lawatan ke yayasan restu(tempat penulisan al-quran)
assalamualaikum penghuni sesawang blog.
insyaALLAH penghuni syurga sedikit masa lagi..
insyaALLAH entri kali ni nak ajak sahabat sekalian kongsi fikiran tentang ilmu dan hikmah..
ALLAH BERFIRMAN..
DIA MEMBERIKAN HIKMAH KEPADA SIAPA YANG DIA KEHENDAKI,BARANGSIAPA DIBERI HIKMAH,SESUNGGUHNYA DIA TELAH DIBERI KEBAIKAN YANG BANYAK,DAN TIDAK ADA YANG MENDAPAT IMU KECUALI ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL SIHAT.
(surah al-baqarah:ayat 169)
Hikmah memberi takrif kebijaksanaan.
Kebijaksanaan dalam melaksanakan gerak kerja yang efektif,produktif dan berkesan..
Setiap orang yang berhikmah memerlukan ilmu untuk capaian dalam diri,keluarga dan masyarakat islam seluruhnya.
"Orang yang ada hikmah dalam hatinya sudah tentu dalam dadanya ada ilmu,tetapi orang yang berilmu belum tentu ada hikmah"
Lebih baik kita menjadi manusia yang berhikmah sebab pakejnya adalah ilmu,KERANA andai memilih orang yang berilmu tanpa pakej hikmah,gerak kerja yang dilaksanakan ibarat pohon tanpa buah..
muslim berhikmah akan memikirkan cara terbaik melihat daripada segala sudut,sebab dalam pemikirannya beliau ingin gerak kerja yang dilakukan boleh diterima semua pihak(musyawarah) tapi didatangkan dalam bervariasi cara dan mendatangkan keuntungan yang EXTRAORDINARY..
tapi,,,
kalau muslim yang hanya berilmu tanpa hikmah,segala gerak kerja yang dilakukan hanya dengan cara yang dirasakan terbaik yang belum tentu baik untuk kemaslahatan pihak lain,beliau hanya inginkan kepuasan dalam berkerjaya tanpa memikirkan impak yang akan terjadi selepasnya..orang yang berilmu tanpa hikmah memikirkan untuk mendapat keuntungan yang extraordinary tapi kualiti kerjanya kurang..
dalam kepimpinan ( x kira lah kepimpinan gerak kerja apa pon),ahli-ahli dibawah pimpinan dan pemimpin perlu bertindak dalam kerangka tindakan yang berguna dan efektif...tak guna kita merancang pelbagai perkara dan melaksanakannnya tapi hasilannya kurang memuaskan..
lebih baik merancang sekadar termampu,berusaha melaksanakan dengan terbaik dan mendapat hasilan yang superb..di situ kita boleh lihat di mana usaha kita diletakkan..
mari kita lihat dari sudut kerangka islam..
seorang pemimpin yang baik dan lilla hita'ala akan merancang,melaksanakan sebarang tugas dakwah dengan penuh hikmah untuk mendapat hasilan yang berhikmah..maksudnya biarlah kalau perancangan yang dibuat cuma satu,tapi hasilan yang dapat daripada perancangan tersebut mendatangkan banyak kemaslahatan kepada umat islam..
Rasulullah bersabda dalam hadis,hikmah ialah barang berharga orang mukmin yang hilang...
Ilmu berkait rapat dengan pendekatan hikmah.jom survey firman ALLAH
**DAN DEMIKIAN (PULA) DIANTARA MANUSIA ,MAKHLUK BERGRAK YANG BERNYAWA DAN HAIWAN-HAIWAN TERNAKADA YANG BERMACAM-MACAM WARNANYA,DI ANTARA HAMBA-HAMBA ALLAH YANG TAKUT KEPADA-NYA,HANYALAH PARA ULAMA'.SUNGGUH ALLAH MAHA PERKASA MAHA PENGAMPUN.
Ilmu ada 3 elemen penting:
1. syura
2. al-adil bil qist
3. hurriah al-kalam
manakala hikmah ada 5 elemen(asas seorang pemimpin berhemah):
1. kesempurnaan syakhsiah
2. kekuatan silaturrahim
3. keberkesanan kepimpinan
4. kemuliaan akhlak
5. ketinggian akhlak melalui ilmu spiritual
Andai digabungkan kesemua 8 elemen ini,insyaALLAH akan muncullah sistem pentadbiran islam yang syumul dan kaffah.
Seorang pemimpin mestilah terbuka kepada semua ruang lingkup kehidupan.
Dalam konteks mencari jalan penyelesaian yang berkesan,seorang pemimpin mestilah mneyelesaikan masalah mengikut konteks semasa @ aliran zaman supaya penerimaannya lebih mudah diterima..
allah berfirman lagi
SEKIRANYA HAMBA-HAMBAKU BERTANYA KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD)TENTANG DIRIKU,KATAKANLAH BAHAWA AKU SANGAT HAMPIR DAN DEKAT.AKU AKAN MEMPERKETATKAN PERHUBUNGAN ORANG YANG BERDOAKEPADAKU,JUSTERU,HENDAKLAHMEREKA MEMATUHI PERINTAHKU AGAR MEREKA MEMPEROLEH PETUNJUK.
(SURAH AL-BAQARAH:AYAT 186)
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
No comments:
Post a Comment