Alhamdulillah, untung ada masa sikit, teringin nak share apa-apa yang bermanfaat.
Sekarang ni, tiap-tiap petang kelas muraja'ah hafazan kami ada selingan tazkirah selama 1 jam. Setiap pelajar mesti sediakan apa-apa tajuk untuk dibentangkan untuk semua , mengikut jadual giliran.
Makanan rohani, Alhamdulillah sangat bermanfaat dan menambah ilmu, sebab banyak sangat tajuk yang dibincangkan dan banyak juga antara tajuk yang menjadi perbahasan sengit antara pelajar dan guru-guru.. Di samping menambah pengetahuan , apa-apa khilaf juga dapat dilihat melalui tazkirah harian ini.
Hari ini, giliran adik senior ana , Jannah Asyiqin menyampaikan tazkirah. Tajuknya mengenai berbuat baik kepada ibu bapa. Walaupun tajuk ini antara tajuk yang banyak di mana-mana hatta di internet, tetapi perbincangannya sebenarnya sangat meluas. Banyak yang kita masih tak tahu dan bnyak juga yang masing-masing antara kita tidak mengambil sensitif isu berbuat baik kepada ibu bapa.
Ada satu kisah pada zaman nabi yang saya ingin kongsikan tetapi saya ceritakan secara mafhumnya.
Pada zaman Rasulullah S.A.W. ada seorang pemuda bertanya kepada baginda , "aku telah berbuat baik kepada ibuku, menolong ibu ku menunakan haji, bertawaf dan sebagainya dan mengikut semua kemahuan ibu ku, sudah cukupkan untuk aku membalas jasa ibu ku wahai Rasulullah?" ,lalu baginda kemudian menjawab , "apa yang kamu buat tidak akan mencukupi untuk membalas jasa ibumu" .
Allahu..
Maksudnya Rasulullah sangat memuliakan ibu bapa, sebab apa? sebab jasa ibu bapa sejak dari awal kita dikandungkan oleh ibu kita, dijaga , dirawat, melahirkan , mendidik teramatlah besar , takkan terhitung dengan nilai wang ringgit.
Kemudian setelah besar, kita memikirkan bagaimana untuk membalas semua jasa ibu bapa kita, sudah pasti tidak akan terbalas melainkan tugas kita sebagai anak, sentiasa berbakti kepada ibu bapa kita, dengan ikhlas , tidak merungut dan seumpamanya.
Dalam al-Quran sedia maklum, banyak ayat-ayat al-Quran yang memberi penekanan dan perhatian supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa, bahkan tidak boleh mengeluh walaupun hanya sekadar "ah". seperti dalam firman Allah dalam surah al-isra' :
maksudnya : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya sampai berusia lanjut dalam penjagaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Allah spesifikkan dengan perkataan "ah", maka di sini kita dapat faham, even sekadar perkataan "ah" pun tidak dibolehkan dalam islam , apatah lagi kata-kata yang lebih kasar dari itu.
wallahua'lam.
Tanya pada diri , "man ana??"
siapa aku untuk melawan apa yang sudah termaktub dalam quran? siapa aku untuk melawan kewajipan mentaati dan berbakti kepada kedua ibu bapa? siapa aku untuk bercakap kasar dan seumpamanya kepada ibu bapaku?
kalau kita betul-betul "take note" semua tu, insya Allah kita akan jaga hubungan kita dengan mak ayah. untuk apa?? untuk dapat redha mak ayah. sebab apa?? sebab di situ lah terletaknya redha Allah.
Dalam hadis yang diriwayat oleh tarmizi dan hkim, Rasulullah bersabda yang mana mafhumnya, : keredhaan Allah terletak pada redha ibu bapa, dan kemurkaan Allah juga terletak pada kemurkaan ibu bapa.
so, untuk dapat keredhaan Allah, definitely kita wajib dapatkan redha mak ayah dulu.. Cantik ketetapan yang Allah bagi untuk hambaNya. kan?
Dan , suatu masa nanti, bila kita menjaga dan berbakti kepada mereka dan saat itu mereka masih dipanjangkan umur oleh Allah, maka jagalah dengan sebaiknya.
Bersabarlah, bersabarlah.. kerana apa? kerana Allah sendiri berfirman dalam kalamnya surah yaasin ayat 68 bermaksud : Dan barangsiapa Kami panjangkan umurnya , nescaya Kami kembalikan dia kepada awal kejadiannya ,maka mereka idak mengerti.
Ayat al-quran diatas menerangkan bahawa , semakin bertambah umur seseorang menjadi tua, maka dia akan kembali menjadi seperti mana kanak-kanak yang lemah dan kurang akal.
Jadi, perubahan yang berlaku ketika mereka menginjak ke usia tua adalah perkara yang normal. Ianya adalah ketetapan Allah untuk hambaNya . Kita yang bertindak sebagai anak, bila ibu bapa kita ketika tuanya semakin berubah menjadi kebudak-budakan contohnya seperti mudah merajuk, mudah mengamuk dan terasa , wajib bersabar dan sentiasa melayan mereka dengan sebaiknya.
Jangan merasa penat nak berbakti kepada kedua ibu bapa. Masa yang kita ada nak bersama dengan ibu bapa tak lama. Bayangkan betapa beruntungnya kita yang masih mempunyai ibu bapa untuk dikasihi dan mengasihi, berbanding sebahagian yang lain yang tidak bernasib baik , kehilangan ibu bapa di usia yang muda dan tidak sempat berbakti dengan sebaiknya kepada ibu bapa kita, lalu menyesali ..
Bersyukur kita masih ada ibu bapa alhamdulillah.
Mereka anugerah terindah untuk seorang anak sepertimana kita sebagai anak adalah anugerah paling terindah untuk ibu bapa.
Ada hadis yang diriwayatkan, tetapi tidak ingat yang arabnya, tidak silap saya berbunyi, : "Tangan kita yang akan pilih syurga dan neraka" . jadi, berbuat baik dan berbaktilah kepada ibu bapa kita dengan baik.
Kita hanya mempunyai seorang ibu dan seorang ayah. tidak akan ada yang lain.Ketika Allah tarik nyawa, maka tidak ada penggantian yang boleh menggantikan ibu bapa kita.
wallahua'lam..
KEPADA MAK SAYA , NORAINI BINTI HAJI AHMAD, MAK SEORANG IBU YANG SANGAT100 HEBAT UNTUK KAKAK DAN ADIK-ADIK, SRIKANDI ABBAS DAN WANITA PERMATA ISLAM YANG HEBAT.. TERIMA KASIH MAK..
KEPADA AYAH SAYA, ABBAS BIN HAJI OTHMAN, AYAH SEORANG AYAH YANG SANGAT100 HEBAT UNTUK KAKAK DAN ADIK-ADIK.. SYABAB AGAMA DAN KETUA KELUARGA YANG MENJAGA ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA DENGAN WAWASAN ISLAM.
TAKKAN ADA PENGGANTI UNTUK MAK DAN AYAH..