IsLAm AgAmA AnA

Thursday, June 13, 2013

***GELINYAA !!! CIK SITI PALING PEMALAS ***

Bismillahirrahmanirrahim......


antara sahabat-sahabat serumah saya...


Assalamualaikum...Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat sihat sehingga ke malam ini. jam sudah menunjukkan 11.10 malam menghampiri tengah malam... ^_^

Malam ini , ahli rumah 3-65 B masing-masing keseronokan dalam kepenatan . ini semua gara-gara tikus...angkara tikus la ni... baru tahu selama ni "cik siti" keja dok buat keja di bawah mesin basuh.. Alhamdulillah la mesin basuh tu masih dalam keadaan baik,.. alang-alang esok jumaat, jadi semua beroperasi dengan cik ti kita..

Dalam operasi mengemas dapur rumah kami, tikar-tikar habis dibuka, lantai diberus la, sebaab...bau cik tikus tu mengalahkan perfume yang ada..hehe... perasaan apabila melakukan aktiviti bersama "usrah" dengan keseronokan dan keikhlasan takkan membuatkan kita rasa menyusahkan dan ada rasa keterpaksaan dalam kerja kita.memang best.. masing-masing tahu apa yang hendak dan mesti dilakukan...faham apa itu keistimewaan sahabat.

Masing-masing tahu persisi apa itu "BAITI JANNATI" . Oleh kerana itu,kami saling menghormati dan sayang satu sama lain. tak perlu nak bersayang-sayang tak bersyariat dengan yang bukan mahram. kerana apa? kerana masing-masing memahami betapa indahnya hubungan apabila syariat didahulukan.

Mata Yang Memelihara apabila digabungkan bersama mereka, Cahaya Pembukaan, Puan Yang Berseri-Seri, Cahaya Suci, Agamaku Sempurna dan Cahaya Mata Air Syurga memang sempurna,sesempurna tali tasbih yang cukup bilangan tasbihnya. Tali tasbih yang tak cukup bilangannya,akan kelihatan cacatlah ia.

Hikmah yang dapat Yusra kongsikan bersama adalah:
   1. Melakukan aktiviti bersama dapat menghilangkan sengketa dan rasa marah di hati.
   2.Susah senang bersama,contohnya tidak hanya seorang yang melakukan tapi sama-sama.
   3.Memupuk kerajinan untuk menjaga dan mengemas rumah.
   4. Kekemasan dan kebersihan rumah lebih terjaga apabila masing-masing mengambil peranan dengan baik.
   5. Konsep usrah bukan hanya bulatan, sebaliknya lebih kepada perkongsian kekeluargaan secara harmoni dan damai, kadang-kadang usrah berlaku di luar kesedaran kita.
   6. Sama-sama dapat berkongsi rasa gembira , penat dan letih.
   7. Taqarrub ba'du ilallah...iaitu satu proses mendekatkan diri kepada ALLAH. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.
   8. Memupuk rasa bertanggungjawab dan kerjasama dalam setiap sahabat.
   9. Menambah keinginan untuk sering melakukan aktiviti bersama.


Insya ALLAH ,pertemuan dan perpisahan adalah daripada ALLAH. Selagi bernama manusia, akan ada perpisahan yang terjadi,jadi kita sebagai hamba perlu terima konsep redha.
Plus,USRAH tiak akan berjalan hanya dengan seorang individu. Usrah apabila lebih daripada 2 orang di dalamnya. Usrah adalah apabila masing-masing belajar sayang kerana Allah ,tidak hanya perkongsian ilmu,bahkan juga kehidupan seluruhnya. Islam ad-dinul syumul.

Untuk itu,terima kasih sebab kita sama-sama jaga rumah...hihihi
Cahaya Pembukaan , Puan Yang Berseri-Seri , Cahaya Suci , Agamaku Sempurna , Cahaya Mata Air Syurga , Kebaikan Cahaya Mata , Cahaya Cantik , Cahaya Kesaksian , Nadia Qayyimah , Siti Sofiyya ,  dan semua yang pernah bersama di 3-65B...

P/S:Kepada usrah kabir --- > rumah-rumah kat atas , bawah, kiri dan kanan. ehem2, maaf la yek kalau ada bising-bising sikit. Tragedi "cik ti" memang best kat usrah kathir ni haaa... apa -apa pun,kita semua sahabat seperjuangan.
INNA NAHNU NAZZALNAZZIKRO WA INNA LAHU LAHAFIZUUN... INSYA ALLAH SAYANG KALIAN KERANA ALLAH...

WALLAHUA'LAM

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)

No comments:

Post a Comment