IsLAm AgAmA AnA

Thursday, June 13, 2013

***GELINYAA !!! CIK SITI PALING PEMALAS ***

Bismillahirrahmanirrahim......


antara sahabat-sahabat serumah saya...


Assalamualaikum...Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat sihat sehingga ke malam ini. jam sudah menunjukkan 11.10 malam menghampiri tengah malam... ^_^

Malam ini , ahli rumah 3-65 B masing-masing keseronokan dalam kepenatan . ini semua gara-gara tikus...angkara tikus la ni... baru tahu selama ni "cik siti" keja dok buat keja di bawah mesin basuh.. Alhamdulillah la mesin basuh tu masih dalam keadaan baik,.. alang-alang esok jumaat, jadi semua beroperasi dengan cik ti kita..

Dalam operasi mengemas dapur rumah kami, tikar-tikar habis dibuka, lantai diberus la, sebaab...bau cik tikus tu mengalahkan perfume yang ada..hehe... perasaan apabila melakukan aktiviti bersama "usrah" dengan keseronokan dan keikhlasan takkan membuatkan kita rasa menyusahkan dan ada rasa keterpaksaan dalam kerja kita.memang best.. masing-masing tahu apa yang hendak dan mesti dilakukan...faham apa itu keistimewaan sahabat.

Masing-masing tahu persisi apa itu "BAITI JANNATI" . Oleh kerana itu,kami saling menghormati dan sayang satu sama lain. tak perlu nak bersayang-sayang tak bersyariat dengan yang bukan mahram. kerana apa? kerana masing-masing memahami betapa indahnya hubungan apabila syariat didahulukan.

Mata Yang Memelihara apabila digabungkan bersama mereka, Cahaya Pembukaan, Puan Yang Berseri-Seri, Cahaya Suci, Agamaku Sempurna dan Cahaya Mata Air Syurga memang sempurna,sesempurna tali tasbih yang cukup bilangan tasbihnya. Tali tasbih yang tak cukup bilangannya,akan kelihatan cacatlah ia.

Hikmah yang dapat Yusra kongsikan bersama adalah:
   1. Melakukan aktiviti bersama dapat menghilangkan sengketa dan rasa marah di hati.
   2.Susah senang bersama,contohnya tidak hanya seorang yang melakukan tapi sama-sama.
   3.Memupuk kerajinan untuk menjaga dan mengemas rumah.
   4. Kekemasan dan kebersihan rumah lebih terjaga apabila masing-masing mengambil peranan dengan baik.
   5. Konsep usrah bukan hanya bulatan, sebaliknya lebih kepada perkongsian kekeluargaan secara harmoni dan damai, kadang-kadang usrah berlaku di luar kesedaran kita.
   6. Sama-sama dapat berkongsi rasa gembira , penat dan letih.
   7. Taqarrub ba'du ilallah...iaitu satu proses mendekatkan diri kepada ALLAH. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.
   8. Memupuk rasa bertanggungjawab dan kerjasama dalam setiap sahabat.
   9. Menambah keinginan untuk sering melakukan aktiviti bersama.


Insya ALLAH ,pertemuan dan perpisahan adalah daripada ALLAH. Selagi bernama manusia, akan ada perpisahan yang terjadi,jadi kita sebagai hamba perlu terima konsep redha.
Plus,USRAH tiak akan berjalan hanya dengan seorang individu. Usrah apabila lebih daripada 2 orang di dalamnya. Usrah adalah apabila masing-masing belajar sayang kerana Allah ,tidak hanya perkongsian ilmu,bahkan juga kehidupan seluruhnya. Islam ad-dinul syumul.

Untuk itu,terima kasih sebab kita sama-sama jaga rumah...hihihi
Cahaya Pembukaan , Puan Yang Berseri-Seri , Cahaya Suci , Agamaku Sempurna , Cahaya Mata Air Syurga , Kebaikan Cahaya Mata , Cahaya Cantik , Cahaya Kesaksian , Nadia Qayyimah , Siti Sofiyya ,  dan semua yang pernah bersama di 3-65B...

P/S:Kepada usrah kabir --- > rumah-rumah kat atas , bawah, kiri dan kanan. ehem2, maaf la yek kalau ada bising-bising sikit. Tragedi "cik ti" memang best kat usrah kathir ni haaa... apa -apa pun,kita semua sahabat seperjuangan.
INNA NAHNU NAZZALNAZZIKRO WA INNA LAHU LAHAFIZUUN... INSYA ALLAH SAYANG KALIAN KERANA ALLAH...

WALLAHUA'LAM

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)

Monday, June 10, 2013

***TIPS TAK NAK MALAS***

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum... senyum dulu laaa... (^_^)
Insya Allah entry kali ini tak berat pun.. Cuma nak kongsikan rahsia dan tips..hehe,nak tahu tips apa??
Jom baca...
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "ada dua nikmat yang kebanyakannya manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." (hadis riwayat Al-Bukhari)

Allah menciptakan segala sesuatu umumnya semuanya berpasangan, tak kira lah manusia, benda mahupun binatang atau pun sifat. BENAR??

Perkara yang saya utamakan di sini adalah sifat yang ada dalam diri manusia..Antara sifat yang ada dalam diri manusia adalah sifat RAJIN VS MALAS.
Dalam diri manusia mesti ada pro dan kontranya.. ada rajin,ada juga malas.. tapi takkan ada orang yang rajin memanjang jugak kan?! ^_^

Persoalannya yang saya nak timbulkan di sini adalah, kadang-kadang sebagai manusia biasa ada waktunya kita akan rasa malas yang teramat sangat.malas itu,malas ini,semua malas..rasa macam xnak buat apa-apa... kan? (^_^) 

OK...
Malas adalah sifat yang subjektif ,sesetengah orang tak pandang berat pun perihal malas ni..tapi sebenarnya banyak sangat tau keburukan malas ni...

antaranya...:
1.    BANYAK MENANGGUHKAN KERJA WALAUPUN TAK BERAT MANA SANGAT PUN KERJA YANG NAK DISIAPKAN TU...
2.   MASA TERABAI BEGITU SAHAJA TANPA AKTIVITI BERFAEDAH...
3.   MENAMBAH BANYAK SIFAT MAZMUMAH DALAM DIRI CTHNYA PENGOTOR, TAK KEMAS LAMBAT DAN SBGNYA...
4.   BANYAK MENGGUNAKAN ALASAN...
5.   TAK DISUKAI ORANG
6.   KALAU SEBAGAI ANAK,BANYAK MENYUSAHKAN IBU BAPA...
7.   SUSAH NAK BERI PERTOLONGAN SEWAKTU DIPERLUKAN.
8.   KERJA BANYAK TAK SIAP @SUBMIT LAMBAT.
9.   SUSAH NAK BERJAYA.


Berbalik kepada hadis di atas.. Hadis tersebut adalah hadis yang tersurat dan zahirnya memang mampu dapat dofahami oleh semua orang,, Jadi,tak ada alasan di sini untuk kita terus hidup dalam tempurung malas...

See??
Teruknya orang yang malas kan? Yusra pun selalu malas jugak..haaa, ni lah sebenarnya..sebenarnya nak kongsi tips TAK NAK MALAS utk kwn2 especially for me...
Tips ni biasa ja tapi banyak kebaikan,insya ALLAH.... insya ALLAH kalau kita istiqamah dengan tips ini, pahala Allah pun berganda dapat...
Kalau satu masa nanti,kita rasa malas sangat-sangat nak siapkan kerja apa-apa pun,paksakan diri anda dengan mengikut tips ini...

**Sekali kita melakukan kesalahan atau kemalasan kepada diri sendiri,hukum diri dengan menambah pahala. Barulah Sweet namanya...Contohnya , kita ada "ter"solat lambat,bangun subuh lambat, tidur semula selepas subuh, tak baca quran,tak bangun tahajud,tak tolong mak kemas rumah , dan lain-lain kesalahan yang kita lakukan kepada diri sendiri dan orang lain... ( anda sahaja yang tahu kesalahan apa telah anda lakukan...)

Antara hukuman yang mesti dilakukan.( BUKAN BUAT SEMUA TAPII PILIH SALAH SATU JAA...)

##ISTIGHFAR 30x ATAU LEBIH 
##TAHMID 30x ATAU LEBIH
##TAKBIR 30x ATAU LEBIH
##BACA SURAH-SURAH PILIHAN SEBANYAK 3 KALI ATAU LEBIH ( YAASIN,AL-MULK,WAQIAH DLL)
##SOLAT SUNAT(HAJAT,TAUBAT,TASBIH, WITIR DLL)
##IRON SEMUA BAJU YANG ADA
##KEMAS RUMAH 2x GANDA KEMAS
##DAN LAIN-LAIN KEBAIKAN

Manifestasi atau kesan hukuman ini adalah:
* Kita akan memperbaiki kesalahan kepada diri sendiri dan raa ditarbiah oleh diri sendiri untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.
* Rasa serik untuk buat salah lagi kepada diri sendiri.
* mendidik diri untuk tepati masa
* Mengajar diri untuk hormat masa privasi kita dengan Allah
* Satu cara mendekatkan diri kepada Allah.
* Mengajar diri takut dengan Allah.
* insya Allah, amalan-amalan ini akan menjadi kebiasaan kita walaupun  permulaannya seperti dipaksa. (lebih baik kita paksa diri sendiri untuk mendapat keikhlasan hakiki)
* Menyedarkan diri bahawa di mana sahaja kita berada, pasti ada peraturan untuk hidup.
* Mengajar diri untuk lebih prihatin,sentiasa kemas, ada visi dan misi hidup..

Amaran: Tips ini hanya akan berguna jika anda konsisten dengan apa yang anda lakukan...
Ayuh sama-sama bina diri... JANGAN MALAS-MALAS LAGI YE YUSRA... (^_^)
WALLAHU'ALAM



6.     

Sunday, June 9, 2013

**JANGAN SANGKA PEMUDA ISLAM TAK PRIHATIN**

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,baru-baru ni saya ada check bahagian senarai update blog.Paling banyak viewer yang saya perhati adalah tulisan berkenaan cara menghafal al-quran versi mudah, Saya lihat dalam banyak-banyak perkongsian ilmu yang di-update kan dalam blog ni , perkongsian cara menghafal al-quran mendapat sambutan pembaca paling ramai..
Alhamdulillah, dari sudut pandangan saya, YUSRA merasakan semakin ramai orang berminat kepada menghafal al-quran.. Ramainya dari golongan muda remaja,..

Bagus!!! semakin ramai yang ambil berat al-quran, semakin ramai nadi pejuang islam masa hadapan...

Alhamdulillah,feedback yang saya terima secara langsung mahu pun tidak langsung semuanya positif membantu..

Seronok!!
Itulah perasaan yang pertama lepas tahu feedback dari ramai orang,sekurang-kurangnya ilmu yang dikongsi mampu juga bagi manfaat..

Sekarang Yusra dah berada dalam semester 3 darul quran, muqarrar semester 3 ni sampai juz 17.  Jadi ,sahabat-sahabat sekalian , doa-doa kalian amat diharapkan.Mudah-mudahan Allah membantu mempermudahkan hafalan dan ulangan hafalan saya...

Juga dalam usaha menerapkan dalam diri bahawa menghafal bukan untuk melepasi peperiksaan semata-mata, sebaliknya berusaha meraih redha dan CINTA Allah yang terutama....

Muslim yang baik dan bermanfaat adalah muslim yang menjadikan konsep "UMMATAN WASATAN" dalam hayat hidupnya.. iaitu berusaha di dunia untuk meraih alam akhirat yang kekal abadi.. muslim yang berusaha di dunia dengan nikmat yang Allah kurniakan dengan baik tapi TIDAK melepaskan akhirat..
Muslim yang seimbangkan keperluan dunia dan akhirat adalah muslim yang paling baik..

Itulah gunanya konsep ADIL dalam islam. Sebagai khalifah,tidak kira kepada masyarakat mahu pun diri sendiri,masing-masing tetap adalah khalifah,.. Syarat utama menjadi khalifah adalah wajib dan perlunya ADIL untuk diamalkan sebagai peraturan khalifah.. See?? Allah telah menggabungkan keperluan kehidupan "UMAT PERTENGAHAN" DENGAN "PEMIMPIN RABBANI" SECARA LENGKAP..

Tak perlu ada back up dari apa-apa atau dari siapa-siapa pun.. Allah yang bersifat dengan sifat kemustahilannya lebih berhak dan tahu segala-galanya yang hambaNYA tak tahu....

Wallahua'lam...

STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)



Friday, June 7, 2013

*** MAAF DAN MEMAAFKAN...SUSAHKAN???!***

Bismillahirrahmanirrahim...

"Bila kau letih + hilang semangat , Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya. Bila tugasan berpanjangan  + hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan + masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu. Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian. Turn to ALLAH, He's never far away...Put ur trust in HIM, raise ur hand and pray...He'll hear you... ( Ainushafiah Abbas) 
.........................................................................................................................................................
((p/s: maafkan saya ya sahabat, saya tahu salah saya dan saya harap awak maafkan saya. saya takkan ulangi lagi kesalahan saya.  ))
..........................................................................................................................................................

Pernah tak kita minta maaf macam tu kepada kawan kita?? kepada ibu bapa kita?? kepada ahli keluarga kita yang lain?? kepada guru?? atau kepada individu islam mahupun individu bukan islam yang lain??
Kalau belum,silakan sahabat-sahabat..
Allah adalah MAHA PELEMBUT DAN MELEMBUTKAN, kita sebagai abduh perlu mendidik diri menjadi hamba MAHA MELEMBUTKAN  yang baik.

Sebuah perhubungan tidak akan tenang tanpa disulami kata "MAAF"!!!
Ada dua keadaan MAAF...
   1.  Orang yang meminta maaf
   2. orang yang memaafkan

Sama ada orang yang meminta maaf atau orang yang memaafkan , kedua-duanya mempunyai 3 ekspresi yang sama tapi berbeza unsur.
   1. Fizikal
   2. Rohani
   3. Emosi

Setiap manusia mempunyai 3ekspresi fizikal , rohani dan emosi,ketiga-tiganya sama. Apa yang dibezakan adalah tindakan kepada fizikal, rohani dan emosi tersebut. Sesuatu tindakan yang terhasil daripada fizikal ,rohani dan emosi kita adalah lambang dalaman diri kita.

Emosi yang gembira, senang hati,bahagia dan suka akan mencipta suatu perasaan dan tindakan yang harmoni,positif dan aktif untuk diri. Bukan hanya itu, kajian menunjukkan sel-sel gembira yang yang kita rasai dan tampilkan dari dalam diri kita turut akan menarik dan memberi kesan yang yang aktif dan positif kepada orang di sekeliling kita. (^_^)

Sebaliknya, emosi yang stress,sedih, dendam dan marah akan menghasilkan rangsangan yang negatif , lemah dan berpenyakit. Emosi yang lemah berpanjangan akan menarik orang di sekeliling kita turut lemah dan negatif .. Kajian telah telah dibuktikan dan dibandingkan dalam mencari perbezaan kandungan asid yang terdapat antara orang yang sedang marah dan orang yang sedang tenang. 

Hasil kajian membuktikan, kandungan asid dalam badan orang yang sedang marah adalah sangat tinggi dan tidak sesuai untuk individu terus dalam keadaan asid sebegitu. Hal ini akan mempercepatkan faktor individu mengalami serangan penyakit berbahaya. (*_*)

Jadi,ayuh bina diri semula...

JANGAN BIARKAN MATAHARI MENDAHULUI MENEMBUSI TABIR TIRAI RUMAH KAMU,TAPI KAMULAH SEHARUSNYA BANGUN DAN BUKA SELUAS-LUASNYA TIRAI RUMAH KAMU YANG MASIH TERTUTUP..IZINKAN CAHAYA MATAHARI MENAPAK DALAM RUMAH KAMU DENGAN KERELAAN KAMU SENDIRI,BUKAN DENGAN PAKSAAN..




Meminta maaf mungkin susah, tapi kalau itu yang boleh membuatkan hatimu lega + senang, why not?? akan? apa salahnya kita hulurkan tangan dan pohon kemaafan. Kalau nak difikirkan ego yang ada, rasanya confirm semua perhubungan takkan tenang dan sentiasa berhadapan dengan masalah. Sebab apa?? Sebab masing-masing keras dengan ego yang ada ..

Berhati-hati dengan ego sendiri!! EGO akan memakan diri sendiri sampai suatu saat nanti..
Bahkan ego adalah satu penyakit berbisa yang ada dalam diri setiap manusia, tapi harus dikawal sebaiknya...

Memberi maaf juga mungkin susah atas kesalahan yang dilakukan oleh individu terhadap kita, tapi tetap tidak mustahil. Kadang-kadang walaupun seseorang sudah menzahirkan kata maaf , tapi hatinya masih lambat melunasi maaf tersebut.
Wahai diri sendiri dan sahabat sekalian, gunalah konsep AR-RAHMAN DAN AR-RAHIM ALLAH, Allah sentiasa menerima taubat hambaNYA, Rasulullah sendiri berhadapan dengan kezaliman yang kita tak tahu betapa besar dirasai dan dihadapi baginda dalam menjalankan tugas dakwahnya. Dicaci,dihina,dikeji, fizikal baginda disakiti tanpa belas kasihan , tapi maaf masih dimulut,di percakapan dan perbuatan baginda. Sifat kelembutan yang ada pada Rasulullah juga adalah disebabkan AR-RAHMAN DAN AR-RAHIM ALLAH.

YA??? (^_^)
Banyak cakap sangat la pulak kan??
 Ada sesuatu terjadi di sekeliling Yusra . Jadi sebagai muslimah yang rasakan "MAAF" adalah senjata utama dan aset sesuatu perhubungan yang selesa dan positif , jadi saya rasa amat penting dan perlu untuk tajuk ini dibuka semula .. (^_^)

Hidup kita tak selalunya di atas.Kadang kita perlu berada di bawah untuk tahu apa nilai hidup yang ada di bawah tersebut, supaya bila kita kembali berada di atas, kita tahu apa yang perlu dilakukan andai kejadian yang sama dilalui...

PENGALAMAN MEMATANGKAN!!BENAR?? (^_^)

 ***Apa2 sila sampaikan di ruangan komen saya,***

 STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
                                               


Monday, June 3, 2013

***FUHH!!! TUGAS BERAAAT***


Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum semua...


hihihi,rindu plak nak update blog banyak-banyak.... 
Baru minggu lepas dapat tawaran untuk jadi fasilitator kem..objektif utama adalah tentang perwarisan iaitu mawarith... Fuhh,memang agak mencabar minda dan otak..seronok tapi menakutkan pun ada jugak..ye lah,bab ni kalau silap kira sikit,dah terambil hak orang..

At first memang pikir banyak kali sebelum nak terima, bukan apa, sebab bab fiqh mawarith tu belajar setahun yang lepas.So, kalau nak ingat semua tu wallahua'lam la kan..tak yakin..


Tapi,pikir punya pikir,finally Yusra terima jugak la.. Kalau ikutkan hati yang mesti ada sikit terselit negatif ni,memang confirm tak nak ikut kem tu.Tapi bila difikirkan secara logik akal,bagusla kem ni.. Ia bukan semata-mata nak kongsi ilmu dengan orang tauu..,yang untungnya boleh refresh balik otak Yusra tentang bab mawarith ni..

Takut tu memang laaa tapi siapa lagi nak cabar diri kita selain daripada diri sendiri, kan??  (^_^)
Tak perlu nak cabar orang lain kalau dengan diri sendiri pun masih takut untuk mencuba... kan?? (^_^)
apa? takut memalukan diri sendiri?? takut terkial-kial sorang xleh jawab??
ALLAH... nama pun manusia,kalau nak sempurna dan lengkap tu memang tak lah..
Itulah gunanya ada hitam dan putih, kiri dan kanan, depan dan belakang!!!
Semua perkara yang Allah ciptakan ada pro dan kontranya...

Insya ALLAH,semua yang Allah takdirkan berlaku atas diri hambaNYA punyai 1001 sebab. Manusia takde hak nak mempertikaikan hak Allah atas kehendak takdirnya..apa yang kita boleh dan mesti lakukan adalah lalui takdir yang Allah beri dengan bersungguh-sungguh,bukan dengan terus pasrah tak bertempat..

ok?? senyuuumm.. (^_^) (^_^)
syukran semua..

humm,,.20 /16 /2013 ni kem tu,dan sasaran pelajar adalah daripada kalangan pelajar STAM dan SMRA...
Fuhh,harap-harap Allah mudahkan segala urusan..
RABBI YASSIR WA LA TUASSIR , RABBI TAMMIL MIRQOID...

Segala kelancaran urusan adalah daripada Allah ,kan?... ^_^

lagi pun ni lah peluang Yusra kan, baru sedar kadang-kadang kita ni belajar untuk periksa ja tanpa kita tau akhirat Allah lagi luas..konsep wasatiah wajib ada dalam kehidupan mukmin..
bercakap tak sama dengan praktikal kan?? jadi,jom gerak sekarang!!!

So, apakah tugas saya sekarang?? 
haaa,mestilah kena mentelaah buku-buku yang ada tu semula...kena berguru semula.. dan kena jadi kawan baik kalkulator semula.. heee


ok, Selamat ...selamat...selamat... doakan saya ya.. ^_^

p/s: kata-kata semangat daripada bonda tersayang...---> tunjukkan apa yang anda ada,anda mampu..mak yakin.mak doakan selalu..


***HOT!!! PETUA ANAK JADI KACAK DAN COMEL***

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua... lama tak jenguk blog ye!!!



Rasa macam tak bagi apa-apa manfaat pon kat semua orang..  :'( , tapi takpalah.. kan Rasulullah S.A.W. KATA: SAMPAIKANLAH ILMU YANG KAMU ADA WALAUPUN SEDIKIT.

INSYA ALLAH, bak kata pepatah melayu,sedikit-sedikit tu lama-lama akan menjadi bukit dan hopefully bukit tu boleh berubah jadi gunung ... aminn...
Tapi walau sebnayak mana pun ilmu yang dikongsi,Allah dah kata dalam al-qurannya..Hambanya hanya memperoleh ilmu Allah hanya setitik air di lautan.. tapi rasanya setitik pun tak sampai nihh..

okeyyy... senyum dulu semua.... (^_^)  (^_^)  (^_^)  .. senyum banyak-banyak,baru lah orang sayang, Allah dan nabi muhammad lagii lah sayang sapa yang suka senyum... untunglaaaa!!! hihihi

dalam hadis Rasulullah S.A.W. : IBTASIM ! IBTASIMU BISSODAQOH...
yang mana mafhumnya adalah : SENYUMLAH ! SENYUM ITU ADALAH SEDEKAH..
Jadi,harap-harap Allah menilai senyuman kita sebagai pahala dan malaikat menilai senyuman kita sebagai satu kebaikan..

Ehh...Ehh... tujuan sebenarnya bukan nak bercerita pasal senyuman, tapii nak kongsi satu ilmu je..satu ja... tak banyak.. tapi satu ilmu pun ada cerita di sebaliknya..
nak tahu?? nak tahu bacalah!! ^_^

Baru-baru ni, Yusra dan sahabat-sahabat Yusra pergi tolong-tolong kat majlis kenduri abang kak senior yang keempat kahwin.. biasalah adat nak kenduri,tolong balut-balut cenderahati yang nak bagi kat orang ramai, tolong potong-memotong segala yang perlu dipotong..tapi tak la tolong banyak sangat pun..

Alhamdulillah,stay kat rumah kak senior tu tak rasa mcam stay ngan orang yang baru kenal sebab semua ramah-ramah, tak kira la muda ke tua.. memang happening..hihihi

Alhamdulillah jugak,sebab kat situ jumpak ramai sangat orang yang hebat-hebat.. dalam masa yang sama kenduri abang kak senior ni, kak ipar kak senior yang ketiga ni dah lahirkan baby..baby lelaki,comel sangat. so,kalau datang kenduri pun 2 in 1 la jadinya ..tengok pengantin dan tengok baby.. hihi

OK, teruskan cerita..dah nak sampai klimaks dah pun.. Majlis kenduri dah hampir selesai,so masing-masing pun naik atas rumah la,bersihkan diri dan berehar sebentar..

dah siap semua,Yusra dan sahabat-sahabat duduk la kejap kat baby AHMAD MIQDAD  ni..hehe,masa untuk membuli dia la plak dah penat-penat layan orang datang kenduri kan..
Ahmad Miqdad memang baik,tak nangis langsung..hihi..

Sambil-sambil tengok Ahmad Miqdad ni,menyembang la dengan kak ipar kak senior ni..nama kak ipar dia kak wahida tapi kami semua panggil dia kak ida je..lebih mesra kan?! ... ^_^

So,dia ada kongsikan satu ilmu yang Yusra rasa Yusra kena simpankan dalam blog ni..Sebab nati kalau lupa ke boleh search balik kan..orang lain pon dapat jugak manfaatnya kalau sapa-sapa terbukak atau memang wish nak baca...

Ni petua untuk ibu dan ayah yang baru dapat anak,tak kira la yang sulung ka,kedua ka,and so on.. 
mana-mana anak pun boleh kalau niat untuk semua anak sama...

INSYA ALLAH....

PETUA NAK BAGI ANAK MUDAH MENGHAFAL QURAN DAN MUDAH MENGINGATI ALQURAN SERTA SUSAH LUPAKAN QURAN SEJAK KECIL...

Satu ja petuanya iaitu: 

LEPAS JA ANAK LAHIR,CUKUR RAMBUTNYA 44 KALI.. MEANS, LEPAS DAH CUKUR,MASA RAMBUT TUMBUH CUKUR LAGI,CUKUR AND CUKUR LAGI SAMPAI 44 KALI..
-MASA CUKUR TU NIATKAN LAH KAT ALLAH MHA PENGUASA NAK BAGI ANAK MUDAH MENGHAFAL...

~ ~ Sebelum tu nak bagi tau,petua ni bukan dari mana-mana hadis atau pun ayat quran..Tapi ia tetap petua yang baik... 

INSYA ALLAH ,HARAPNYA BERMANFAAT UNTUK SEMUA, KEPADA IBU-IBU YANG DAH DAPAT ANAK,YANG BAKAL MELAHIRKAN ANAK DAN YANG BAKAL BERKAHWIN..

BERKAHWIN ADALAH SUNNAH RASULULLAH, DAN YANG PALING TERPENTINGNYA ADALAH PENYAMBUNG ZURIAT ISLAM,MAKA UNTUK MEMBINA TAMADUN ISLAM YANG LEBIH TINGGI, ZURIAT KITA PERLU ADA NILAIAN AKHLAK DAN AQIDAH YANG TINGGI...

haaaa,inilah baru namanya anak yang comel dan kacak.... zuriat yang beragama adalah sebaik-baik zuriat.. ^_^