Assalamualaikum STARHEARTYUSRA..
Assalamualaikum kalian....
Sekian lama mendiamkan diri dari halaman ini, membiarkan ia bersawang... sedangkan sudah menjadi taklif diri demi "sebuah blog"...
Selama mendiamkan diri,Yusra tidaklah membiarkan tanpa bersebab.Sudah tentu semuanya bersebab..heeee,last update pun 24 Julai 2013..hmmm,memang agak lama.. Sebenarnya Yusra sangat sibuk dengan komitmen sebagai pelajar, dengan peperiksaan semester yang baru sahaja selesai dan kini telah pun memulakan semester baru iaitu semester 4,hehe...dan nampaknya semakin sibuk sebab perlu membahagikan masa antara belajar,menghafal dan persatuan terutama apabila terpilih menjadi Majlis Perwakilan Pelajar...
Alhamdulillah,baru-baru ini, sebahagian pensyarah telah pun bermusyawarah dan sepakat untuk menjayakan dan menerbitkan sebuah majalah bulanan kolej yang dinamakan sebagai "DURRAH KITAB" .. Dan Yusra terpilih sebagai salah seorang krew penulis.. seronok tau,hehehe.sebab saya memang suka menulis, cuma sekarang perlu lebih usaha untuk asah bakat untuk menjadi penulis yang mampu menarik ramai orang dengan tulisannya yang bermanfaat dan memberi peringatan... doakan ea... ^_^
Selalunya setiap 2 atau 3 minggu,Yusra berpeluang pulang ke rumah, tetapi untuk beberapa bulan yang lepas Yusra sangatlah sibuk dan hanya pulang ke rumah 5 atau 6 minggu sekali... Sedih tau,tapi demi taklifan yang digalas,Yusra redha jee.hehe... bila kita redha,tenang dan ikhlaskan diri,segala perkara yang berlaku sama ada sedih atau pun gembira,kita akan mampu tangani dengan baik dan mudah.
Ada seorang sahabat Yusra mengingatkan Yusra, andai kesedihan dan masalah yang kita hadapi itu teruk mana pun, jangan pernah lupa untuk senyum..kerana senyum itu,walaupun tidak ikhlas tetapi mampu memberi kekuatan kepada kita dan orang sekeliling yang melihat kita... soooooooooo, SENYUM!! SENYUM!! DAN SENYUM!!!... ^_^ ^_^ ^_^ , haaaa...kan comel senyum...
Dan yang paling penting,ingat!!!kita ada ramai orang yang sayangkan kita.. Masalah wajib hadir dalam setiap kehidupan kita, tetapi masalah datang dan pergi..Tidak ada masalah yang kekal.. Masalah datang memberi kita peluang dan ruang untuk kita hadapi dan selesaikan.. YA!! masalah itu adalah kelebihan yang berganda kepada kita.. Sebab apa?? Sebab tidak semua orang akan menghadapi masalah yang sama.Lain orang ,lain masalah dan musibah.. Yakin dan sematkan pada diri,"AKU DIBERI MASALAH INI,SEBAB ALLAH TAHU AKU MAMPU SELESAIKAN DENGAN BAIK"....
SWEET PERSON WILL SOLVE THEIR PROBLEM WITH SWEET SOLUTIONS...HEHEHE....
STARHEARTYUSRA (S.H.Y)
LET US TAKE THE GUIDANCE OF ALLAH AND RASULULLAH..(^_^) SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH.. SABDA RASULULLAH S.A.W. YANG BERMAKSUD : "SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG PALING BANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN ."
Saturday, November 23, 2013
SWEET PERSON SOLVE SWEET PROBLEM WITH SWEET SOLUTION
Labels:
tarbiah
Saturday, July 6, 2013
***BERHENTI TANYA KENAPA AKU GAGAL???***
----> -----> -----> ---->
Fitrah manusia tu menangis di waktu suka dan sedih...
Menangis untuk melapangkan dada daripada masalah...
Sedangkan langit yang gah pun menangis kalau tak mampu lagi nak tanggung beban. apatah lagi manusia yang lemah ni...
Selaku orang yang beriman, Allah telah merahmati kita dengan tangisan,
Kerana tangisan orang BERIMAN ada TAWADHU'NYA kepada ALLAH...
Ada KEINSAFAN ketika BERTAUBAT...
Ada RENDAH DIRI selaku seorang HAMBA...
Ada MUHASABAH terhadap KESILAPAN LAMPAU...
Ada SYUKUR dengan PELUANG KEDUA...
Ada KEAZAMAN merebut CITA-CITA...
Justeru, orang yang beriman menangis, tapi takkan sesekali mengeluh. Sebab apa??
Sebab selepas hujan,mendung berlalu... Hari yang indah pasti akan tiba... seharusnya kita YAKIN...
Bersangka baiklah dengan Allah sebab perancangan Allah itu lebih sempurna , ada HIKMAHNYA yang kita tak tahu...
Dan... Jangan putus harapan pada Allah, sebaliknya letakkan harapan yang paling tinggi pada ALLAH...
Kalau kita jatuh sekali pun, ALLAH ada sebagai penyambut kita..
Jadi tak payah dan tak perlu takut untuk bercita-cita tinggi...
Apa-apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu cuma kenikmatan dunia sahaja. Sedangkan apa yang ada di sisi ALLAH itu lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan bertawakkal...
(((SAHIBI ADIL))) (^_^)
CHEER UP !!! (^_^) (^___^)
P/S : Yusra ambil kata-kata nasihat dan semangat ni daripada seorang hamba ALLAH yang baik dan soleh. Nasihatnya simple sesimple orangnya tapi harap sahabat - sahabat yang baca, dapat ambil kata-kata semangat ni sebagai kekuatan untuk terus melangkah...Semoga kata-katanya ini, dapat dinilai dan dihisab sebagai SAHAM AKHIRATNYA...
dan INGAT!!Dalam kita mencari kejayaan,kegagalan pasti ada...di mana-mana pun!!!
Jika ada pro...pasti ada kontranya.
TANYALAH!!! Sehebat mana pun insan, PASTI disebalik masa silamnya tetap ada kegagalan,keperitan...
Itulah namanya fitrah kehidupan manusia..
Itu maknanya Allah nak hambaNYA tingkatkan usaha,gandakan prestasi, lazimkan doa padaNYA..
Jadi tak perlu takut untuk melangkah...
WALLAHUA'LAM
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
Labels:
tarbiah
Location:
Merbok, Kedah, Malaysia
***SEKITAR HARI KONVOKESYEN***
Past wednesday, 3rd of July 2013 , my college organized 5th convocation to the graduated student... it was held at Bayview Hotel in Penang ..
Alhamdulillah,praise to Allah for giving me the chance to join handle the convo.
Alhamdulillah too, because it teach me how to great people more polite, more kind and more genial..
teach me to be more brave in sociality work... somehow i feel it was very grand feeling..
I thought you may want to see some of the photos of convo. Here i share with you... :)
i took it from my friend.. I hope the next 6th convo, i shall stand on that stage and hold the certificate..
kak Aslah Nur Ain -diploma tahfiz syariah-
graduan diploma tahfiz
dari kiri: Raffendy, kak Aslah, Kak Nadia, Ustazah Mawaddah, Kak Najah, Kak Usti, Mazlan.
Barakkallahu fiikum
Rektor bersama graduan dan pensyarah
Banat tahfiz yang setia bersama.. :)
dari kiri atas: Ustazah Mawaddah, Awatif 'Iffah, Kak Madihah, Kak Farieha
dari kiri bawah: Nadhirah, Kak Haziah , Kak Aslah(graduan kitee) :)
Para tetamu yang hadir..
Haliena dan Kak Najah..
All the best.. :)
antara AJK konvo seperjuangan...
dari kiri : Shahirah, Wahida, Kak Munirah, Kak Adnin, dan Asyira. :)
good job,well done!!
tetamu-tetamu...^_^
Ucapan dari yang amat berhormat sebelum menyampaikan sijil konvo.
ucapan dari yang amat berhormat...
Ustazah bersama anak murid.
dari kiri: kak aslah, kak nadia, kak mawaddah(ustazah), kak najah, kak usti..
selamat menempuh tangga kehidupan seterusnya.
ni pon sahabat seperjuangan tahfiz yang saling membantu.
kak shahira, kak hidayah, kak farieha, kak haziah.
ni kak Aslah dengan ustazah kitorang, ustazah Khadijah.. bersama suaminya yang jugak ustaz kami, ustaz nasrul fata .... ^_^
bahagian pendaftaran, sebelum majlis bermula...
sahabat banin : AJK konvo bersama ustaz yazid.
Banin bersama ustaz Yazid(yg pakai baju purple) ...
p/s : Insya Allah,kami-kami yang membantu majlis konvokesyen dan sahabat-sahabat kitab yang lain akan menyusul konvokesyen yang seterusnya.. aminn. (^_^)
BERSAMA MEMARTABAT AL-QURAN..
Labels:
C.I.N.T.A.
Location:
Merbok, Kedah, Malaysia
*** MADRASAH RAMADHAN ***
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, sebentar tadi selepas maghrib bersama bonda dan adik-adik menghadiri kuliah maghrib di Bujang, Merbok.. Penceramahnya adalah Syed Abdul Kadir Al-Joofre dan segala puji bagi Allah,kuliahnya best.. seronok. Tajuknya apa yang sepetutnya kita lakukan sebelum tibanya Ramadhan..
Walaupun terlambat sikit ke kuliah tadi , tapi sekurang-kurangnya ilmu yang disampaikan masih melekat dalam minda dan rohani..
Apa yang ustaz Syed Kadir cakap memang benar. Dah jadi budaya bagi masyarakat Malaysia sekarang lebih memntingkan dan sibuk bab nak raya... padahal apa yang utama kita akan lalui adalah puasa. puasa selama 30 hari pada bulan ramadhan yang menjadi kewajipan setiap yang bergelar muslim, bukannya raya yang hanya pada 1 Syawal.. ya!! Raya kita hanya pada 1 Syawal..
Tidak untuk 2 Syawal,3 Syawal dan seterusnya..
Budaya masyarakat Malaysia suka set jamuan lepas raya,sedangkan pada bulan ramadhan lah masa yang paling afdhal untuk set jamuan, masa paling sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama orang ramai,sebab apa?? sebab pahalanya berganda-ganda lebih dari majlis selepas raya...
Bulan Ramadhan adalah bulan umat,jadi dengan adanya satu bulan inilah masanya untuk seluruh umat islam di dunia berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan,bukan berlumba-lumba membuat open house raya.. Fastabiqul khairat..
Sepatutnya ,untuk meraikan Ramadhan yang penuh mulia ini , secara saintifiknya perlu ada senarai check-list. Contohnya "apa yang perlu aku lakukan dalam ramadhan ini"... seperti wajibkan menderma rm1 setiap hari, solat tahajud sebelum sahur, sehari satu juzu' al-quran dan sebagainya.. semua ini boleh dilakukan secara konsisten jika ada inisiatif yang tinggi.
Apa yang ada dalam bulan ramadhan itu lebih penting daripada tibanya syawal .
Seperti kata ustaz Yusra sewaktu perjumpaan bulanan tahfiz, malam lailatul qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Cuba bayangkan jika seribu bulan dibahagikan kepada 12 bulan??
Untuk dapat pahala seribu bulan ,kita memerlukan sekurang-kurangnya 83 tahun. Itu pun masih belum ditolak dosa -dosa kita..
Jadi , amatlah rugi bagi setiap muslim yang tak beramal dengan sebaik-baik amalan sewaktu ramadhan nanti.. Yusra tak bermaksud hanya bulan ramadhan sahaja perlu berusaha dengan sebaik-sebaik amalan, bulan lain juga harus seperti itu.. tapi apabila ia diasbabkan kepada kemuliaan RAMADHAN itu sendiri, maka wajarlah kita sebagai umat islam sama-sama mempertingkatkan usaha memuliakan ramadhan...

Thursday, June 13, 2013
***GELINYAA !!! CIK SITI PALING PEMALAS ***
Bismillahirrahmanirrahim......
antara sahabat-sahabat serumah saya...
Assalamualaikum...Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat sihat sehingga ke malam ini. jam sudah menunjukkan 11.10 malam menghampiri tengah malam... ^_^
Malam ini , ahli rumah 3-65 B masing-masing keseronokan dalam kepenatan . ini semua gara-gara tikus...angkara tikus la ni... baru tahu selama ni "cik siti" keja dok buat keja di bawah mesin basuh.. Alhamdulillah la mesin basuh tu masih dalam keadaan baik,.. alang-alang esok jumaat, jadi semua beroperasi dengan cik ti kita..
Dalam operasi mengemas dapur rumah kami, tikar-tikar habis dibuka, lantai diberus la, sebaab...bau cik tikus tu mengalahkan perfume yang ada..hehe... perasaan apabila melakukan aktiviti bersama "usrah" dengan keseronokan dan keikhlasan takkan membuatkan kita rasa menyusahkan dan ada rasa keterpaksaan dalam kerja kita.memang best.. masing-masing tahu apa yang hendak dan mesti dilakukan...faham apa itu keistimewaan sahabat.
Masing-masing tahu persisi apa itu "BAITI JANNATI" . Oleh kerana itu,kami saling menghormati dan sayang satu sama lain. tak perlu nak bersayang-sayang tak bersyariat dengan yang bukan mahram. kerana apa? kerana masing-masing memahami betapa indahnya hubungan apabila syariat didahulukan.
Mata Yang Memelihara apabila digabungkan bersama mereka, Cahaya Pembukaan, Puan Yang Berseri-Seri, Cahaya Suci, Agamaku Sempurna dan Cahaya Mata Air Syurga memang sempurna,sesempurna tali tasbih yang cukup bilangan tasbihnya. Tali tasbih yang tak cukup bilangannya,akan kelihatan cacatlah ia.
Hikmah yang dapat Yusra kongsikan bersama adalah:
1. Melakukan aktiviti bersama dapat menghilangkan sengketa dan rasa marah di hati.
2.Susah senang bersama,contohnya tidak hanya seorang yang melakukan tapi sama-sama.
3.Memupuk kerajinan untuk menjaga dan mengemas rumah.
4. Kekemasan dan kebersihan rumah lebih terjaga apabila masing-masing mengambil peranan dengan baik.
5. Konsep usrah bukan hanya bulatan, sebaliknya lebih kepada perkongsian kekeluargaan secara harmoni dan damai, kadang-kadang usrah berlaku di luar kesedaran kita.
6. Sama-sama dapat berkongsi rasa gembira , penat dan letih.
7. Taqarrub ba'du ilallah...iaitu satu proses mendekatkan diri kepada ALLAH. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.
8. Memupuk rasa bertanggungjawab dan kerjasama dalam setiap sahabat.
9. Menambah keinginan untuk sering melakukan aktiviti bersama.
Insya ALLAH ,pertemuan dan perpisahan adalah daripada ALLAH. Selagi bernama manusia, akan ada perpisahan yang terjadi,jadi kita sebagai hamba perlu terima konsep redha.
Plus,USRAH tiak akan berjalan hanya dengan seorang individu. Usrah apabila lebih daripada 2 orang di dalamnya. Usrah adalah apabila masing-masing belajar sayang kerana Allah ,tidak hanya perkongsian ilmu,bahkan juga kehidupan seluruhnya. Islam ad-dinul syumul.
Untuk itu,terima kasih sebab kita sama-sama jaga rumah...hihihi
Cahaya Pembukaan , Puan Yang Berseri-Seri , Cahaya Suci , Agamaku Sempurna , Cahaya Mata Air Syurga , Kebaikan Cahaya Mata , Cahaya Cantik , Cahaya Kesaksian , Nadia Qayyimah , Siti Sofiyya , dan semua yang pernah bersama di 3-65B...
P/S:Kepada usrah kabir --- > rumah-rumah kat atas , bawah, kiri dan kanan. ehem2, maaf la yek kalau ada bising-bising sikit. Tragedi "cik ti" memang best kat usrah kathir ni haaa... apa -apa pun,kita semua sahabat seperjuangan.
INNA NAHNU NAZZALNAZZIKRO WA INNA LAHU LAHAFIZUUN... INSYA ALLAH SAYANG KALIAN KERANA ALLAH...
WALLAHUA'LAM
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
Labels:
Diari Yusra(s.h.y.)
Location:
Penang, Malaysia
Monday, June 10, 2013
***TIPS TAK NAK MALAS***
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum... senyum dulu laaa... (^_^)
Insya Allah entry kali ini tak berat pun.. Cuma nak kongsikan rahsia dan tips..hehe,nak tahu tips apa??
Jom baca...
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "ada dua nikmat yang kebanyakannya manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." (hadis riwayat Al-Bukhari)
Allah menciptakan segala sesuatu umumnya semuanya berpasangan, tak kira lah manusia, benda mahupun binatang atau pun sifat. BENAR??
Perkara yang saya utamakan di sini adalah sifat yang ada dalam diri manusia..Antara sifat yang ada dalam diri manusia adalah sifat RAJIN VS MALAS.
Dalam diri manusia mesti ada pro dan kontranya.. ada rajin,ada juga malas.. tapi takkan ada orang yang rajin memanjang jugak kan?! ^_^
Persoalannya yang saya nak timbulkan di sini adalah, kadang-kadang sebagai manusia biasa ada waktunya kita akan rasa malas yang teramat sangat.malas itu,malas ini,semua malas..rasa macam xnak buat apa-apa... kan? (^_^)
OK...
Malas adalah sifat yang subjektif ,sesetengah orang tak pandang berat pun perihal malas ni..tapi sebenarnya banyak sangat tau keburukan malas ni...
antaranya...:
1. BANYAK MENANGGUHKAN KERJA WALAUPUN TAK BERAT MANA SANGAT PUN KERJA YANG NAK DISIAPKAN TU...
2. MASA TERABAI BEGITU SAHAJA TANPA AKTIVITI BERFAEDAH...
3. MENAMBAH BANYAK SIFAT MAZMUMAH DALAM DIRI CTHNYA PENGOTOR, TAK KEMAS LAMBAT DAN SBGNYA...
4. BANYAK MENGGUNAKAN ALASAN...
5. TAK DISUKAI ORANG
6. KALAU SEBAGAI ANAK,BANYAK MENYUSAHKAN IBU BAPA...
7. SUSAH NAK BERI PERTOLONGAN SEWAKTU DIPERLUKAN.
8. KERJA BANYAK TAK SIAP @SUBMIT LAMBAT.
9. SUSAH NAK BERJAYA.
Berbalik kepada hadis di atas.. Hadis tersebut adalah hadis yang tersurat dan zahirnya memang mampu dapat dofahami oleh semua orang,, Jadi,tak ada alasan di sini untuk kita terus hidup dalam tempurung malas...
See??
Teruknya orang yang malas kan? Yusra pun selalu malas jugak..haaa, ni lah sebenarnya..sebenarnya nak kongsi tips TAK NAK MALAS utk kwn2 especially for me...
Tips ni biasa ja tapi banyak kebaikan,insya ALLAH.... insya ALLAH kalau kita istiqamah dengan tips ini, pahala Allah pun berganda dapat...
Kalau satu masa nanti,kita rasa malas sangat-sangat nak siapkan kerja apa-apa pun,paksakan diri anda dengan mengikut tips ini...
**Sekali kita melakukan kesalahan atau kemalasan kepada diri sendiri,hukum diri dengan menambah pahala. Barulah Sweet namanya...Contohnya , kita ada "ter"solat lambat,bangun subuh lambat, tidur semula selepas subuh, tak baca quran,tak bangun tahajud,tak tolong mak kemas rumah , dan lain-lain kesalahan yang kita lakukan kepada diri sendiri dan orang lain... ( anda sahaja yang tahu kesalahan apa telah anda lakukan...)
Antara hukuman yang mesti dilakukan.( BUKAN BUAT SEMUA TAPII PILIH SALAH SATU JAA...)
##ISTIGHFAR 30x ATAU LEBIH
##TAHMID 30x ATAU LEBIH
##TAKBIR 30x ATAU LEBIH
##BACA SURAH-SURAH PILIHAN SEBANYAK 3 KALI ATAU LEBIH ( YAASIN,AL-MULK,WAQIAH DLL)
##SOLAT SUNAT(HAJAT,TAUBAT,TASBIH, WITIR DLL)
##IRON SEMUA BAJU YANG ADA
##KEMAS RUMAH 2x GANDA KEMAS
##DAN LAIN-LAIN KEBAIKAN
Manifestasi atau kesan hukuman ini adalah:
* Kita akan memperbaiki kesalahan kepada diri sendiri dan raa ditarbiah oleh diri sendiri untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.
* Rasa serik untuk buat salah lagi kepada diri sendiri.
* mendidik diri untuk tepati masa
* Mengajar diri untuk hormat masa privasi kita dengan Allah
* Satu cara mendekatkan diri kepada Allah.
* Mengajar diri takut dengan Allah.
* insya Allah, amalan-amalan ini akan menjadi kebiasaan kita walaupun permulaannya seperti dipaksa. (lebih baik kita paksa diri sendiri untuk mendapat keikhlasan hakiki)
* Menyedarkan diri bahawa di mana sahaja kita berada, pasti ada peraturan untuk hidup.
* Mengajar diri untuk lebih prihatin,sentiasa kemas, ada visi dan misi hidup..
Amaran: Tips ini hanya akan berguna jika anda konsisten dengan apa yang anda lakukan...
Ayuh sama-sama bina diri... JANGAN MALAS-MALAS LAGI YE YUSRA... (^_^)
WALLAHU'ALAM
6.
Sunday, June 9, 2013
**JANGAN SANGKA PEMUDA ISLAM TAK PRIHATIN**
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,baru-baru ni saya ada check bahagian senarai update blog.Paling banyak viewer yang saya perhati adalah tulisan berkenaan cara menghafal al-quran versi mudah, Saya lihat dalam banyak-banyak perkongsian ilmu yang di-update kan dalam blog ni , perkongsian cara menghafal al-quran mendapat sambutan pembaca paling ramai..
Alhamdulillah, dari sudut pandangan saya, YUSRA merasakan semakin ramai orang berminat kepada menghafal al-quran.. Ramainya dari golongan muda remaja,..
Bagus!!! semakin ramai yang ambil berat al-quran, semakin ramai nadi pejuang islam masa hadapan...
Alhamdulillah,feedback yang saya terima secara langsung mahu pun tidak langsung semuanya positif membantu..
Seronok!!
Itulah perasaan yang pertama lepas tahu feedback dari ramai orang,sekurang-kurangnya ilmu yang dikongsi mampu juga bagi manfaat..
Sekarang Yusra dah berada dalam semester 3 darul quran, muqarrar semester 3 ni sampai juz 17. Jadi ,sahabat-sahabat sekalian , doa-doa kalian amat diharapkan.Mudah-mudahan Allah membantu mempermudahkan hafalan dan ulangan hafalan saya...
Juga dalam usaha menerapkan dalam diri bahawa menghafal bukan untuk melepasi peperiksaan semata-mata, sebaliknya berusaha meraih redha dan CINTA Allah yang terutama....
Muslim yang baik dan bermanfaat adalah muslim yang menjadikan konsep "UMMATAN WASATAN" dalam hayat hidupnya.. iaitu berusaha di dunia untuk meraih alam akhirat yang kekal abadi.. muslim yang berusaha di dunia dengan nikmat yang Allah kurniakan dengan baik tapi TIDAK melepaskan akhirat..
Muslim yang seimbangkan keperluan dunia dan akhirat adalah muslim yang paling baik..
Itulah gunanya konsep ADIL dalam islam. Sebagai khalifah,tidak kira kepada masyarakat mahu pun diri sendiri,masing-masing tetap adalah khalifah,.. Syarat utama menjadi khalifah adalah wajib dan perlunya ADIL untuk diamalkan sebagai peraturan khalifah.. See?? Allah telah menggabungkan keperluan kehidupan "UMAT PERTENGAHAN" DENGAN "PEMIMPIN RABBANI" SECARA LENGKAP..
Tak perlu ada back up dari apa-apa atau dari siapa-siapa pun.. Allah yang bersifat dengan sifat kemustahilannya lebih berhak dan tahu segala-galanya yang hambaNYA tak tahu....
Wallahua'lam...

MINDA -QURAN
Friday, June 7, 2013
*** MAAF DAN MEMAAFKAN...SUSAHKAN???!***
Bismillahirrahmanirrahim...
((p/s: maafkan saya ya sahabat, saya tahu salah saya dan saya harap awak maafkan saya. saya takkan ulangi lagi kesalahan saya. ))
"Bila kau letih + hilang semangat , Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya. Bila tugasan berpanjangan + hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan + masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu. Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian. Turn to ALLAH, He's never far away...Put ur trust in HIM, raise ur hand and pray...He'll hear you... ( Ainushafiah Abbas).........................................................................................................................................................
((p/s: maafkan saya ya sahabat, saya tahu salah saya dan saya harap awak maafkan saya. saya takkan ulangi lagi kesalahan saya. ))
..........................................................................................................................................................
Pernah tak kita minta maaf macam tu kepada kawan kita?? kepada ibu bapa kita?? kepada ahli keluarga kita yang lain?? kepada guru?? atau kepada individu islam mahupun individu bukan islam yang lain??
Kalau belum,silakan sahabat-sahabat..
Allah adalah MAHA PELEMBUT DAN MELEMBUTKAN, kita sebagai abduh perlu mendidik diri menjadi hamba MAHA MELEMBUTKAN yang baik.
Sebuah perhubungan tidak akan tenang tanpa disulami kata "MAAF"!!!
Ada dua keadaan MAAF...
1. Orang yang meminta maaf
2. orang yang memaafkan
Sama ada orang yang meminta maaf atau orang yang memaafkan , kedua-duanya mempunyai 3 ekspresi yang sama tapi berbeza unsur.
1. Fizikal
2. Rohani
3. Emosi
Setiap manusia mempunyai 3ekspresi fizikal , rohani dan emosi,ketiga-tiganya sama. Apa yang dibezakan adalah tindakan kepada fizikal, rohani dan emosi tersebut. Sesuatu tindakan yang terhasil daripada fizikal ,rohani dan emosi kita adalah lambang dalaman diri kita.
Emosi yang gembira, senang hati,bahagia dan suka akan mencipta suatu perasaan dan tindakan yang harmoni,positif dan aktif untuk diri. Bukan hanya itu, kajian menunjukkan sel-sel gembira yang yang kita rasai dan tampilkan dari dalam diri kita turut akan menarik dan memberi kesan yang yang aktif dan positif kepada orang di sekeliling kita. (^_^)
Sebaliknya, emosi yang stress,sedih, dendam dan marah akan menghasilkan rangsangan yang negatif , lemah dan berpenyakit. Emosi yang lemah berpanjangan akan menarik orang di sekeliling kita turut lemah dan negatif .. Kajian telah telah dibuktikan dan dibandingkan dalam mencari perbezaan kandungan asid yang terdapat antara orang yang sedang marah dan orang yang sedang tenang.
Hasil kajian membuktikan, kandungan asid dalam badan orang yang sedang marah adalah sangat tinggi dan tidak sesuai untuk individu terus dalam keadaan asid sebegitu. Hal ini akan mempercepatkan faktor individu mengalami serangan penyakit berbahaya. (*_*)
Jadi,ayuh bina diri semula...
JANGAN BIARKAN MATAHARI MENDAHULUI MENEMBUSI TABIR TIRAI RUMAH KAMU,TAPI KAMULAH SEHARUSNYA BANGUN DAN BUKA SELUAS-LUASNYA TIRAI RUMAH KAMU YANG MASIH TERTUTUP..IZINKAN CAHAYA MATAHARI MENAPAK DALAM RUMAH KAMU DENGAN KERELAAN KAMU SENDIRI,BUKAN DENGAN PAKSAAN..
Meminta maaf mungkin susah, tapi kalau itu yang boleh membuatkan hatimu lega + senang, why not?? akan? apa salahnya kita hulurkan tangan dan pohon kemaafan. Kalau nak difikirkan ego yang ada, rasanya confirm semua perhubungan takkan tenang dan sentiasa berhadapan dengan masalah. Sebab apa?? Sebab masing-masing keras dengan ego yang ada ..
Berhati-hati dengan ego sendiri!! EGO akan memakan diri sendiri sampai suatu saat nanti..
Bahkan ego adalah satu penyakit berbisa yang ada dalam diri setiap manusia, tapi harus dikawal sebaiknya...
Memberi maaf juga mungkin susah atas kesalahan yang dilakukan oleh individu terhadap kita, tapi tetap tidak mustahil. Kadang-kadang walaupun seseorang sudah menzahirkan kata maaf , tapi hatinya masih lambat melunasi maaf tersebut.
Wahai diri sendiri dan sahabat sekalian, gunalah konsep AR-RAHMAN DAN AR-RAHIM ALLAH, Allah sentiasa menerima taubat hambaNYA, Rasulullah sendiri berhadapan dengan kezaliman yang kita tak tahu betapa besar dirasai dan dihadapi baginda dalam menjalankan tugas dakwahnya. Dicaci,dihina,dikeji, fizikal baginda disakiti tanpa belas kasihan , tapi maaf masih dimulut,di percakapan dan perbuatan baginda. Sifat kelembutan yang ada pada Rasulullah juga adalah disebabkan AR-RAHMAN DAN AR-RAHIM ALLAH.
YA??? (^_^)
Banyak cakap sangat la pulak kan??
Ada sesuatu terjadi di sekeliling Yusra . Jadi sebagai muslimah yang rasakan "MAAF" adalah senjata utama dan aset sesuatu perhubungan yang selesa dan positif , jadi saya rasa amat penting dan perlu untuk tajuk ini dibuka semula .. (^_^)
Hidup kita tak selalunya di atas.Kadang kita perlu berada di bawah untuk tahu apa nilai hidup yang ada di bawah tersebut, supaya bila kita kembali berada di atas, kita tahu apa yang perlu dilakukan andai kejadian yang sama dilalui...
PENGALAMAN MEMATANGKAN!!BENAR?? (^_^)
***Apa2 sila sampaikan di ruangan komen saya,***

Monday, June 3, 2013
***FUHH!!! TUGAS BERAAAT***
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum semua...
Baru minggu lepas dapat tawaran untuk jadi fasilitator kem..objektif utama adalah tentang perwarisan iaitu mawarith... Fuhh,memang agak mencabar minda dan otak..seronok tapi menakutkan pun ada jugak..ye lah,bab ni kalau silap kira sikit,dah terambil hak orang..
At first memang pikir banyak kali sebelum nak terima, bukan apa, sebab bab fiqh mawarith tu belajar setahun yang lepas.So, kalau nak ingat semua tu wallahua'lam la kan..tak yakin..
Tapi,pikir punya pikir,finally Yusra terima jugak la.. Kalau ikutkan hati yang mesti ada sikit terselit negatif ni,memang confirm tak nak ikut kem tu.Tapi bila difikirkan secara logik akal,bagusla kem ni.. Ia bukan semata-mata nak kongsi ilmu dengan orang tauu..,yang untungnya boleh refresh balik otak Yusra tentang bab mawarith ni..
Takut tu memang laaa tapi siapa lagi nak cabar diri kita selain daripada diri sendiri, kan?? (^_^)
Tak perlu nak cabar orang lain kalau dengan diri sendiri pun masih takut untuk mencuba... kan?? (^_^)
apa? takut memalukan diri sendiri?? takut terkial-kial sorang xleh jawab??
ALLAH... nama pun manusia,kalau nak sempurna dan lengkap tu memang tak lah..
Itulah gunanya ada hitam dan putih, kiri dan kanan, depan dan belakang!!!
Semua perkara yang Allah ciptakan ada pro dan kontranya...
Insya ALLAH,semua yang Allah takdirkan berlaku atas diri hambaNYA punyai 1001 sebab. Manusia takde hak nak mempertikaikan hak Allah atas kehendak takdirnya..apa yang kita boleh dan mesti lakukan adalah lalui takdir yang Allah beri dengan bersungguh-sungguh,bukan dengan terus pasrah tak bertempat..
ok?? senyuuumm.. (^_^) (^_^)
syukran semua..
humm,,.20 /16 /2013 ni kem tu,dan sasaran pelajar adalah daripada kalangan pelajar STAM dan SMRA...
Fuhh,harap-harap Allah mudahkan segala urusan..
RABBI YASSIR WA LA TUASSIR , RABBI TAMMIL MIRQOID...
Segala kelancaran urusan adalah daripada Allah ,kan?... ^_^
lagi pun ni lah peluang Yusra kan, baru sedar kadang-kadang kita ni belajar untuk periksa ja tanpa kita tau akhirat Allah lagi luas..konsep wasatiah wajib ada dalam kehidupan mukmin..
bercakap tak sama dengan praktikal kan?? jadi,jom gerak sekarang!!!
So, apakah tugas saya sekarang??
haaa,mestilah kena mentelaah buku-buku yang ada tu semula...kena berguru semula.. dan kena jadi kawan baik kalkulator semula.. heee
ok, Selamat ...selamat...selamat... doakan saya ya.. ^_^
p/s: kata-kata semangat daripada bonda tersayang...---> tunjukkan apa yang anda ada,anda mampu..mak yakin.mak doakan selalu..
Labels:
tarbiah
Location:
George Town, Penang, Malaysia
***HOT!!! PETUA ANAK JADI KACAK DAN COMEL***
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua... lama tak jenguk blog ye!!!
Rasa macam tak bagi apa-apa manfaat pon kat semua orang.. :'( , tapi takpalah.. kan Rasulullah S.A.W. KATA: SAMPAIKANLAH ILMU YANG KAMU ADA WALAUPUN SEDIKIT.
INSYA ALLAH, bak kata pepatah melayu,sedikit-sedikit tu lama-lama akan menjadi bukit dan hopefully bukit tu boleh berubah jadi gunung ... aminn...
Tapi walau sebnayak mana pun ilmu yang dikongsi,Allah dah kata dalam al-qurannya..Hambanya hanya memperoleh ilmu Allah hanya setitik air di lautan.. tapi rasanya setitik pun tak sampai nihh..
okeyyy... senyum dulu semua.... (^_^) (^_^) (^_^) .. senyum banyak-banyak,baru lah orang sayang, Allah dan nabi muhammad lagii lah sayang sapa yang suka senyum... untunglaaaa!!! hihihi
dalam hadis Rasulullah S.A.W. : IBTASIM ! IBTASIMU BISSODAQOH...
yang mana mafhumnya adalah : SENYUMLAH ! SENYUM ITU ADALAH SEDEKAH..
Jadi,harap-harap Allah menilai senyuman kita sebagai pahala dan malaikat menilai senyuman kita sebagai satu kebaikan..
Ehh...Ehh... tujuan sebenarnya bukan nak bercerita pasal senyuman, tapii nak kongsi satu ilmu je..satu ja... tak banyak.. tapi satu ilmu pun ada cerita di sebaliknya..
nak tahu?? nak tahu bacalah!! ^_^
Baru-baru ni, Yusra dan sahabat-sahabat Yusra pergi tolong-tolong kat majlis kenduri abang kak senior yang keempat kahwin.. biasalah adat nak kenduri,tolong balut-balut cenderahati yang nak bagi kat orang ramai, tolong potong-memotong segala yang perlu dipotong..tapi tak la tolong banyak sangat pun..
Alhamdulillah,stay kat rumah kak senior tu tak rasa mcam stay ngan orang yang baru kenal sebab semua ramah-ramah, tak kira la muda ke tua.. memang happening..hihihi
Alhamdulillah jugak,sebab kat situ jumpak ramai sangat orang yang hebat-hebat.. dalam masa yang sama kenduri abang kak senior ni, kak ipar kak senior yang ketiga ni dah lahirkan baby..baby lelaki,comel sangat. so,kalau datang kenduri pun 2 in 1 la jadinya ..tengok pengantin dan tengok baby.. hihi
OK, teruskan cerita..dah nak sampai klimaks dah pun.. Majlis kenduri dah hampir selesai,so masing-masing pun naik atas rumah la,bersihkan diri dan berehar sebentar..
dah siap semua,Yusra dan sahabat-sahabat duduk la kejap kat baby AHMAD MIQDAD ni..hehe,masa untuk membuli dia la plak dah penat-penat layan orang datang kenduri kan..
Ahmad Miqdad memang baik,tak nangis langsung..hihi..
Sambil-sambil tengok Ahmad Miqdad ni,menyembang la dengan kak ipar kak senior ni..nama kak ipar dia kak wahida tapi kami semua panggil dia kak ida je..lebih mesra kan?! ... ^_^
So,dia ada kongsikan satu ilmu yang Yusra rasa Yusra kena simpankan dalam blog ni..Sebab nati kalau lupa ke boleh search balik kan..orang lain pon dapat jugak manfaatnya kalau sapa-sapa terbukak atau memang wish nak baca...
Ni petua untuk ibu dan ayah yang baru dapat anak,tak kira la yang sulung ka,kedua ka,and so on..
mana-mana anak pun boleh kalau niat untuk semua anak sama...
INSYA ALLAH....
PETUA NAK BAGI ANAK MUDAH MENGHAFAL QURAN DAN MUDAH MENGINGATI ALQURAN SERTA SUSAH LUPAKAN QURAN SEJAK KECIL...
Satu ja petuanya iaitu:
LEPAS JA ANAK LAHIR,CUKUR RAMBUTNYA 44 KALI.. MEANS, LEPAS DAH CUKUR,MASA RAMBUT TUMBUH CUKUR LAGI,CUKUR AND CUKUR LAGI SAMPAI 44 KALI..
-MASA CUKUR TU NIATKAN LAH KAT ALLAH MHA PENGUASA NAK BAGI ANAK MUDAH MENGHAFAL...
~ ~ Sebelum tu nak bagi tau,petua ni bukan dari mana-mana hadis atau pun ayat quran..Tapi ia tetap petua yang baik...
INSYA ALLAH ,HARAPNYA BERMANFAAT UNTUK SEMUA, KEPADA IBU-IBU YANG DAH DAPAT ANAK,YANG BAKAL MELAHIRKAN ANAK DAN YANG BAKAL BERKAHWIN..
BERKAHWIN ADALAH SUNNAH RASULULLAH, DAN YANG PALING TERPENTINGNYA ADALAH PENYAMBUNG ZURIAT ISLAM,MAKA UNTUK MEMBINA TAMADUN ISLAM YANG LEBIH TINGGI, ZURIAT KITA PERLU ADA NILAIAN AKHLAK DAN AQIDAH YANG TINGGI...
haaaa,inilah baru namanya anak yang comel dan kacak.... zuriat yang beragama adalah sebaik-baik zuriat.. ^_^
Labels:
MINDA -QURAN
Wednesday, April 3, 2013
**BAHAGIA RUMAHTANGGA BUKAN PADA TINGGINYA MAHAR**
Bahagia rumahtangga bukan
pada tingginya mahar…
Ya, pada zaman yang semakin
melonjakkan manusia ke arah permodenan yang hebat ini telah memungkinkan segala
hal.
Teringat kembali memori
Yusra dan ayah bersembang. Kata ayah, “ suatu hari dalam lima @ enam tahun lagi
tak mustahil kereta boleh bergerak atas udara, tak mustahil juga akan ada
piring terbang yang mampu berfungsi seperti tikar zam-zam allakazam dalam
cerita p.Ramlee..” .
Kata-kata ayah memang
benar,semuanya tak mustahil memandangkan teknologi sekarang yang semakin
berleluasa dan hampir kebanyakannya membawa kepada fasad ( kerosakan).
Saya merasa terpanggil
untuk meng‘update’ isu mahar ni sebab antaranya saya juga adalah seorang kaum
hawa dan banyak sangat komen yang saya baca tentang mahalnya mahar sekarang.
Samalah juga dengan situasi
kini yang banyak membincangkan perihal pernikahan dan perkahwinan. Siapa lagi
yang suka membincangkan perihal perkahwinan selain anak-anak remaja kita??
Antara yang menjadi
per“sembang”an hangat adalah tentang mas kahwin. Fakta mengapa ramai anak gadis
yang lambat dan sukar bernikah adalah kerana permintaan mahar yang tinggi
terutamanya yang mempunyai ijazah, degree atau pHd . mengapa ya???
Humm,sebabnya
lazimnya ibu bapa suka meletakkan harga mas kahwin berdasarkan kelayakan dalam
pelajaran.
( aduhh,perlu kee?? , kesian kaum kami yang minoriti masih
mengharapkan mas kahwin yang sedikit.)
Lihat takrif mas kahwin di
bawah ni…
*mas kahwin ditakrifkan
sebagai harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya disebabkan
berlakunya akad nikah.
-juga sebagai lambang
kebenaran keinginannya untuk berkahwin.
*Hukum mas kahwin menjadi
wajib bagi suami setelah berlakunya akad nikah antaranya dirinya dengan tok
kadi sama ada disebutkan harganya atau tidak.
* Mas kahwin wajib
ditunaikan berdasarkan dalil daripada al-quran, hadis dan ijma’ ulama
-al-quran:
Maksudnya: dan berikanlah
kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.
(surah an-nisa:40)
Hadis
1.) Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah...
2.) Mafhumnya: Sahal bin Saad
berkata : “seorang perempuan datang menemui nabi s.a.w. dan menyatakan bahawa
dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah dan Rasulnya. Lalu, nabi s.a.w.
bersabda : Aku tidak berhajat kepada perempuan.” Seorang lelaki pun berkata:
“kahwinkanlah aku dengannya”. Baginda menjawab: “ berikanlah kepadanya sehelai
pakaian.” Dia berkata: “aku tidak memilikinya” . baginda bersabda : “berikanlah
kepadanya walau sebentuk cincin besi.” Dia memberitahu bahawa dia juga tidak
memiliki sebentuk cincin besi. Baginda bertanya: “apakah ayat atau surah
al-quran yang ada bersamamu?” dia menjawab : “begian,begian.” Baginda bersabda:
“maka aku kahwinkan engkau dengan perempuan ini dengan mas kahwin al-quran yang
ada bersamamu.”
(Terang lagi bersuluh hadis Rasulullah secara zahirnya menunjukkan mahar yang murah dan rendah adalah lebih baik..Nyata al-quran adalah yang paling terbaik untuk dijadikan sama ada pemberian al-quran atau pun surah yang terdapat dalam al-quran )
Ijmak
ulama
Semua ulamak berpendapat
mas kahwin adalah wajib .
*kadar mas kahwin adalah
terpulang kerana tiada had minima atau maksima padanya.
Walau bagaimanapun, mas
kahwin digalakkan paling minima kerana adanya pernikahan adalah untuk mengikut
sunnah Rasulullah untuk meramaikan mujahid dan mujahidah islam. mas kahwin yang
sedikit adalah kunci mendapat keredhaan dan keberkatan dalam hidup
berumahtangga di samping bahagia dengan cinta Allah.
##
So take note kat sini wahai
mujahidah-mujahidah yang disayangi.. (^_^) , mungkin bukan anda yang menetapkan
mas kahwin sendiri, tapi anda berhak nyatakan pendirian anda bukan??
##
Tak salah nyatakan pendirian kita
hendakkan mas kahwin yang sedikit, gunakanlah diplomasi yang bijak.. ^_^ , (
ingat!! Kelembutan takkan pernah kalah dengan kekerasan kan??)
## Dalam kalangan ramai-ramai anda yang membaca,
pasti hampir kesemua telah menonton ceramah ustaz Azhar Idrus di youtube
kan? Mas kahwin adalah sebagai permulaan
kehidupan dalam alam rumahtangga, jadi
mengapa harus suami dibebankan dengan mas kahwin yang “mencekik darah”?
sedangkan selepas nikah, mereka sememangnya wajib menunaikan tanggungjawab
sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab ke atas diri isterinya dan
anak-anak. Segala perbelanjaaan keperluan dan kehendak keluarga memang
diketahui adalah tugasnya,jadi mengapa harus dibebankan seawal pernikahan
dengan mahar yang mahal??
## Waktu merancang ekonomi alam rumahtangga yang
tepat bukan selepas majlis perkahwinan diadakan , sebaliknya ketika anda
membuat keputusan untuk berumahtangga. Bermula selepas keputusan dibuat,
rancanglah ekonomi sebaiknya terutamanya ketika berlangsungnya kenduri. Tak
perlu terlalu mahal belanja urus kahwin semata-mata disebabkan “kahwin hanya
sekali seumur hidup”. Tetapi berpalinglah mencari redha Allah dengan hanya
BERSEDERHANA..
## Tak rugi bersederhana dalam urusan
perkahwinan, bahkan tidak akan ada juga pembaziran.
p/s:
nak cari bahagia tak?? Bahagia rumahtangga tak payah mahal-mahal tau……! Yang
penting orang tahu kita dah kahwin.. ^_^
S.H.Y.: yusra nak paling minima je.tak banyak…. ^_^ , yusra nak surah dalam quran je.. yusra
nak redha Allah je.. n yusra nak bahagia je… baru sweet,kan? (^_^)
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
Labels:
C.I.N.T.A.
Tuesday, March 19, 2013
***MENUTUP AURAT MANIFESTASI AKIDAH MANTAP***
Assalamualaikum... ^_^
Cerita ini saya dapat daripada solusi edisi 41, jadi harap dapat dikongsikan dan sama2 dapat mengambil iktibar dan info-info penting dalam cerita ini.
HIKMAH..
Apa yang ana dapat huraikan sedikit sebanyak daripada cerita di atas sebenarnya adalah mengutamakan tentang aspek menjaga aurat. Ya! MENJAGA AURAT.. Merujuk kepada cerita di atas, wanita Arab Muslimah tersebut adalah seorang wanita yang mengenakan jilbab atau lebih dikenali dengan tudung atas dasar "sukarela" ,ikhlas dari hatinya..Wahai sahabat-sahabat Yusra, cuba kalian pandang sekeliling anda.. Masih terdapat lagikah keadaan tersebut di Malaysia,di negara kita?? ada?? ya,Kalau ada sekalipun hanya dalam kapasiti nisbah 1:1000 .
Kalian pandang sekali lagi di persekitaran anda.Apakah yang berlaku kepada anak remaja kita,rakan-rakan sebaya kita dan adik-adik kita. Lihat apa yang fesyen sekarang telah menukarkan mereka.. Astaghfirullah, hilang konsep muslimah sebaik mengikuti fesyen.Fesyen yang semakin lama semakin menghilangkan sifat malu dalam diri muslimah.
Memang di Malaysia terdapat ramai ( umm,bolehlaaa) , wanita yang memakai tudung dan baju yang menutup badan tapi adakah masih boleh dikatakan menutup aurat dan memelihara maruah diri?? pakai tudung dengan berbonggol unta, baju yang jarang,nipis dan ketat ,serta kaki yang terdedah..Adakah dikatakan menutup aurat?
Memakai tudung tidak boleh disamakan dengan menutup aurat!
Menutup aurat wajib difahami secara syumul, kerana menutup aurat adalah manifestasi daripada kemantapan akidah yang sejahtera. Muslimah yang berprinsip tidak akan sekali-kali membiarkan dan mendedahkan dirinya supaya dilihat oleh orang bukan mahram. Muslimah yang menjaga kebersihan diri juga tidak akan terfikir untuk memakai baju yang ketat,terdedah,tudung yang kecil (menyebabkan terselak bila angin bertiup) dan mendedahkan kakinya,kerana menurut kajian, antara kebaikan menutup aurat dalam islam ialah dapat menjaga kebersihan diri.
Berdasarkan kisah di atas, tidak kira wanita muslim atau lelaki muslim berperanan penting menjaga aurat dan maruah.
Cerita ini saya dapat daripada solusi edisi 41, jadi harap dapat dikongsikan dan sama2 dapat mengambil iktibar dan info-info penting dalam cerita ini.
Abdullah bin Ja'far bin al-miswar meriwayatkan kisah tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan surat wanita muslimah. Pada suatu hari , terdapat seorang perempuan Arab Muslimah pergi ke Pasar Bani Qainuqa' membawa baraang jualannya, lalu duduk dengan seorang tukang emas berbangsa yahudi.
Kemudian datang beberapa orang yahudi mengepung dengan tujuan mengganggu wanita tersebut.
" Buka penutup mukamu," kata sekumpulan orang Yahudi tersebut. Wanita itu lantas mempertahankan maruahnya :"Tidak!'
Si tukang emas yang berada berdekatan dengan wanita tersebut secara diam-diam memegang hujung kain wanita itu, lalu disimpulkan hingga ke bahagian belakang badannya ketika wanita Arab itu tidak menyedarinya. Apabila perempuan itu bangun , maka terdedahlah auratnya. Apa lagi, orang Yahudi ketawa terbahak-bahak.
" Ha...ha...ha... padan muka kamu!"
Lantas wanita itu menjerit: "Tolong...tolong...!"
Tiba-tiba datang seorang lelaki Muslim yang menyerbu tukang emas tersebut, lalau membunuhnya. Orang yahudi yang melihat kejadian tersebut segera bertindak balas dengan membunuh lelaki Muslim tersebut.
Keluarga lelaki Muslim itu mula menjerit memanggil orang islam untuk bertemu orang Yahudi tersebut. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa'.
sumber adalah daripada : Ibn Ishaq melalui kitab al-Sirah al-Nabawiyyah.
HIKMAH..
Apa yang ana dapat huraikan sedikit sebanyak daripada cerita di atas sebenarnya adalah mengutamakan tentang aspek menjaga aurat. Ya! MENJAGA AURAT.. Merujuk kepada cerita di atas, wanita Arab Muslimah tersebut adalah seorang wanita yang mengenakan jilbab atau lebih dikenali dengan tudung atas dasar "sukarela" ,ikhlas dari hatinya..Wahai sahabat-sahabat Yusra, cuba kalian pandang sekeliling anda.. Masih terdapat lagikah keadaan tersebut di Malaysia,di negara kita?? ada?? ya,Kalau ada sekalipun hanya dalam kapasiti nisbah 1:1000 .
Kalian pandang sekali lagi di persekitaran anda.Apakah yang berlaku kepada anak remaja kita,rakan-rakan sebaya kita dan adik-adik kita. Lihat apa yang fesyen sekarang telah menukarkan mereka.. Astaghfirullah, hilang konsep muslimah sebaik mengikuti fesyen.Fesyen yang semakin lama semakin menghilangkan sifat malu dalam diri muslimah.
Memang di Malaysia terdapat ramai ( umm,bolehlaaa) , wanita yang memakai tudung dan baju yang menutup badan tapi adakah masih boleh dikatakan menutup aurat dan memelihara maruah diri?? pakai tudung dengan berbonggol unta, baju yang jarang,nipis dan ketat ,serta kaki yang terdedah..Adakah dikatakan menutup aurat?
Memakai tudung tidak boleh disamakan dengan menutup aurat!
Menutup aurat wajib difahami secara syumul, kerana menutup aurat adalah manifestasi daripada kemantapan akidah yang sejahtera. Muslimah yang berprinsip tidak akan sekali-kali membiarkan dan mendedahkan dirinya supaya dilihat oleh orang bukan mahram. Muslimah yang menjaga kebersihan diri juga tidak akan terfikir untuk memakai baju yang ketat,terdedah,tudung yang kecil (menyebabkan terselak bila angin bertiup) dan mendedahkan kakinya,kerana menurut kajian, antara kebaikan menutup aurat dalam islam ialah dapat menjaga kebersihan diri.
Berdasarkan kisah di atas, tidak kira wanita muslim atau lelaki muslim berperanan penting menjaga aurat dan maruah.
TUTUP AURAT
+ niat ikhlas kerana Allah
+ pelaksanaan betul
+ natijah yang baik
+tidak meninggalkan ibadah asas
= SEDANG BERIBADAH
ISLAM AGAMA BENAR,
UMATNYA UMAT PERTENGAHAN;
MUSLIM DAN MUSLIMAT HINDARI AN-NAR,
MEMELIHARA AURAT TAK KIRA ZAMAN.
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
Labels:
tarbiah
PEMERGIAN YANG DITANGISI
Bismillahirrahmanirrahim…
Sudah mencecah tiga minggu ana,dan tiga orang sahabat ana,Solehah,Syuhada dan Rahmah yang merupakan pelajar Darul Quran di bawah kelolaan anak negeri (MTQN) ,menghadapi peperiksaan akhir semester 2. Hampir menuju kepada penamat perjuangan untuk sesi semester dua memang sangat melegakan, Alhamdulillah masih lagi bertahan. Hari kedua sebelum peperiksaan berakhir,kami sempat merancang untuk keluar makan bersama sebaik peperiksaan berakhir. Namun , jawapan di mana dan ke mana masih belum menemui jawapan. Perbincangan tergendala kerana masing-masing tiba-tiba terus terdiam menyambung kembali ulangkaji sebelum exam subjek teknologi maklumat bermula jam 2.30 petang nanti.
Usai exam pada hari itu,masing-masing menonjolkan riak kelegaan. Lega kerana hanya lagi satu paper yang akan dihadapi. Juga lega kerana dapat menjawab dengan baik barangkali. Malam itu, masing-masing ligat menulis nota dan menghafal nota dalam masa yang sama. Asas Kaunseling… itulah paper last yang akan kami usahakan..
Esok paginya,tepat jam 8 pagi,seperti biasa bas KITAB akan mengambil para pelajar di tempat biasa. Tidak terkecuali juga ana. Sesampainya di kolej, seperti biasa, semua pelajar tahfiz akan straight ke kelas tasmik. Tetapi, disebabkan kami bereempat sedang menjalani peperiksaan DQ, kami dikecualikan sementara daripada tasmik sehingga selesai peperiksaan memandangkan keempat kami dapat melepasi muqarrar DQ.
Tapi,bukan itu yang menjadi tajuk perbincangan ana. Tempat exam kami di BK12 jadi ana staright ja jalan tanpa masuk ke kelas tasmik,sebab kelas tasmik hanya bersebelahan. Sebaik melabuhkan punggung di kerusi, tangan lincah mengeluarkan nota yang telah disalin dengan sempurna. Tak sampai 15 minit, handset ana berdering menandakan ada panggilan masuk. Pelik,siapa yang menelefonku seawal jam 8.30 pagi?
Lihat nama yang tertera, hati mula tersenyum. Ayah rupanya. Tanpa menunggu lebih lama handset yang sudah berbunyi agak lama kuangkat dengan tersenyum lantas memberi salam. Salam berjawab,lalu ayah terus bertanya bila paper last ana akan berakhir. Ana pun jawab la paper last pada jam 2.30 nanti tanpa memikirkan apa yang telah menyebabkan ayah menelefon pagi-pagi.
Ayah mengarah supaya terus balik rumah sebaik selesai paper last. Hati mula tercuit pelik. Lantas bertanya mengapa, sebab memikirkan kami sepatutnya ada perancangan lain selepas exam berakhir.
Ayah masih tidak menjawab pertanyaan sebaliknya ayah beria-ia menyuruh ku pulang rumah sebaik peperiksaan berakhir. Hatiku semakin dijentik pelik. Lalu apalagi,ana memaksa ayah untuk memberitahu perkara yang sebenar. Kemudian, ayah mengkhabarkan ayah dalam perjalanan untuk mengambil adik-adikku yang menetap di asrama. Sebab paklongku telah kembali ke rahmatullah. Allah…mudahnya air mata mengalir wahai srikandi umar. Innalillah wa inna ilaihi raji’un. Pemergiannya tanpa di duga. Tidak ada sesiapa pun yang sangka,ini semua kerja ALLAH.
Alhamdulillah,ALLAH permudah urusan. Sahabat-sahabat memahami mengapa ana meminta peperiksaan yang sepatutnya jam 2.30 petang dipercepat seawal 30 minit. Terima kasih sahabat. Masa peperiksaan bermula,ana menjawab dengan secepat mungkin dan sehabis baik. Walaupun dengan perasaan yang sedih, ana takkan izinkan perasaan sedih mengganggu peperiksaan ana. Tepat jam 3.30 petang, ana ‘submit’ paper. Lepas tu,dah tak pikir lain selain daripada nak bergegas pulang ke rumah, takut tak sempat melihat jenazah. Tapi Allah jua yang mengatur,memandangkan bas lambat dan transit dua kali, ana sampai pada waktu maghrib. Sedih memang sedih tapi relakan je la.
Sebenarnya jenazah sepatutnya dikebumikan jam 3.30 petang tapi disebabkan ada lagi 4 orang anak paklong yang masih belum sampai, semua masih menunggu dengan resah. Alhamdulillah jam 4 ptg mereka sampai. semua mempamerkan riak kelegaan sebab kalau lambat sangat memang akan dikebumikan juga pukul 4 ptg.
Tanggal hari khamis bertarikh 14 Mac 2013 menjadi tarikh Allah mencabut nyawa paklong. Walaupun sedih dengan pemergian paklong,tapi hati mengucap syukur dan Alhamdulillah,kerana perginya paklong dengan cara yang sangat mudah. Alhamdulillah Allah permudahkan nyawa paklong ditarik. Hanya dengan dua kali nafas,paklong telah kembali kepada ALLAH. Terselit takut dan gerun tiba-tiba,entah bagaimana agaknya keadaan ana saat sakaratulmaut .
Paklong yang berusia 55 tahun,meninggalkan seorang isteri, dan 10 orang anak. Ayah yang sangat baik kepada anak-anaknya. Semoga paklong ditempatkan bersama hamba-hambaNYA yang soleh. Saat sakaratulmautnya sangat mudah. ALLAH. ALLAH.ALLAH.
Al-FATIHAH KEPADA ARWAH ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD,SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT ALLAH.

Wednesday, February 20, 2013
*** ISBIR !! ISBIR FI HUBBILLAH ***
“MUJAHADAH ITU PERIT TAPI JAWAPANNYA MANIS” KAN??? ^_^
BERSABARLAH WAHAI SAHABAT,KERANA SAHABATMU MUNGKIN
KHILAF
BERSABARLAH WAHAI IBU,WAHAI AYAH,KERANA ANAKMU
MUNGKIN TIDAK MEMAHAMI..
BERSABARLAH WAHAI SUAMI,WAHAI ISTERI,KERANA
SUAMI@ISTERI MU MUNGKIN TIDAK MENGETAHUI,
BERSABARLAH WAHAI GURU,KERANA MUNGKIN PELAJARMU
SEDANG CUBA MEMAHAMI,
BERSABARLAH WAHAI HAMBA ALLAH,KERANA MUNGKIN BELUM
MASANYA,
BERSABARLAH WAHAI HATI,KERANA ALLAH SAYANGKAN KAMU……
BERSABARLAH!!!BERSABARLAH KERANA ALLAH
SESUNGGUHNYA SABAR JUA YANG INDAH…
………………………………………………………………………………………………..
BILA KITA BERBICARA TENTANG SABAR,PASTI ADA PELBAGAI
PANDANGAN DAN PENDAPAT..
SABAR!!! SABAR MEMANG LUAS TAPI PERNAH TAK KITA
LUASKAN PEMAHAMAN PRAKTIKAL KITA TENTANG SABAR? PERNAH TAK KITA LUASKAN CABANG
SABAR DALAM DIRI KITA SECARA AMALI??
YA,MEMANG SUKAR MENCIPTA SABAR TAPI “SABAR DALAM
MENCIPTA SABAR HASILNYA ADALAH SYURGA”.
ALLAH BERFIRMAN DALAM KALAMNYA : (AR-RA’D:22-24)
“DAN ORANG YANG SABAR MENGHARAP KEREDHAAN
TUHANNYA,MELAKSANAKAN SOLAT,DAN MENGINFAKKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI
BERIKAN KEPADA MEREKA,SECARA SEMBUNYI-SEMBUNYI
ATAU TERANG-TERANGAN SERTA MENOLAK KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN;ORANG
ITULAH YANG MENDAPAT TEMPAT KESUDAHAN (YANG BAIK).
“(IAITU)SYURGA-SYURGA ‘ADN ,MEREKA MASUK KE DALAMNYA
BERSAMA DENGAN ORANG YANG SOLEH DARI NENEK MOYANGNYA,PASANGAN-PASANGANNYA,DAN
ANAK CUCUNYA,SEDANG PARA MALAIKAT MASUK KE TMPAT-TEMPAT MEREKA DARI SEMUA
PINTU;
“(SAMBIL MENGUCAPKAN), “ SELAMAT SEJAHTERA ATASMU
KERANA KESABARANMU.”MAKA ALANGKAH NIKMATNYA TEMPAT KESUDAHAN ITU.”
SUBHANALLAH,INDAHNYA
NIKMAT SABAR…KALAU KITA NAMPAK PAHALA SABAR YANG BERTIMBUN-TIMBUN IBARAT
SEPERTI GUNUNG,SUDAH TENTU MANUSIA AKAN BEREBUT-REBUT UNTUK MENGECAPI NIKMAT
SABAR.
YUSRA PERNAH DENGAR DAN
YUSRA SENDIRI PERNAH MENGATAKAN HAL YANG SAMA DAHULU IAITU “SABAR PUN ADA
BATASNYA”.WAHAI SAHABAT-SAHABAT KESAYANGAN ALLAH,PERSEPSI INI SALAH
SEBENARNYA.BUKAN SALAH TAPI “TERNYATA” SALAH KERANA SABAR DALAM ISLAM ADALAH
SABAR YANG PALING AGUNG.SEBAB APA?
KERANA SABAR DALAM ISLAM
TIDAK PERNAH KENAL ERTI PENGHUJUNG..KERANA SABAR DALAM ISLAM TAK PERNAH TAHU
ERTI FUTUR (PUTUS ASA)…
SEDANGKAN KALAU DIIMBAS
KEMBALI PADA ZAMAN RASULULLAH,BAGINDA DAN PARA SAHABAT BAGINDA TIDAK PERNAH
PUTUS ASA MEMPERJUANGKAN ISLAM BAHKAN MEREKA MENGAKUI MARTABAT SABAR SEBAGAI
MARTABAT YANG TERTINGGI DALAM MENCAPAI SHAHID ALLAH.
BILAL BIN RABAH YANG SABAR
DENGAN “AHAD ALLAH”
MUS’AB BIN UMAIR YANG SABAR
MENJAGA KEISLAMANNYA DARIPADA IBUBAPANYA SENDIRI,
ZAID BIN TSABIT YANG SABAR
MEMASTIKAN MADINAH TERJAGA,
UBAI BIN KA’AB YANG SABAR
DALAM MENYEBARKAN ISLAM,
SAIDINA ABU
BAKAR,UMAR,UTHMAN,ALI YANG SABAR BERSAMA RASULULLAH ,MENENTANG ORANG KAFIR….
******************************************************************
MEREKA KUAT KERANA KUATNYA
SABAR DLAM DIRI MEREKA.
ISLAM MENGGARISKAN SABAR
DALAM 3 PERINGKAT UTAMA.
1. SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN DAN MUSIBAH
DARIPADA ALLAH.
ALLAH BERFIRMAN MAFHUMNYA:
“DAN KAMI PASTI AKAN
MENGUJI KAMU DENGAN SEDIKIT KETAKUTAN,KELAPARAN,KEKURANGAN HARTA,JIWA DAN
BUAH-BUAHAN.DAN SAMPAIKANLAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR.”
(ALBAQARAH:155)
2. SABAR MENAHAN DIRI DARIPADA MELAKUKAN
MAKSIAT.
ALLAH BERFIRMAN MAFHUMNYA:
“KATAKANLAH KEPADA LELAKI YANG
BERIMAN,AGAR MEREKA MENJAGA PANDANGANNYA,DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA;YANG
DEMIKIAN ITU LEBIH SUCI BAGI MEREKA.SUNGGUH,ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG
MEREKA PERBUAT.(AN-NUR:30)
3.
SABAR DALAM MELAKUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH.
ALLAH BERFIRMAN MAFHUMNYA:
“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN!BERSABARLAH
KAMU DAN KUATKANLAH KESABARANMU DAN TETAPLAH BERSIAP SIAGA (DI PERBATASAN
NEGERIMU DAN BERTAKWALAH KEPADA ALLAH AGAR KAMU BERUNTUNG. (ALI-IMRAN:200)
……………………………………………………………………………………
DAN SEBAIK-BAIK SABAR ADALAH SABAR
YANG MELAKUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH.KERANA SABAR INI SABAR ORANG YANG
MENGKEHENDAKKAN SHAHID DI JALAN ALLAH..
INDAHNYA SABAR TAKKAN TERLIHAT DEK
MATA YANG BUTA MENILAI CINTA ALLAH….
INDAHNYA SABAR TAKKAN TERNAMPAK
DEK MATA HATI YANG KELAM TANPA HIDAYAH ALLAH….
INDAHNYA SABAR HANYA AKAN DIRASAI
OLEH HATI YANG MELIHAT PAHALA DAN DOSA DENGAN MATA HATI WALAUPUN HAKIKAT
SEBENARNYA PAHALA DAN DOSA TAKKAN TERLIHAT WALAUPUN MELALUI MATA HATI..
APABILA KITA SABAR,SEOLAH-OLAH
KITA SEDANG MEMBIARKAN ALLAH MENENTUKAN POSISI KITA DALAM MEDAN JIHAD.
SABAR KITA TAKKAN SAMA DAN TAKKAN
SETANDING DENGAN SABAR PARA ASHABIAH TAPI SEKURANG-KURANGNYA KITA BOLEH CUBA
UNTUK MENIRU SABAR MEREKA…
SABAR IBARATNYA SEPERTI “SINERGI”
IAITU 1+1=3
(1+1=3) (sabar + jihad = syurga)
Ana bukanlah kata ana ni seorang yang sabar lagi menyabarkan,nak sabar tu memang situasi yang sangat susah,hanya orang yang mengalaminya sahaja yang boleh merasai.Tapi ingat tak Allah ada sebut dalam quran dan dalam hadis pon ada,boleh jadi sesuatu perkara yang kita sangat2 tidak suka sebenarnya adalah yang paling terbaik untuk kita tapi boleh jadi perkara yang kita sangat2 suka sebenarnya adalah perkara yang paling tak elok untuk diri kita..so,fikir-fikirkan dan selamat berlimu.... ^_^
“JOM BERSABAR MENJADI ORANG YANG
SABAR”
“SABAR MUNGKIN PERIT TAPI TAK
MUSTAHILKAN?”
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
STARHEARTYUSRA (S.H.Y.)
Labels:
jihad
Subscribe to:
Posts (Atom)