IsLAm AgAmA AnA

Monday, March 9, 2015

QOWIYY YA QURAN

ALHAMDULILLAH...

BARU-BARU NI, SAHABAT-SAHABATKU BERTIGA BARU SAHAJA SELESAI MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER AKHIR DARUL QURAN . DAN ALHAMDULILLAH JUGA, MEREKA LULUS DALAM UJIAN SYAFAWI QURAN DAN TAHRIRI QURAN 1-30. MUJUR KEPUTUSAN UNTUK EXAM QURAN TAHU AWAL. SO, SEKARANG TINGGAL TAHU KEPUTUSAN UNTUK MADAH SAHAJA..

YA, BERSYUKUR. DALAM MASA YANG SAMA AKU JUGA TAKUT, KERANA AKU JUGA BAKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN QURAN AWAL BULAN 5 NI. HARAP-HARAP DIPERMUDAHKAN..

JANGAN DITANYA PERASAAN DALAM HATI.. SANGAT2 TAKUT. BAGI AKU PROSES MENGULANG LAGI SUKAR DARIPADA PROSES MENGHAFAL UNTUK KALI PERTAMA. KETIKA MENGHAFAL KALI PERTAMA, KITA JUST HAFAL DAN BAGI LANCAR HAFALAN, KEMUDIAN TASMEK, SELESAI. MULAKAN HAFALAN BARU.. IF MENGULANG , SEMUANYA PERLU DIINGAT ,TAK BOLEH DILUPA. SAMPAI BILA-BILA PUN KENA MENGULANG SENTIASA DAN TAK BOLEH TINGGAL, BOLEH JADI DOSA SEMULA KEPADA KITA YANG MENGHAFAL TAPI TAK INGAT AYAT YANG DIHAFAL.

MENGULANG TAPI TAK BERAPA INGAT YANG DIHAFAL, BERBEZA DENGAN TAK MENGULANG DAN TAK INGAT AYAT YANG DIHAFAL. SEKURANG-KURANGNYA ADA USAHA KITA UNTUK MENGULANG QURAN..

HUH, ENTAH APA AKU MEREPEK. MOGA KITA TERUS KUAT DENGAN UJIAN ALLAH.. NAK MENGULANG PUN ADA UJIAN ALLAH JUGAK.

WALLAHUA'LAM.

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)

KETAKUTAN SI PELAKU DOSA

bismillahirrahmanirrahim..

allah berfirman : surah Ali-Imran ayat 185
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati........"

Alhamdulillah , hingga kini aku masih dihidupkan, masih diberi nyawa , masih diberi nafas oleh Allah, masih diberi izin keluar menghirup udara pagi, berjalan menuju ke daerah ilmu KITAB.

Seketika...
Ada aku berfikir ,bagaimana andai aku dimatikan ketika tidur..
Bagaimana andai aku dimatikan sewaktu menaiki bas rapid,
Bagaimana nanti andai aku dimatikan ketika melayan cerita-cerita di televisyen..
Dan sekarang aku membayangkan andai ketika saat ini, aku dimatikan ketika menulis blog ini..
Bagaimana andai aku dimatikan ketika lain-lain situasi yang mungkin kita takkan terbayangkan sama ada dalam keadaan kasih sayang Allah mahupun dalam keadaan kehinaan.

andai kematian kita itu diiringi rahmat kasih sayang Allah itu tidak mengapa, bahkan menjadi hamba yang sangat beruntung di sisi Allah.
Tetapi andai kematian kita diiringi dengan kehinaan daripada allah, itu sangat lah menjadi ketakutan sesiapa pun yang berada di muka bumi Allah.

Allahu...

Sangat penting untuk kita sentiasa mengingati mati, kerana tika kita ingat mati, kita akan ingat takutnya rasa menghadapi mati, tika kita ingat rasa takutnya menghadapi mati,kita akan ingat segala dosa yang kita lakukan kepada dunia, kemudian kita akan ingat seksaan-seksaan dalam kubur seperti yang kita pelajari selama ini, dan ketika itu... kita akan rasa takut dan terdiam, hilang senyuman di wajah, memikirkan betapa takut untuk melakukan dosa atau bahasa mudahnya "pelaku dosa"..

Ketika kita merasai semua ketakutan-ketakutan berkaitan mati itu, kita akan usaha untuk melakukan yang terbaik kepada semua tidak kira manusia, binatang hatta benda.

Kata ustazah Fatimah Syarha binti mohd Nordin dalam Simposium Baitul Muslim, " anggaplah semua yang ada disekeliling kita ini sebagai lembah pahala. anggap mereka sebagai ujian kesungguhan kita meraih pahala.ketika kawan menyakitkan hati kita, anggap mereka sedang memberi kita pahala, sabar dan bersyukur. ketika suami melakukan perkara yang meyedihkan hati kita, anggap mereka sedang mendatangkan pahala untuk kita. ketika anak berbuat dosa kepada ibu, anggap mereka sedang membawa pahala kepada kita, ambil dan nasihati mereka dengan hikmah. andai pelajar menyakitkan hati guru, anggap mereka sedang menggalas pahala untuk kita, terima dan nasihati mereka secara adil."

Allah berfirman : dalam surah al-baqarah ayat 263
"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi  dengan sesuatu yang menyakitkan(perasaan si penerima) . Allah maha kaya lagi maha penyantun.


Mudahnya mendapat pahala jika kita menjadikan semua orang sebagai sumber pahala kita. jom berlumba melakukan kebaikan.. berlumba means lari kan selalunya.. so, why not kita sambil dok lumba tu, kutip semua pahala yang kita boleh kutip.. kumpul semua pahala yang kita boleh kumpul..

Allah berfirman : surah al-baqarah ayat 148
" maka berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan................"

Kita takkan rugi apa-apa. wallahua'lam.. untuk diri sendiri dan peringatan bersama.

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)

Sunday, March 1, 2015

KITA HAMBA,ALLAH PEMILIK HATI

SAYANG SERIBU KALI SAYANG..
KITA LEBIH SUKA BERMASAM DARIPADA TERSENYUM,
SEDANGKAN..
SETIAP SENYUMAN ITU PENAWAR BAHAGIA
BAHKAN GANJARANNYA PAHALA.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG..
KITA LEBIH SUKA BIARKAN NAFSU MERAJAI
SEDANGKAN..
SETIAP KESABARAN DINILAI SYAHID BESAR
BAHKAN NILAIANNYA SYURGA

SAYANG SERIBU KALI SAYANG..
KITA LEBIH SUKA BERPAKAIAN TERDEDAH
SEDANGKAN...
SETIAP YG MENJAGA AURAT ITU SRIKANDI BERMARUAH
BAHKAN MENJADI KUNCI KEHEBATAN ISLAM

SAYANG SERIBU KALI SAYANG...
KITA LEBIH SUKA MEMBUANG MASA
SEDANGKAN...
SETIAP MASA YG DIHABISKAN UTK ISLAM TEMPATNYA JANNAH
BAHKAN DALAM HADIS JUGA TERCATAT

SAYANG SERIBU KALI SAYANG...
KITA LEBIH SUKA BAZIRKAN WANG DGN PERKARA TAK BERMANFAAT
SEDANGKAN...
SETIAP WANG KE JALAN ALLAH NILAIANNYA TINGGI TIADA KIRA
BAHKAN INDAHNYA DAPAT MENYUCIKAN HARTA

SAYANG SERIBU KALI SAYANG...
KITA LEBIH SUKA KHIANATI KAWAN
SEDANGKAN...
SETIAP PERSAHABATAN YANG MENUJU CINTA ALLAH ITU SGT MENGASYIKKAN
BAHKAN MENJADI KECINTAAN ALLAH

SAYANG SERIBU KALI SAYANG..
KITA LEBIH SUKA MELAWAN  IBUBAPA
SEDANGKAN...
TAAT DAN HORMAT IBUBAPA KEWAJIPAN ANAK-ANAK
BAHKAN MENJADI KUNCI KEREDHAAN ALLAH

SAYANG SERIBU KALI SAYANG...
KITA LEBIH MEMILIH MEMBACA BUKU-BUKU LAIN DARIPADA AL-QURAN
SEDANGKAN...
SETIAP KALIMAH AL-QURAN YANG DIALUNKAN BEROLEH PAHALA BERGANDA
BAHKAN DAPAT MENDIDIK MENJADI MUSLIM BERTAQWA

SAYANG SERIBU KALI SAYANG...
KITA LEBIH BANYAK MENGUMPAT DARI BERSELAWAT
SEDANGKAN...
SETIAP YANG MENGUMPAT MENGUNYAH DAGING SAUDARANYA SENDIRI
TETAPI...
SETIAP YANG BERSELAWAT MENJADI KECINTAAN NABI DAN ALLAH
BAHKAN MENJADI SEBUTAN PENDUDUK LANGIT

SAYANG SERIBU KALI SAYANG...
KITA LEBIH SUKA BERPRASANGKAN BURUK
SEDANGKAN...
SETIAP YANG BERSANGKA BAIK ITU MEMBINA JIWA YANG POSITIF
BAHKAN BERNILAI UNTUK IMAN YANG ADA TURUN NAIKNYA

SAYANG SERIBU KALI SAYANG...
KITA LEBIH SUKA SALAHGUNA KUASA SEBAGAI PEMIMPIN
SEDANGKAN...
SETIAP PEMIMPIN BERTANGGUNGJAWAB KPD SETIAP DIBAWAHYA
SEDANGKAN...
SETIAP PEMIMPIN WAJIB MENJADI PEMIMPIN YANG RABBANI((ada sifat ketuhanan))
BAHKAN 'ADIL KERANA SEMUANYA AMANAH ALLAH

SAYANG SERIBU KALI SAYANG...
KITA LEBIH SUKA MENGABAIKAN HUKUM ALLAH
SEDANGKAN...
SETIAP YANG DISYARIATKAN SEBAGAI HUKUM ITU ADA SABAB MUSABABNYA
SETIAP YANG DISYARIATKAN ITU BANYAK MASLAHATNYA
SETIAP YANG DISYARIATKAN ITU MENJANJIKAN SYURGA SEBAGAI HADIAH
SETIAP YANG DISYARIATKAN ITU ADALAH DARIPADA PENCIPTA KITA
BAHKAN KITA TAK LAYAK MEMPERTIKAI SUATU APA PUN.


WALLAHUA'LAM..
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)

Monday, February 23, 2015

HUKUM QAZA (CUKUR @ NIPISKAN RAMBUT SEPARUH2)

bismillahirrahmanirrahim..
kali ni hati tergerak nak suarakan apa yang dah lama tersimpan, dok mencari2 hujah kuat mengenai cukur rambut separuh-separuh yang memang femes zaman sekarang kat semua jenis golongan sama ada yang belajar agama atau tak. 
pada mulanya saya pikir boleh la nak buat macam tu sebab ada juga di kalangan ustaz dan pelajar agama yang lakukan, tapi pernah sekali saya terdengar potong macam tu hukumnya haram. so lepas tu saya tercari-cari jgak ada ka hujah kuat yang kata tak boleh.
alhamdulillah , atas niat saya yang mungkin baik Allah tolong saya. walaupun tak banyak yang saya tau, tapi still..sekurang-kurangnya saya boleh bantu kawan2 dan family dengan cara kongsikan pengetahuan ni. harap-harap sapa yang dah baca tolong disebarkan kepada semua kerana mungkin tak ramai yang tau. sebabnya saya yang dah umur 22 tahun ni pun baru dapat info banyak pasal hukum qaza iaitu cukur separuh-separuh rambut, contohnya nipiskan rambut di bahagian tepi dan tinggalkan lebat di bahagian atas dan ni memang obviously lelaki la kan. 
Walalupun saya perempuan, tetapi atas sifat prihatin yang saya rasa perlu ada dalam diri saya, saya perlu bagitau dan kongsikan. bahkan kalau saya xkongsikan apa yg saya tau, saya yang akan menanggung dosa kalian kerana tak menegur. 
LELAKI KENA BACA. smile emoticon
A : ustaz , sy Dah tahu hukum qaza', berdosa tak kalau sy x tegur family, spupu2 sy kalau ada yg buat rambut cukur separuh2 tu?

Ustaz : berdosa la dah kamu taw,dah tanggungjawab kamu tegur n bgtaw depa ada hadis haram cukur rambut tepi kiri kanan pastu tinggal kat atas.
*walausiapa pn anda, family sy ka, kwn2 ka, mungkin xramai yg taw, saya cuma nak kongsi, haram qaza iaitu cukur rambut sparuh2.. Kalau nk potong rambut, potong bagi sama rata, jgn kat tepi nipis kat atas tebal. Skrg dah jd trend remaja lelaki. Mmg nk buat nmpak hensem tpi rasulullah dah haramkan. Potong biasa2 pun dah hensem aihh. Malah bagi saya potong secara qaza tu lagi nampak serabut otak nak tengok. Nak berfesyen pun agak2 la saudara seagamaku.. kita ada peraturan Allah dan cara yang kita boleh buat untuk muliakan islam. hehe.. 

((hadis drpd ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yg brmaksud :
"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."))
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

((Dalam hadis yg lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yg brmaksud :
"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."))
(Hadis riwayat Abu Daud)
Wallahua'lam

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)