Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, sebentar tadi selepas maghrib bersama bonda dan adik-adik menghadiri kuliah maghrib di Bujang, Merbok.. Penceramahnya adalah Syed Abdul Kadir Al-Joofre dan segala puji bagi Allah,kuliahnya best.. seronok. Tajuknya apa yang sepetutnya kita lakukan sebelum tibanya Ramadhan..
Walaupun terlambat sikit ke kuliah tadi , tapi sekurang-kurangnya ilmu yang disampaikan masih melekat dalam minda dan rohani..
Apa yang ustaz Syed Kadir cakap memang benar. Dah jadi budaya bagi masyarakat Malaysia sekarang lebih memntingkan dan sibuk bab nak raya... padahal apa yang utama kita akan lalui adalah puasa. puasa selama 30 hari pada bulan ramadhan yang menjadi kewajipan setiap yang bergelar muslim, bukannya raya yang hanya pada 1 Syawal.. ya!! Raya kita hanya pada 1 Syawal..
Tidak untuk 2 Syawal,3 Syawal dan seterusnya..
Budaya masyarakat Malaysia suka set jamuan lepas raya,sedangkan pada bulan ramadhan lah masa yang paling afdhal untuk set jamuan, masa paling sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama orang ramai,sebab apa?? sebab pahalanya berganda-ganda lebih dari majlis selepas raya...
Bulan Ramadhan adalah bulan umat,jadi dengan adanya satu bulan inilah masanya untuk seluruh umat islam di dunia berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan,bukan berlumba-lumba membuat open house raya.. Fastabiqul khairat..
Sepatutnya ,untuk meraikan Ramadhan yang penuh mulia ini , secara saintifiknya perlu ada senarai check-list. Contohnya "apa yang perlu aku lakukan dalam ramadhan ini"... seperti wajibkan menderma rm1 setiap hari, solat tahajud sebelum sahur, sehari satu juzu' al-quran dan sebagainya.. semua ini boleh dilakukan secara konsisten jika ada inisiatif yang tinggi.
Apa yang ada dalam bulan ramadhan itu lebih penting daripada tibanya syawal .
Seperti kata ustaz Yusra sewaktu perjumpaan bulanan tahfiz, malam lailatul qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Cuba bayangkan jika seribu bulan dibahagikan kepada 12 bulan??
Untuk dapat pahala seribu bulan ,kita memerlukan sekurang-kurangnya 83 tahun. Itu pun masih belum ditolak dosa -dosa kita..
Jadi , amatlah rugi bagi setiap muslim yang tak beramal dengan sebaik-baik amalan sewaktu ramadhan nanti.. Yusra tak bermaksud hanya bulan ramadhan sahaja perlu berusaha dengan sebaik-sebaik amalan, bulan lain juga harus seperti itu.. tapi apabila ia diasbabkan kepada kemuliaan RAMADHAN itu sendiri, maka wajarlah kita sebagai umat islam sama-sama mempertingkatkan usaha memuliakan ramadhan...
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
No comments:
Post a Comment