IsLAm AgAmA AnA

Saturday, January 21, 2012

**jom survey pengurusan masa efektif**

         TOK KESAYANGAN YUSRA DAN SEPUPU..^^

Assalamualaikum,insyaALLAH sekarang ni ada kelapangan masa sikit nak kongsi ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian...

nak kongsi pun soal masa jugak..(^_^),jom kita teliti sama-sama..insyaALLAH akan membantu ana sendiri dan umat islam yg lain dlm menguruskan masa dengan lebih baik dan teratur.Okey,macam yang kita semua maklum,masa adalah aset yang terutama sekali dalam kehidupan seharian.Cuba sahabat-sahabat bayangkan apa yang akan berlaku tanpa masa?Tanpa masa yang mencukupi,sesuatu pekerjaan atau gerak kerja yang kita lakukan akan dipanggil gagal.Atas sebab apa?Asbabnya adalah kita tak dapat nak selesaikan sesuatu perkara dengan teratur dan sempurna.

 ...................................................................................................................................................................
JOM!!kita perhati plak apa yang ditakrifkan dengan masa...

Pengertian masa dari erti bahasa:waktu,zaman,saat dan detik
manakala Pengertian masa dari segi istilah:waktu atau zaman yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan.

Definisi Pengurusan Masa:
**Sesuatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus,membahagi dan mengatur masa kehidupan sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. 
 
Menurut Profesor Dr. Yusuf A-Qardhawi:
**Masa merupakan harta milik manusia yang paling berharga kerana masa adalah jadual waktu bagi setiap pekerjaan dan produktiviti.

Imam Hassan Al-Banna (tokoh islam yang terkenal)
**Masa adalah kehidupan

Imam Hassan Al-Basri
**Beliau pernah melihat satu kaum yg sangat jaga masa hingga melebihi menjaga wang ringgit.

KATA-KATA CENDEKIAWAN BARAT
**Time is god's not ours - dutch
**The good time comes but once - italy
**There is a time for all things - old testment
**Time is money - Greece
**Bila kita menyertai org yg kita cintai,maka tmpoh 2 jam menjadi seminit tapi bila kita dalam kesulitan tempoh seminit akan menjadi seperti 2 jam - Elbert Einstein
  
Kalau kita lihat dari sudut perspektif islam:
Masa adalah perkara penting disebutkan dalam al-quran
"DEMI MASA,SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN"
  (AL-ASR'-AYAT 1)

"DEMI MALAM APABILA IA MENYELUBUNGI SEGALA-GALANYA (DGN GELAP-GELITANYA).DAN SIANG APABILA IA LAHIR TERANG-BENDERANG."
   (AL-LAIL-AYAT 1-2)
...................................................................................................................................................................
Kalau nak tau,masa hari pembalasan nnti, dua daripada empat perkara yang mana manusia akan disoal ialahmengenai cara kita uruskan masa sewaktu masih hidup di dunia.
Rasulullah (S.A.W.) bersabda:  
"SETIAP HAMBA DI HARI KIAMATTIDAK DAPAT BERGERAK KE MANA-MANA SELAGI IA BELUM SELESAI DISOAL MENGENAI 4 PERKARA DAN DUA DARIPADANYA IALAH:

              ~DI MANAKAH DIA MENGHABISKAN UMURNYA DI DUNIA DULU
             ~BAGAIMANA DIA MENGHADAPI UJIAN KETIKA REMAJA
.....................................................................................................................................................................
Okey,jom kita alih plak mcamna cara nak bahagi masa yang baik dan berkualiti..
Prof Said Hawa berkata bahawa Rasulullah membahgikan masa baginda dengan sangat cermat iaitu "sebahagian untuk umum,sebahagian untuk orang-orang khusus,sebahgian untuk beribadat kepada ALLAH,dan sebahagian untuk keluarga."Jadi dengan cara ni,tidak akan ada waktu yang akan terbuang secara sia-sia.
Semua masa adalah baik dan tidak ada cacat cela tapi menurut Rasulullah saw: "ada masa-masa yang baik,maka kamu pilihlah masa-masa itu.."
Di antara masa yang baik ialah waktu sahur manakala hari jumaat ialah hari raya,mingguan dan mustajab untuk berdoa kpd ALLAH.Hari yg baik ialah antara 1 hingga 10 zulhijjah termasuk dengan hari Arafah.Selain itu,bulan Ramadhan sebab bula Ramdhan adalah bulan turunnya al-quran...

Rasulullah amat menggalakkan umatnya mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan amalan kebajikan untuk meningkatkan kesedaran dan menambahkan keimanan kepada ALLAH S.W.T.


Rasulullah bersabda lagi:
"REBUTLAH LIMA PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA,USIA MUDAMU SEBELUM TUA,MASA SIHATMU SEBELUM SAKIT,MASA SENANGMU SEBELUM PAPA, MASA HIDUPMU SEBELUM MATI, DAN MASA LAPANGMU SEBELUM SEMPIT"

Sahabat-sahabat lindungan ALLAH sekalian,kalian tau x?!masa adalah amanah ALLAH yang ALLAH bagi suruh kita jaga dan gunakan sebaik-baiknya.ALLAH peruntukkan masa untuk kita beribadat kepada ALLAH.BERIBADAH seperti ang difahamkan mempunyai suatu ruang lingkup ang sangat luas andai kita bicarakan secara terperinci,namun ana kat sini just nak kongsi basic cabang-cabang ibadah dalam kehidupan seharian ja.
Ibadah bukan hanya terangkum untuk perkara-perkara seperti solat,puasa,zakat,dan haji saja bahkan ibadah juga mencapai lingkungan aktiviti kehidupan seharian.Contohnya makan.kenapa ana cakap makan ialah ibadah?makan dan minum juga adalah salah satu wasilah kita bertaqarrub kepada ALLAH.Kalau kita niatkan makan dan minum untuk menguatkan tubuh dan digunakan untuk beribadah,maka makan dan minum juga dikategorikan dalam beribadah kerana ianya mendatangkan pahala.Di samping itu,sumber didatangkan rezeki tersebut mestilah dari sumber yang halal lagi baik.Andai kata,rezeki yang didatangkan bersumberkan yang haram,pasti akan menjejaskan keinginan untuk kita beribadat sekali gus akan jadikan hati kita lemah dan susah untuk melakukan amalan kebajikan.
OKEY,insyaALLAH setakat ni dulu perkongsian yang dapat diutarakan bersama.mohon dibetulkan andai ada tersilap dan tersalah.(^_^) 

 
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)

No comments:

Post a Comment