Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,baru-baru ni saya ada check bahagian senarai update blog.Paling banyak viewer yang saya perhati adalah tulisan berkenaan cara menghafal al-quran versi mudah, Saya lihat dalam banyak-banyak perkongsian ilmu yang di-update kan dalam blog ni , perkongsian cara menghafal al-quran mendapat sambutan pembaca paling ramai..
Alhamdulillah, dari sudut pandangan saya, YUSRA merasakan semakin ramai orang berminat kepada menghafal al-quran.. Ramainya dari golongan muda remaja,..
Bagus!!! semakin ramai yang ambil berat al-quran, semakin ramai nadi pejuang islam masa hadapan...
Alhamdulillah,feedback yang saya terima secara langsung mahu pun tidak langsung semuanya positif membantu..
Seronok!!
Itulah perasaan yang pertama lepas tahu feedback dari ramai orang,sekurang-kurangnya ilmu yang dikongsi mampu juga bagi manfaat..
Sekarang Yusra dah berada dalam semester 3 darul quran, muqarrar semester 3 ni sampai juz 17. Jadi ,sahabat-sahabat sekalian , doa-doa kalian amat diharapkan.Mudah-mudahan Allah membantu mempermudahkan hafalan dan ulangan hafalan saya...
Juga dalam usaha menerapkan dalam diri bahawa menghafal bukan untuk melepasi peperiksaan semata-mata, sebaliknya berusaha meraih redha dan CINTA Allah yang terutama....
Muslim yang baik dan bermanfaat adalah muslim yang menjadikan konsep "UMMATAN WASATAN" dalam hayat hidupnya.. iaitu berusaha di dunia untuk meraih alam akhirat yang kekal abadi.. muslim yang berusaha di dunia dengan nikmat yang Allah kurniakan dengan baik tapi TIDAK melepaskan akhirat..
Muslim yang seimbangkan keperluan dunia dan akhirat adalah muslim yang paling baik..
Itulah gunanya konsep ADIL dalam islam. Sebagai khalifah,tidak kira kepada masyarakat mahu pun diri sendiri,masing-masing tetap adalah khalifah,.. Syarat utama menjadi khalifah adalah wajib dan perlunya ADIL untuk diamalkan sebagai peraturan khalifah.. See?? Allah telah menggabungkan keperluan kehidupan "UMAT PERTENGAHAN" DENGAN "PEMIMPIN RABBANI" SECARA LENGKAP..
Tak perlu ada back up dari apa-apa atau dari siapa-siapa pun.. Allah yang bersifat dengan sifat kemustahilannya lebih berhak dan tahu segala-galanya yang hambaNYA tak tahu....
Wallahua'lam...
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
No comments:
Post a Comment