IsLAm AgAmA AnA

Monday, June 10, 2013

***TIPS TAK NAK MALAS***

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum... senyum dulu laaa... (^_^)
Insya Allah entry kali ini tak berat pun.. Cuma nak kongsikan rahsia dan tips..hehe,nak tahu tips apa??
Jom baca...
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "ada dua nikmat yang kebanyakannya manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." (hadis riwayat Al-Bukhari)

Allah menciptakan segala sesuatu umumnya semuanya berpasangan, tak kira lah manusia, benda mahupun binatang atau pun sifat. BENAR??

Perkara yang saya utamakan di sini adalah sifat yang ada dalam diri manusia..Antara sifat yang ada dalam diri manusia adalah sifat RAJIN VS MALAS.
Dalam diri manusia mesti ada pro dan kontranya.. ada rajin,ada juga malas.. tapi takkan ada orang yang rajin memanjang jugak kan?! ^_^

Persoalannya yang saya nak timbulkan di sini adalah, kadang-kadang sebagai manusia biasa ada waktunya kita akan rasa malas yang teramat sangat.malas itu,malas ini,semua malas..rasa macam xnak buat apa-apa... kan? (^_^) 

OK...
Malas adalah sifat yang subjektif ,sesetengah orang tak pandang berat pun perihal malas ni..tapi sebenarnya banyak sangat tau keburukan malas ni...

antaranya...:
1.    BANYAK MENANGGUHKAN KERJA WALAUPUN TAK BERAT MANA SANGAT PUN KERJA YANG NAK DISIAPKAN TU...
2.   MASA TERABAI BEGITU SAHAJA TANPA AKTIVITI BERFAEDAH...
3.   MENAMBAH BANYAK SIFAT MAZMUMAH DALAM DIRI CTHNYA PENGOTOR, TAK KEMAS LAMBAT DAN SBGNYA...
4.   BANYAK MENGGUNAKAN ALASAN...
5.   TAK DISUKAI ORANG
6.   KALAU SEBAGAI ANAK,BANYAK MENYUSAHKAN IBU BAPA...
7.   SUSAH NAK BERI PERTOLONGAN SEWAKTU DIPERLUKAN.
8.   KERJA BANYAK TAK SIAP @SUBMIT LAMBAT.
9.   SUSAH NAK BERJAYA.


Berbalik kepada hadis di atas.. Hadis tersebut adalah hadis yang tersurat dan zahirnya memang mampu dapat dofahami oleh semua orang,, Jadi,tak ada alasan di sini untuk kita terus hidup dalam tempurung malas...

See??
Teruknya orang yang malas kan? Yusra pun selalu malas jugak..haaa, ni lah sebenarnya..sebenarnya nak kongsi tips TAK NAK MALAS utk kwn2 especially for me...
Tips ni biasa ja tapi banyak kebaikan,insya ALLAH.... insya ALLAH kalau kita istiqamah dengan tips ini, pahala Allah pun berganda dapat...
Kalau satu masa nanti,kita rasa malas sangat-sangat nak siapkan kerja apa-apa pun,paksakan diri anda dengan mengikut tips ini...

**Sekali kita melakukan kesalahan atau kemalasan kepada diri sendiri,hukum diri dengan menambah pahala. Barulah Sweet namanya...Contohnya , kita ada "ter"solat lambat,bangun subuh lambat, tidur semula selepas subuh, tak baca quran,tak bangun tahajud,tak tolong mak kemas rumah , dan lain-lain kesalahan yang kita lakukan kepada diri sendiri dan orang lain... ( anda sahaja yang tahu kesalahan apa telah anda lakukan...)

Antara hukuman yang mesti dilakukan.( BUKAN BUAT SEMUA TAPII PILIH SALAH SATU JAA...)

##ISTIGHFAR 30x ATAU LEBIH 
##TAHMID 30x ATAU LEBIH
##TAKBIR 30x ATAU LEBIH
##BACA SURAH-SURAH PILIHAN SEBANYAK 3 KALI ATAU LEBIH ( YAASIN,AL-MULK,WAQIAH DLL)
##SOLAT SUNAT(HAJAT,TAUBAT,TASBIH, WITIR DLL)
##IRON SEMUA BAJU YANG ADA
##KEMAS RUMAH 2x GANDA KEMAS
##DAN LAIN-LAIN KEBAIKAN

Manifestasi atau kesan hukuman ini adalah:
* Kita akan memperbaiki kesalahan kepada diri sendiri dan raa ditarbiah oleh diri sendiri untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.
* Rasa serik untuk buat salah lagi kepada diri sendiri.
* mendidik diri untuk tepati masa
* Mengajar diri untuk hormat masa privasi kita dengan Allah
* Satu cara mendekatkan diri kepada Allah.
* Mengajar diri takut dengan Allah.
* insya Allah, amalan-amalan ini akan menjadi kebiasaan kita walaupun  permulaannya seperti dipaksa. (lebih baik kita paksa diri sendiri untuk mendapat keikhlasan hakiki)
* Menyedarkan diri bahawa di mana sahaja kita berada, pasti ada peraturan untuk hidup.
* Mengajar diri untuk lebih prihatin,sentiasa kemas, ada visi dan misi hidup..

Amaran: Tips ini hanya akan berguna jika anda konsisten dengan apa yang anda lakukan...
Ayuh sama-sama bina diri... JANGAN MALAS-MALAS LAGI YE YUSRA... (^_^)
WALLAHU'ALAM



6.     

No comments:

Post a Comment