Bahagia rumahtangga bukan
pada tingginya mahar…
Ya, pada zaman yang semakin
melonjakkan manusia ke arah permodenan yang hebat ini telah memungkinkan segala
hal.
Teringat kembali memori
Yusra dan ayah bersembang. Kata ayah, “ suatu hari dalam lima @ enam tahun lagi
tak mustahil kereta boleh bergerak atas udara, tak mustahil juga akan ada
piring terbang yang mampu berfungsi seperti tikar zam-zam allakazam dalam
cerita p.Ramlee..” .
Kata-kata ayah memang
benar,semuanya tak mustahil memandangkan teknologi sekarang yang semakin
berleluasa dan hampir kebanyakannya membawa kepada fasad ( kerosakan).
Saya merasa terpanggil
untuk meng‘update’ isu mahar ni sebab antaranya saya juga adalah seorang kaum
hawa dan banyak sangat komen yang saya baca tentang mahalnya mahar sekarang.
Samalah juga dengan situasi
kini yang banyak membincangkan perihal pernikahan dan perkahwinan. Siapa lagi
yang suka membincangkan perihal perkahwinan selain anak-anak remaja kita??
Antara yang menjadi
per“sembang”an hangat adalah tentang mas kahwin. Fakta mengapa ramai anak gadis
yang lambat dan sukar bernikah adalah kerana permintaan mahar yang tinggi
terutamanya yang mempunyai ijazah, degree atau pHd . mengapa ya???
Humm,sebabnya
lazimnya ibu bapa suka meletakkan harga mas kahwin berdasarkan kelayakan dalam
pelajaran.
( aduhh,perlu kee?? , kesian kaum kami yang minoriti masih
mengharapkan mas kahwin yang sedikit.)
Lihat takrif mas kahwin di
bawah ni…
*mas kahwin ditakrifkan
sebagai harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya disebabkan
berlakunya akad nikah.
-juga sebagai lambang
kebenaran keinginannya untuk berkahwin.
*Hukum mas kahwin menjadi
wajib bagi suami setelah berlakunya akad nikah antaranya dirinya dengan tok
kadi sama ada disebutkan harganya atau tidak.
* Mas kahwin wajib
ditunaikan berdasarkan dalil daripada al-quran, hadis dan ijma’ ulama
-al-quran:
Maksudnya: dan berikanlah
kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.
(surah an-nisa:40)
Hadis
1.) Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah...
2.) Mafhumnya: Sahal bin Saad
berkata : “seorang perempuan datang menemui nabi s.a.w. dan menyatakan bahawa
dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah dan Rasulnya. Lalu, nabi s.a.w.
bersabda : Aku tidak berhajat kepada perempuan.” Seorang lelaki pun berkata:
“kahwinkanlah aku dengannya”. Baginda menjawab: “ berikanlah kepadanya sehelai
pakaian.” Dia berkata: “aku tidak memilikinya” . baginda bersabda : “berikanlah
kepadanya walau sebentuk cincin besi.” Dia memberitahu bahawa dia juga tidak
memiliki sebentuk cincin besi. Baginda bertanya: “apakah ayat atau surah
al-quran yang ada bersamamu?” dia menjawab : “begian,begian.” Baginda bersabda:
“maka aku kahwinkan engkau dengan perempuan ini dengan mas kahwin al-quran yang
ada bersamamu.”
(Terang lagi bersuluh hadis Rasulullah secara zahirnya menunjukkan mahar yang murah dan rendah adalah lebih baik..Nyata al-quran adalah yang paling terbaik untuk dijadikan sama ada pemberian al-quran atau pun surah yang terdapat dalam al-quran )
Ijmak
ulama
Semua ulamak berpendapat
mas kahwin adalah wajib .
*kadar mas kahwin adalah
terpulang kerana tiada had minima atau maksima padanya.
Walau bagaimanapun, mas
kahwin digalakkan paling minima kerana adanya pernikahan adalah untuk mengikut
sunnah Rasulullah untuk meramaikan mujahid dan mujahidah islam. mas kahwin yang
sedikit adalah kunci mendapat keredhaan dan keberkatan dalam hidup
berumahtangga di samping bahagia dengan cinta Allah.
##
So take note kat sini wahai
mujahidah-mujahidah yang disayangi.. (^_^) , mungkin bukan anda yang menetapkan
mas kahwin sendiri, tapi anda berhak nyatakan pendirian anda bukan??
##
Tak salah nyatakan pendirian kita
hendakkan mas kahwin yang sedikit, gunakanlah diplomasi yang bijak.. ^_^ , (
ingat!! Kelembutan takkan pernah kalah dengan kekerasan kan??)
## Dalam kalangan ramai-ramai anda yang membaca,
pasti hampir kesemua telah menonton ceramah ustaz Azhar Idrus di youtube
kan? Mas kahwin adalah sebagai permulaan
kehidupan dalam alam rumahtangga, jadi
mengapa harus suami dibebankan dengan mas kahwin yang “mencekik darah”?
sedangkan selepas nikah, mereka sememangnya wajib menunaikan tanggungjawab
sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab ke atas diri isterinya dan
anak-anak. Segala perbelanjaaan keperluan dan kehendak keluarga memang
diketahui adalah tugasnya,jadi mengapa harus dibebankan seawal pernikahan
dengan mahar yang mahal??
## Waktu merancang ekonomi alam rumahtangga yang
tepat bukan selepas majlis perkahwinan diadakan , sebaliknya ketika anda
membuat keputusan untuk berumahtangga. Bermula selepas keputusan dibuat,
rancanglah ekonomi sebaiknya terutamanya ketika berlangsungnya kenduri. Tak
perlu terlalu mahal belanja urus kahwin semata-mata disebabkan “kahwin hanya
sekali seumur hidup”. Tetapi berpalinglah mencari redha Allah dengan hanya
BERSEDERHANA..
## Tak rugi bersederhana dalam urusan
perkahwinan, bahkan tidak akan ada juga pembaziran.
p/s:
nak cari bahagia tak?? Bahagia rumahtangga tak payah mahal-mahal tau……! Yang
penting orang tahu kita dah kahwin.. ^_^
S.H.Y.: yusra nak paling minima je.tak banyak…. ^_^ , yusra nak surah dalam quran je.. yusra
nak redha Allah je.. n yusra nak bahagia je… baru sweet,kan? (^_^)
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
Beza zaman dulu dengan zaman sekarang. Mungkin faktor pendidikan berlainan meningkatkan harga sesuatu perkahwinan.
ReplyDeletebetol3...perbezaan yang menjatuhkan institusi perkahwinan...
ReplyDelete