menelefon pagi-pagi.
Ayah mengarah supaya terus balik rumah sebaik selesai paper last. Hati mula tercuit pelik. Lantas bertanya mengapa, sebab memikirkan kami sepatutnya ada perancangan lain selepas exam berakhir.
  
    Ayah masih tidak menjawab pertanyaan sebaliknya ayah beria-ia menyuruh ku pulang rumah sebaik peperiksaan berakhir. Hatiku semakin  dijentik pelik. Lalu apalagi,ana memaksa ayah untuk memberitahu perkara yang sebenar. Kemudian, ayah mengkhabarkan ayah dalam perjalanan untuk mengambil adik-adikku yang menetap di asrama. Sebab paklongku telah kembali ke rahmatullah. Allah…mudahnya air mata mengalir wahai srikandi umar. Innalillah wa inna ilaihi raji’un. Pemergiannya tanpa di duga. Tidak ada sesiapa pun yang sangka,ini semua kerja ALLAH.
  
    Alhamdulillah,ALLAH permudah urusan. Sahabat-sahabat memahami mengapa ana meminta peperiksaan yang sepatutnya jam 2.30 petang dipercepat seawal 30 minit. Terima kasih sahabat. Masa peperiksaan bermula,ana menjawab dengan secepat mungkin dan sehabis baik. Walaupun dengan perasaan yang sedih, ana takkan izinkan perasaan sedih mengganggu peperiksaan ana. Tepat jam 3.30 petang, ana ‘submit’ paper. Lepas tu,dah tak pikir lain selain daripada nak bergegas pulang ke rumah, takut tak sempat melihat jenazah. Tapi Allah jua yang mengatur,memandangkan bas lambat dan transit dua kali, ana sampai pada waktu maghrib. Sedih memang sedih tapi relakan je la.
  
    Sebenarnya jenazah sepatutnya dikebumikan jam 3.30  petang tapi disebabkan ada lagi 4 orang anak paklong yang masih belum sampai, semua masih menunggu dengan resah. Alhamdulillah jam 4 ptg mereka sampai. semua mempamerkan riak kelegaan sebab kalau lambat sangat memang akan dikebumikan juga pukul 4 ptg. 
  
    Tanggal hari khamis bertarikh 14 Mac 2013 menjadi tarikh Allah mencabut nyawa paklong. Walaupun sedih dengan pemergian paklong,tapi hati mengucap syukur dan Alhamdulillah,kerana perginya paklong dengan cara yang sangat mudah. Alhamdulillah Allah permudahkan nyawa paklong ditarik. Hanya dengan dua kali nafas,paklong telah kembali kepada ALLAH. Terselit takut dan gerun tiba-tiba,entah bagaimana agaknya keadaan ana saat sakaratulmaut .
  
    Paklong yang berusia 55 tahun,meninggalkan seorang isteri, dan 10 orang anak. Ayah yang sangat baik kepada anak-anaknya. Semoga paklong ditempatkan bersama hamba-hambaNYA yang soleh. Saat sakaratulmautnya sangat mudah. ALLAH. ALLAH.ALLAH.


Al-FATIHAH KEPADA ARWAH ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD,SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT ALLAH.

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)

No comments:

Post a Comment