IsLAm AgAmA AnA

Monday, June 3, 2013

***HOT!!! PETUA ANAK JADI KACAK DAN COMEL***

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua... lama tak jenguk blog ye!!!



Rasa macam tak bagi apa-apa manfaat pon kat semua orang..  :'( , tapi takpalah.. kan Rasulullah S.A.W. KATA: SAMPAIKANLAH ILMU YANG KAMU ADA WALAUPUN SEDIKIT.

INSYA ALLAH, bak kata pepatah melayu,sedikit-sedikit tu lama-lama akan menjadi bukit dan hopefully bukit tu boleh berubah jadi gunung ... aminn...
Tapi walau sebnayak mana pun ilmu yang dikongsi,Allah dah kata dalam al-qurannya..Hambanya hanya memperoleh ilmu Allah hanya setitik air di lautan.. tapi rasanya setitik pun tak sampai nihh..

okeyyy... senyum dulu semua.... (^_^)  (^_^)  (^_^)  .. senyum banyak-banyak,baru lah orang sayang, Allah dan nabi muhammad lagii lah sayang sapa yang suka senyum... untunglaaaa!!! hihihi

dalam hadis Rasulullah S.A.W. : IBTASIM ! IBTASIMU BISSODAQOH...
yang mana mafhumnya adalah : SENYUMLAH ! SENYUM ITU ADALAH SEDEKAH..
Jadi,harap-harap Allah menilai senyuman kita sebagai pahala dan malaikat menilai senyuman kita sebagai satu kebaikan..

Ehh...Ehh... tujuan sebenarnya bukan nak bercerita pasal senyuman, tapii nak kongsi satu ilmu je..satu ja... tak banyak.. tapi satu ilmu pun ada cerita di sebaliknya..
nak tahu?? nak tahu bacalah!! ^_^

Baru-baru ni, Yusra dan sahabat-sahabat Yusra pergi tolong-tolong kat majlis kenduri abang kak senior yang keempat kahwin.. biasalah adat nak kenduri,tolong balut-balut cenderahati yang nak bagi kat orang ramai, tolong potong-memotong segala yang perlu dipotong..tapi tak la tolong banyak sangat pun..

Alhamdulillah,stay kat rumah kak senior tu tak rasa mcam stay ngan orang yang baru kenal sebab semua ramah-ramah, tak kira la muda ke tua.. memang happening..hihihi

Alhamdulillah jugak,sebab kat situ jumpak ramai sangat orang yang hebat-hebat.. dalam masa yang sama kenduri abang kak senior ni, kak ipar kak senior yang ketiga ni dah lahirkan baby..baby lelaki,comel sangat. so,kalau datang kenduri pun 2 in 1 la jadinya ..tengok pengantin dan tengok baby.. hihi

OK, teruskan cerita..dah nak sampai klimaks dah pun.. Majlis kenduri dah hampir selesai,so masing-masing pun naik atas rumah la,bersihkan diri dan berehar sebentar..

dah siap semua,Yusra dan sahabat-sahabat duduk la kejap kat baby AHMAD MIQDAD  ni..hehe,masa untuk membuli dia la plak dah penat-penat layan orang datang kenduri kan..
Ahmad Miqdad memang baik,tak nangis langsung..hihi..

Sambil-sambil tengok Ahmad Miqdad ni,menyembang la dengan kak ipar kak senior ni..nama kak ipar dia kak wahida tapi kami semua panggil dia kak ida je..lebih mesra kan?! ... ^_^

So,dia ada kongsikan satu ilmu yang Yusra rasa Yusra kena simpankan dalam blog ni..Sebab nati kalau lupa ke boleh search balik kan..orang lain pon dapat jugak manfaatnya kalau sapa-sapa terbukak atau memang wish nak baca...

Ni petua untuk ibu dan ayah yang baru dapat anak,tak kira la yang sulung ka,kedua ka,and so on.. 
mana-mana anak pun boleh kalau niat untuk semua anak sama...

INSYA ALLAH....

PETUA NAK BAGI ANAK MUDAH MENGHAFAL QURAN DAN MUDAH MENGINGATI ALQURAN SERTA SUSAH LUPAKAN QURAN SEJAK KECIL...

Satu ja petuanya iaitu: 

LEPAS JA ANAK LAHIR,CUKUR RAMBUTNYA 44 KALI.. MEANS, LEPAS DAH CUKUR,MASA RAMBUT TUMBUH CUKUR LAGI,CUKUR AND CUKUR LAGI SAMPAI 44 KALI..
-MASA CUKUR TU NIATKAN LAH KAT ALLAH MHA PENGUASA NAK BAGI ANAK MUDAH MENGHAFAL...

~ ~ Sebelum tu nak bagi tau,petua ni bukan dari mana-mana hadis atau pun ayat quran..Tapi ia tetap petua yang baik... 

INSYA ALLAH ,HARAPNYA BERMANFAAT UNTUK SEMUA, KEPADA IBU-IBU YANG DAH DAPAT ANAK,YANG BAKAL MELAHIRKAN ANAK DAN YANG BAKAL BERKAHWIN..

BERKAHWIN ADALAH SUNNAH RASULULLAH, DAN YANG PALING TERPENTINGNYA ADALAH PENYAMBUNG ZURIAT ISLAM,MAKA UNTUK MEMBINA TAMADUN ISLAM YANG LEBIH TINGGI, ZURIAT KITA PERLU ADA NILAIAN AKHLAK DAN AQIDAH YANG TINGGI...

haaaa,inilah baru namanya anak yang comel dan kacak.... zuriat yang beragama adalah sebaik-baik zuriat.. ^_^



No comments:

Post a Comment